Bab 3

3.8K 56 1
                                    

Jam sudah menunjukkan jam satu pagi. Ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Jasmine. Malah, sekiranya pada waktu seperti ini suaminya sudah berada di rumah, maka itulah perkara yang baru bagi Jasmine. Biasanya, pukul tiga, empat pagi barulah dengar bunyi grill pagar itu dibuka kuncinya.

Jasmine mengambil handphonenya dan mula menaip mesej WhatsApps kepada suaminya.

Abg blik pkul brp?

Jas tggu

Lama juga dia menanti balasan mesej daripada suaminya. Ketika handphonenya berbunyi bip dua kali, laju dia membuka.

Japgi

Xyhlah tggu

Pegi jelah tido

Jasmine mengeluh berat. Diletakkan telefonnya ke meja tepi katil sebelum dia berjalan menuju ke bilik anaknya. Pintu dibuka perlahan dan dia melihat yang Danial memang sudah lena dengan tenangnya di atas katil. Dia menuju ke arah anaknya sebelum duduk di atas katil yang sama.

Dahi anak lelaki itu diusap lembut. Kalaulah budak lelaki polos itu tahu apa yang sedang dialami ibunya ketika itu, mampukah anak kecil itu tidur lena seperti sekarang? Tapi, Jasmine jenis yang tidak akan memberitahu anaknya apa yang sedang bermain di fikirannya, walaupun besar perit yang dia alami.

Sebelum ini pun adalah beberapa kali Danial itu menyuarakan perasaannya pada Jasmine mengenai ayahnya yang sangat susah untuk jumpa dalam seharian. Mana tidaknya? Semasa Jasmine hendak menghantar anaknya itu ke sekolah, sama ada suaminya sudah pergi kerja dahulu kalau shif pagi ataupun masih tidur sekiranya shif petang. Shif pagi daripada 6 pagi sehingga 6 petang dan shif petang pukul 12 sehingga 12 malam. Dan tak bermakna kalau shif pagi, dia akan pulang awal. Selagi jam belum pukul 11 malam, dia memang takkan balik. Jasmine sendiri naik hairan kemana saja suaminya itu pergi.

Kakak dan adik lelakinya juga kini sudah berkahwin dan kehidupan mereka langsung tidak seperti Jasmine. Juliana, selepas berkahwin dengan kerabat diraja Negeri Sembilan, kini tinggal penuh bahagia di rumah agam mereka yang terletak di lereng bukit Banjaran Titiwangsa di kawasan Kuala Pilah sana. Adik lelakinya Johan pula baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan dan juga seorang penulis buku terkenal dengan bukunya 'Kisah Student Medic' yang menceritakan tentang kehidupannya sebagai pelajar dan juga seorang suami. Oh ya, seperti Jasmine kakaknya, Johan juga berkahwin semasa sedang belajar cuma tidak ditentang oleh Dato' Sharifuddin dan Datin Marissa kerana isterinya juga seorang pelajar medik. Sekufu katanya.

Memang ada masanya, Jasmine merasakan dirinya seakan tersisih oleh keluarganya sendiri. Anaknya Danial sangat jarang diberikan hadiah daripada Atuk dan Neneknya. Tak seperti Nazrin, Izana dan Farhan anaknya Juliana, apa saja yang diminta oleh mereka laju saja diberikan. Kalau Danial, kadang-kadang, salamnya juga ditolak.

"Kenapa atuk dengan nenek macam tak suka kat Dan, mama?"

Jasmine berharap sangat dia dapat menjawab soalan itu dengan jujur tapi batasnya sebagai isteri dan ibu masih dijaga rapi. Dia tidak mahu menyemai benci anaknya kepada kedua ibu bapanya.

"Awak cakap dulu dengan mak ayah awak tu yang Danial tu tetap cucu dorang. Benci tu biar kat saya je. Yang nak benci kat anak kita sekali dah kenapa?!"

Adalah beberapa kali juga Jasmine terpaksa mendengar semua bebelan suaminya mengenai ibu bapanya. Tapi apa sajalah yang mampu dia lakukan? Mereka berkahwin itu saja sudah jadi satu perkara yang paling baik yang ibu ayahnya pernah lakukan kepada Zikry.

Jasmine kemudiannya terdengar seperti bunyi pintu apartmennya dibuka. Dia mengerling jam di tangan. 1:45 pagi. Dia mengeluh perlahan tapi sejujurnya itu saja sudah cukup melegakan baginya. Sekurang-kurangnya, suaminya itu pulang.

Jasmine menyambut suaminya di muka pintu. Wajah Zikry kelihatan jelas penat yang teramat. Jasmine menuangkan kopi O yang dibancuhnya tadi ke dalam cawan sebelum disuakan kepada si suami.

"Minum dulu ya, bang."

Suaminya mencicip sedikit kopi tersebut sebelum menghenyakkan tubuh ke atas sofa. Jasmine mengambil tempat di sisi suaminya itu.

"Esok abang tolong bayarkan bil api dengan air. Jas bagikan duit kat abang nanti."

"Tak payahlah. Bukannya abang takde duit."

"Masalahnya duit gaji abang tu kan tak cukup nak..." Jasmine diam semula setelah tersedar yang ayatnya itu nanti mungkin akan mengecilkan hati suaminya.

"Tak cukup nak apa? Memang gaji abang sikit je. Awak habiskan jelah ayat awak tu, Jasmine. Abang tak kisah. Memang betul pun kan."

"Bukan itulah maksud Jas. Abang..."

"Sudahlah, Jas. Handbag awak tu sebijik sama harga dengan gaji abang dua bulan, Jas. Lagi awak nak kata yang awak tak maksudkan gaji abang tu kecik. Betul, abang tak nafikan yang memang selama ni awak yang tanggung keluarga kita. Nak harap duit abang memang takdelah, kan. Tapi boleh tak awak sedar yang laki awak yang takde duit ni masih suami awak? Tak payah nak jatuhkan saya macam tu sekali."

"Mana ada..."

Suaminya menghabiskan kopi tersebut sebelum bangun dan menuju ke bilik tidur mereka. Jasmine turut mengikut suaminya ke dalam bilik mereka. Tapi Jasmine agak lambat kerana ketika dia baru sahaja masuk ke dalam bilik, suaminya sudah masuk ke dalam bilik air. Jasmine terduduk di atas katil memikirkan apa yang sedang berlaku.

Suaminya keluar dengan hanya bertuala tidak lama selepas itu. Jasmine memandang tubuh badan suaminya yang selepas bertahun dikahwini, kini sedikit berisi itu. Berisi pun tapi masih hot jugalah pada pandangan manusia lain. Kalau tak, tak adalah sampai jadi playboy suaminya itu.

"Abang, Jas minta maaf..."

"Dah, abang penat ni. Abang nak tidur." Suaminya lalu merebahkan diri di atas katil. Jasmine masih dihambat oleh rasa bersalah. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan. Apa saja yang hendak dilakukan kelihatan salah.

Untuk mengambil hati, Jasmine mengurut-urut lembut badan suaminya itu. Memang kalau nak diikutkan, dia sendiri malas hendak bergaduh untuk perkara-perkara kecil tapi ada kalanya, kesabaran dan kesetiaannya teruji. Jasmine tahu semua ini tidak akan memberi apa-apa manfaat tapi itulah, egonya masih tinggi.

Secara tiba-tiba, apa yang mamanya pernah katakan kepadanya seolah terlayar kembali di ruang matanya. Dan mengingatinya adalah satu penyeksaan.

"Masa bercinta memang semua nampak cantik, Jasmine."

Mama Marissa memang tak pernah merestui perkahwinan Jasmine dan Zikry. Ada saja perkara yang dilakukan oleh Zikry yang menyakitkan matanya. Tidak seperti suami Juliana yang dari golongan kerabat diraja itu. Dijulangnya tinggi.

Sedang Jasmine leka mengurut suaminya, dia tergerak hati untuk melihat handphone suaminya. Entah apa yang menggerakkan hatinya sebegitu rupa. Dan setelah melihat apa yang terpapar di skrin handphone itu, dunia Jasmine hampir gelap.

Syng abng jgak
Nunite abng hnsm

Gadis WeChat bergambar profil diedit menggunakan Camera360 adalah pengirimnya. Jasmine meneka bahawa usia gadis itu dalam lingkungan belasan tahun dan itu semakin merungsingkannya.

Dengan air mata Jasmine tidur pada malam itu.

Secawan Teh StrawberiWhere stories live. Discover now