Bab 2

4.5K 57 2
                                    

Di pejabat pada hari itu, Jasmine agak neutral emosinya. Mulanya marah sebab suaminya kata dia tak mahu ambil anak mereka di sekolah tengahari nanti tapi kembali neutral apabila suaminya bersetuju untuk melakukannya. Setiap hari, itulah topik utama pergaduhan mereka berdua.

Jasmine bukannya tak boleh hendak beralah tapi ada kalanya dia masih merisaukan perangai suaminya itu. Kalau ditanya mengapa hendak dirisaukan, terlalu banyak untuk disebut dan disenaraikan sebab-musababnya. Salah satu daripadanya adalah sikap lepas tangan Zikry terhadap anak mereka, Danial. Segala urusan semuanya harus ditanggung dan dilakukan oleh Jasmine sendiri.

"Awak kan lagi pandai pasal urusan pejabat apa semua tu? Biar awak jelah yang buat."

Ya, itu sajalah modal yang akan digunakan. Kalau tak itu, dia akan gunakan alasan bahawa jadualnya sebagai pemandu bas sangat ketat. Memang menyakitkan hati. Atau setidaknya menyakitkan bagi Jasmine.

Jasmine lihat tadi Amelia sedang memarahi seorang pekerja di pejabat itu. Garangnya bukan main. Tapi kalau dilihat sebelum ini pun, memang jarang nampak Amelia itu baik dengan pekerja. Hairan bagaimana pekerja-pekerja di situ masih bersabar dengannya.

Sedang Jasmine khusyuk menghadap kerjanya, dia menerima satu panggilan telefon.

"Hello, Puan Jasmine. Ada someone nak jumpa dengan Puan?" Receptionist menelefonnya.

"Siapa ya?"

"Encik Zikry, suami Puan."

Haa sudah! Jasmine sudah mula memikirkan apa yang suami dia inginkan daripadanya. Dan apa yang difikirkan itu sememangnya tiada yang baiklah.

"Suruh dia datang bilik saya. Hantarkan dia kalau boleh. Dia tak pernah masuk office saya."

"Baik, Puan."

Jasmine menutup seketika fail yang berada di hadapannya sementara menunggu kedatangan suaminya ke bilik pejabatnya itu. Dalam hatinya terdapat pelbagai perasaan. Takut, geram, marah, sedih. Semuanya ada.

Dari dinding kaca pejabatnya, dia melihat seorang lelaki berkemeja hijau dan seluar jeans serta bertopi merah berkaca mata hitam berjalan menuju ke biliknya. Dalam hati Jasmine, dia marah kerana penampilan suaminya itu sangatlah tidak professional dan bimbang juga kalau Amelia melihatnya nanti.

Suaminya mengetuk pintu biliknya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Jasmine mempelawanya duduk tapi suaminya menolak.

"Nanti orang kata apa pulak. Orang luar boleh nampaklah kita kat dalam ni."

"Habis awak malu ke suami awak pakai macam ni?"

Jasmine terdiam. Melihatkan pemakaian suaminya, memang sesiapa saja tidak akan mengatakan yang mereka itu adalah suami isteri. Tidak lebih daripada pekerja dan majikan gamaknya.

"Duduk jelah, bang."

Suaminya akur juga.

"Kenapa abang datang office saya? Ada apa-apa dengan anak kita ke?"

"Habis kalau jumpa awak mesti ada kena-mengena dengan anak kitalah?" Nadanya agak jengkel dengan soalan yang diajukan Jasmine tadi.

"Bukan itu maksud saya tapi apa benda yang penting sangat? Biasanya abang call atau mesej je saya kan. Ada apa-apa yang mustahak ke?"

"Motor abang pancit. Tayar kena tukar kat kedai depan sana tu."

"So? Ada duit kan?"

"Mana cukup, Jas. Abang ada RM10 je ni. Nak isi minyak lagi."

Secawan Teh StrawberiWhere stories live. Discover now