Kalau ada antara kawan2 aku kat sini, yang ada rasa sedih sebab gagal dalam exam ke atau apa2 yang buat korang mula rasa nak putus asa..aku nasihatkan jangan berputus asa..
Nak tau x sebab apa aku cakap macam ni?? Sebab aku tau yang semua orang boleh berjaya cuma untuk berjaya tu, usaha kenalah lebih.. Contohnya, kalau sekarang korang gagal dalam exam, x semestinya korang akan gagal selamanya dalam hidup korang..
Lagi satu, kegagalan tu sebenarnya mengajar kita untuk lebih berusaha, maksudnya kalau kau x pernah gagal, kau x akan rasa payah untuk berjaya, maksudnya kau akan ambik sesuatu tu dengan remeh-temeh..
Contohnya,kalau kau x pernah gagal dalam exam, kau akan rasa macam kau memang dilahirkan pandai walaupun kau x berusaha dengan bersungguh-sungguh pun.. Tapi kalau kau pernah gagal dalam exam, kau akan mula rasa sedih dan menyesal dan akhirnya kau sedar yang untuk berjaya kena ada usaha.. Jadi kau akan mula struggle untuk berjaya..
Pernah dengar x?? " Gagal sekali x bermakna gagal buat selamanya"..sama ada korang pernah dengar ke tak, itu x penting.. Tapi aku just nak cakap yang kalau sekarang kau dah gagal dalam exam yang lepas,kau jangan sedih dan putus asa sebab exam yang seterusnya masih ada untuk kau buat yang terbaik..
Yang pasti kau kena usaha lebih sikit la.. Kalau boleh hepon tu x yah la pegang untuk beberapa hari sebelum exam, bukan apa , sebab kadang2 hepon ni yang buat kita jadi malas.. Jadi, sebelum exam, fokus dengan subjek2 yang kau lemah.. Kalau math buatlah latihan.. Kalau subjek2 yang kena hafal fakta macam sejarah tu, aku rasa masa yang sesuai untuk hafal ialah sebelum subuh iaitu dalam pukul 3 / 4 pagi macam tu.. Itu sedikit tips daripada aku yang boleh aku kongsikan bersama korang...
Cuma aku nak pesan, semasa korang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya, jangan lupa suruhan Tuhan.. For muslim, jangan tinggal solat 5 waktu dan selalu solat awal waktu.. Nasihat ni bukan untuk sebelum exam je tapi setiap hari sebelum kau mati..
Ok2 ,aku teruskan lagi sikit.. Kalau ada yang mengutuk kau masa kau gagal.. Abaikan je diaorang tu.. Depa tu just nak jatuhkan semangat je tu.. Abaikan segala kutukan depa tapi ambik segala kutukan mereka tu untuk dijadikan pembakar semangat.. Maksud aku , kau kena buktikan yang korang boleh berjaya dekat depa.. Faham??..
So, kawan2 aku yang dikasihi.. Haha, macam ayat ucapan dah.. Ok, abaikan.. Aku nasihatkan korang dalam hidup ni jangan mudah berputus asa, maksud aku dalam apa2 situasi yang korang hadapi, jangan mudah berputus asa.. Don't give up !!!
Stay strong and be better than before..
YOU ARE READING
NAK TAU TAK ??
De TodoHanya sekadar tulisan utk menyampaikn pesanan utk diri yg masih dlm perhijrahan serta pesanan buat sahabat2 semua...