"Mana abang tahu mana satu rumah Datin Amelia tu? Cuba awak bagi abang alamat betul-betul."
"Laa, kan saya dah WhatsApp abang alamat rumah dia tadi. Checklah balik."
Zikry masih kebingungan di hadapan sebuah banglo besar yang alamatnya diberi oleh isterinya tadi. Atas bawah dia memandang banglo besar itu.
"Hello, abang. Abang..."
"Ya, Jas. Ada ni."
"Okey, cuba abang bagi landmark kat Jas. Kut Jas ingat lagi ke?" Jasmine cuba memujuk suaminya walaupun sebenarnya dia taklah ingat alamat rumah Datin tu sangat. Tapi tak salah kalau mencuba kan?
"Okey, abang dekat satu banglo warna putih pastu ada tiang dua besar kemain ni haa..."
"Haa! Abang dah sampailah tu. Bunyi jelah loceng tu. Jas bagitau Datin Amelia yang abang dah sampai eh?"
Zikry sekadar mengiyakan. Kalau tak kerana isterinya beriya memujuknya tempoh hari, tak ada maknanya dia sanggup membuat surat berhenti kerja 24 jam dan sekarang sedang meminta kerja di sebuah rumah yang penghuninya pun dia tak pernah kenal.
Pintu pagar dibuka dan Zikry memacu motosikalnya ke perkarangan banglo tersebut. Tak dinafikan, banglo itu sangatlah besar membuatkan Zikry hanya mampu bermimpi untuk menghadiahkan banglo itu kepada Jasmine.
"Ya, pak. Mau ketemu siapa?" Salah seorang pembantu rumah menegurnya yang masih terpinga-pinga di pintu masuk.
"Saya nak jumpa dengan Datin Amelia? Dia ada ke?"
"Ada, pak. Kejap ya saya pergi panggil."
Tak berapa lama selepas itu, muncullah Amelia dengan hanya memakai night dress tali seurat paras peha dan hanya dibaluti oleh kot nipis. Wajahnya juga masih sembap tapi tetap cantik dan menggiurkan untuk dipandang Zikry.
"God, I'm sorry. I was sleeping then your wife called me cakap you're here already. So so so sorry."
"Eh, it's okay, Datin. Saya pun faham Datin penat."
"Good and thanks for understanding. So, shall we do the discussion? Where do you like it to be?"
"Saya tak kisah. Saya ikut je."
"Good, reading room jom!"
Zikry pun berjalan membuntuti Amelia menuju ke bilik bacaan banglo itu. Masuk sahaja ke dalamnya, Amelia terus duduk di atas sebuah sofa dan melunjurkan kakinya di atas sebuah beanie chair mendedahkan betis putih gebunya. Terliur jugalah Zikry melihatnya. Badan pun solid semacam je mak datin depan dia ni.
"So, I've been told by Jasmine that you good with navigation semua tu. Also good at driving as well. Kenapa tak beli kereta je?"
"Oh, saya selesa pakai motor tu, Datin. Jimat minyak pun sama."
"Yeah, true that. Ekonomi sekarang ni buat semput diknon."
Dalam hati Zikry sempat mengata Amelia tersebut yang merungut mengenai ekonomi sedangkan dia sendiri dah kaya. Dasar orang kaya tak bersyukur!
"Actually, being my driver isn't something hard pun. Just hantar I pergi balik office, pergi salun and spa and sometimes pergi shopping. Tapi be prepared jugaklah to be needed at midnight sebab well, tak menentu kan when I need the transport."
Zikry mengangguk sahaja. Punyalah laju mak datin ni cakap English. Dahlah dia sijil MUET pun tak ada lepastu English time SPM fail. Mujurlah zaman tu tak wajib lagi kena lulus.
"Jasmine told me that you jadi bus driver for about six years already. Before tu kerja apa?"
"Saya jual burger dulu. Tolong kawan buat kecil-kecilan."
"Berapa je dapat? Usually kalau orang meniaga burger ni, boleh dapat almost puluh ribu dalam sebulan. Kenapa tukar job?"
Zikry serba-salah hendak menjawab. Dia tahu, ramai sebenarnya yang mempersoalkan keputusannya berhenti menolong rakannya menjual burger dan bertukar menjadi seorang pemandu bas. Tapi semua ini sejujurnya kerana Jasmine. Banyak keputusan yang dilakukan dalam hidupnya adalah kerana Jasmine.
"But nevermind the question. Bila boleh start?"
"Kalau Datin tak kisah, hari ni pun boleh, Datin."
"Wow, semangat! Relaks dulu. Hari ni, I takde nak ke mana-mana pun. So, esok boleh?"
Zikry mengangguk. "Ada uniform apa-apa tak, Datin?"
Amelia memandang Zikry atas bawah. Dengan t-shirt berkolar warna kuning, seluar jeans hitam, handsome pada pandangan mata Amelia. Wajah rempitnya sedap dipandang mata. Hampir basah Amelia dibuatnya.
"No need kut. But, janganlah casual sangat. You are working, bukannya nak pergi melepak. Understand?"
"Faham, Datin. Kalau takde apa-apa, saya minta diri dulu, Datin."
Amelia hanya tersenyum. Zikry pantas mengangkat punggungnya dan kembali ke ruang depan. Sedikit rasa lega terbit di dalam hatinya. Melihatkan bagaimana cantik dan seksinya Datin Amelia itu tadi, rasanya dia tidak ada masalah berkerja nanti.
Sedang Zikry berjalan kembali ke motornya, Pierre pula berjalan menuruni tangga ke ruang tamu. Matanya terpandang ke arah jejaka yang nampaknya baru sahaja selesai bertemu mamanya. Ah, pasti ini skandal baru mama!
Tapi, matanya tak boleh berhenti daripada memandang lelaki tersebut. Keberanian tak bertempat membawanya untuk berjalan ke arah lelaki tersebut.
"Hai, abang ni kawan mama ke?"
"Err, tak. Driver baru."
"Oh, welcome. Saya Pierre, anak Datin Amelia." Pierre menghulurkan salam. Zikry menyambutnya penuh kelelakian. "Nama abang apa?"
"Zikry. Okeylah, Pierre. Abang nak kena gerak ni. Nak ambik anak sekolah."
Pierre seakan boleh mendengar bunyi kaca pecah di dalam hatinya. Dia hanya senyum kelat terhadap Zikry sebelum masuk semula ke dalam rumah. Tangan tadi diciumnya dan mujurlah, masih ada bau minyak wangi jantan di tangannya.
Tapi tak mengapa, masih awal lagi untuk memberi apa-apa hipotesis. Lagipun, suami orang ini biasanya boleh tahan berbanding yang anak teruna sebaya usianya di luar sana. Terbalik kes dengan mamanya, Pierre lebih suka lelaki yang tua sedikit daripadanya.
"Kenapa, Pierre? Devastated?" Amelia menegur anaknya yang nampaknya sugul di ruang tamu. "Yes, he's married."
"Kenapa yang handsome mesti dah kahwin?"
"Hamboi, stres nampak..."
"Of course, I am. Mama pun nampak kan hotnya dia macam mana kan?!"
Ya, Amelia sangat tahu yang anaknya itu gay. Tapi dia peduli apa. Ada masanya, boyfriend anaknya dia tibai jugak. Asalkan sedap, lenjan sajalah.
"Dia tu rempitlah, sayang."
"So? Yang rempit tulah sedap. Contohnya Roy tu."
Amelia hanya ketawa. Mana ada mak dan anak lelakinya berborak mengenai sedap atau tidak seseorang lelaki itu. Biasanya, Amelia akan cuba menggoda mana-mana lelaki muda dan sekiranya lelaki itu seorang gay, akan dipasslah kepada Pierre. Yes, a very weird mother-son bonding.
"So, mesti mama dah ada something planned for that guy kan?"
"Of course, daahling! You know your mom!"
Ya, Pierre tahu. Tapi Pierre takkan biarkan hal itu berlaku. Sudah terlalu ramai crushnya yang disailang oleh mamanya. Takkan dibiarkan sekali lagi hal itu berlaku.
"Apa nama penuh dia, mama?"
"Nak stalk kat FB ke tu?"
Pierre hanya tersenyum simpul kepada mamanya. Dia tahu mamanya lebih licik daripadanya jadi haruslah dia merencanakan sesuatu yang lebih hebat, dahsyat dan lebih berimpak kepada dirinya sendiri (apa ke skema ayat ni?!).
"Pierre, daahling. We'll see, okay. Tapi mama can tell, he must be A+ on bed."
"I hope I didn't swipe right wrongly."
"We didn't."
__________________
As usual, votes and comments!
YOU ARE READING
Secawan Teh Strawberi
Mystery / ThrillerNak minum teh? Teh berperisa rahsia silam, dendam, cemburu dan tikam belakang? Hiruplah teh ini...