Berdakwah kerana Allah atau hang berdakwah kerana nak banyak followers dan likes dan nak dikenali orang ramai?? Kalau kerana Allah, Alhamdulillah tapi kalau kerana nak kejar followers dan sebagainya, tolong check balik hati dan ubah niat..
Hmm, sebab itu tandanya dakwah hang x ikhlas kerana Allah.. Jadi, kalau ada niat nak dapat follower ramai ke nak orang kenal hang ke ,tolong lupakan ..sebab niat sebenar hang, hanya untuk berdakwah kepada masyarakat dengan ikhlas..
Kalau nak berdakwah, first, hang kena ikhlas.. Second, guna kata2 yang sopan dan sedap didengar.. Contohnya, Macam ustaz Ebit Lew , rasa tenang je bila dengar dia ceramah dan akhirnya ceramah dan kata2 yang dia sampaikan sampai ke hati kita.. Faham x?? Maksudnya, kalau nak tegur atau nasihat orang tu jangan la terlalu kasar, tapi tegur la dengan sopan, kalau dia marah, sabar dan doakan dia..tapi jangan pula bergaduh.. Relax2 je..
Ketiga, kalau nak berdakwah ni, kita kena sabar.. Sebab ada orang boleh terima nasihat dan teguran kita tapi ada orang marah dan kutuk.. Jadi, sabar.. Jangan mudah panas bila orang marah2 atau kutuk.. Sabar ye.. Sabar kan separuh daripada iman..
Last, niat mesti kerana Allah.. Dan yang penting kita saling menasihati antara satu sama lain.. In Shaa Allah, dakwah yang kita sampaikan pada masyarakat tu akan dipermudahkan oleh Allah..
*peringatansendiri
*nasihatsemua
YOU ARE READING
NAK TAU TAK ??
RandomHanya sekadar tulisan utk menyampaikn pesanan utk diri yg masih dlm perhijrahan serta pesanan buat sahabat2 semua...