Malam itu, Datin Marissa menjemput semua anak menantunya untuk datang makan malam di villanya. Bila semua, pastilah menantunya Zikry dijemput sekali. Kalau tak dijemput sekali, apa pula kata menantu yang lain. Tak pasal-pasal dicop sebagai mertua pilih kasih. Tapi memang betul pun, kan?
Di meja makan, masing-masing senyap membisu. Etika orang have-have katakan. Mestilah senyap sahaja ketika menjamu selera. Kalau tak, bising nanti, terganggu pula selera makan Datin Marissa dan Dato' Syarifuddin itu. Cucu-cucu pun semua behave sahaja dibuatnya.
"Bila Danial ni nak dapat adik, Jasmine?" Tiba-tiba Datin Marissa bertanyakan soalan. Jasmine yang sedang menyuap makanan ke mulutnya hampir tersedak.
"Takde rezeki lagi, mama. Nanti kalau ada, Jasmine bagitaulah."
"Dah tujuh tahun umur anak kamu ni. Jangan sampai dah besar sangat baru nak ada adik nanti. Tak pasal manja terlebih nanti."
"Takpelah pun kalau manja. Manja dengan kitorang jugak kan." Jasmine menjawab kenyataan mamanya itu. Betul juga. Anak dia sendiri tahulah macam mana dia nak jaga.
"Tengok tu. Kalau mama cakap ada je yang nak menjawab."
Jasmine menjeling ke arah suaminya. Suaminya nampaknya tidak memberi apa-apa respon. Melihatkan semua orang yang berada di meja tersebut, suaminya seorang sahaja yang makan menggunakan tangan. Walaupun sudah banyak kali diajar, suaminya tetap selesa makan menggunakan tangan. Demikian begitu, Jasmine tidak malu dengan suaminya.
"Dengar kata Zikry sekarang dah bawak bas?" Dato' Sharifuddin bertanya pada menantunya seraya menyuap salad ke dalam mulutnya.
"Err, betul, pa." Zikry menjawab tapi dengan nada takut. Mana tak takutnya. Kedua-dua birasnya yang ada di situ semuanya mempunyai kerjaya yang jauh lebih baik darinya.
"So sekarang kerja kat mana?" Tengku Ashraff, suami kepada Juliana pula bertanya. Tapi gaya tanyanya itu sebenarnya lebih kepada menyindir sebenarnya. Maklumlah, dari keturunan beraja macam tu memanglah kan.
"Oh, jadi driver Datin Amelia. Boss Jasmine."
"Wait, is this Datin Amelia Ilyani?" Datin Marissa hampir tersedak lemonadenya.
"Mama kenal dia ke?" Jasmine kehairanan. Tapi memandangkan mamanya itu memang seorang yang agak sosial, tak hairanlah sangat. Cuma, Datin Amelia itu muda lagi kut.
"Why wouldn't I don't? She's a regular at Dolly's Spa. Baru tiga hari lepas mama jumpa dia kat sana. Dia tak cerita pulak she got a new driver."
Dalam hati Jasmine, timbul rasa menyesal sedikit. Kalau betullah Amelia itu kawan mamanya, memang lagi teruklah impresi mamanya kepada Zikry nanti. Tapi, macam tak biasa pula dipandang sebegitu. Lagi-lagi daripada abang iparnya itu.
"Jangan cakap kat dia pulak yang kau tu menantu Datin Marissa Chan. Nanti apa pulak dia kata kat mama nanti." Tengku Ashraff cuba bermain api.
"Ha'ah betul tu. Eh, kejap. Macam mana dia boleh kerja dengan Amelia tu, Jasmine?" Datin Marissa menyetujui apa yang dikatakan oleh menantu kesayangannya itu. Memang jarang sangatlah apa yang dikatakan oleh Tengku Ashraff tidak dipersetujui olehnya.
"Oh, dia cakap kat Jas yang dia nak pakai driver. Alang-alang, Abang Zikry pun memang tengah cari kerja lain. Jas pun tak sangka yang Abang Zikry nak terima kerja tu."
"Tak kisahlah kerja apa pun. Janji duit gaji tu halal. Kan, Bang Zikry?" Mujurlah Johan cuba menenangkan keadaan. Bukan boleh dibiarkan mamanya dan abang iparnya yang seorang itu. Makin teruk dihinanya nanti suami kakaknya itu. "Duit banyak, hati tak tenang buat apa."
YOU ARE READING
Secawan Teh Strawberi
Mystery / ThrillerNak minum teh? Teh berperisa rahsia silam, dendam, cemburu dan tikam belakang? Hiruplah teh ini...