Bab 4

3.5K 53 1
                                    

Fikiran Jasmine kusut dengan setiap apa yang berlaku. Dia tahu yang kalau nak diikutkan, dia lebih daripada boleh untuk berdepan dengan suaminya itu. Tapi dia juga tidak tahu mengapa dia harus beriya memikirkan hal itu. But then again, itu suaminya.

Di dalam pejabat hari itu, Jasmine masih memikirkan tentang suaminya dan gadis WeChat tersebut. Kredibilitinya sebagai seorang isteri sangat teruji dengan hakikat itu. Rasa seperti maruah dan egonya seakan dipijak-pijak dengan kejam oleh Zikry.

Hebat sangatkah budak sekolah itu sehinggakan dia ini diletakkan selayaknya malah lebih rendah daripada budak sekolah itu? Apa saja yang dia tak berikan kepada suaminya itu? Segalanya dia berikan.

Pagi tadi, sebelum pergi ke pejabat, Jasmine sempat bertanya kepada suaminya.

"Abang, Jas nak tanya sikit..."

"Apa dia awak ni?"

"Pasal duit tu, Jas tak kisah sangat. Jas boleh je lagi nak bayar all the bills tu pakai duit gaji, Jas. Duit gaji abang tu boleh buat duit makan kita bertiga. Buat duit belanja Danial sekolah ke. Pasal bil semua, biar pakai duit Jas."

"Awak dah kenapa pagi-pagi bukak cerita pasal duit ni? Potong moodlah."

"Dah tu Jas nak cakap malam tadi tapi Jas tengok abang macam penat sangat. Habis bila lagi Jas nak jumpa abang nak cerita pasal benda macamni?"

"Tak payahlah, Jas. Memang abang tahu sangat yang Jas nak tunjukkan duit Jas tu je yang banyak. Abang ni mana ada duit sangat kan? Sebab tu mak Jas..."

"Balik-balik nak kaitkan mama dengan papa ni dah kenapa?! Abang sedar tak kalau tak kerana mama dengan papa tu yang bagi kita kahwin, abang ingat kita kahwin ke sekarang?"

"Ya, Jasmine! Memang Dato' Sharifuddin dengan Datin Marissa tu bagi kita kahwin. Tapi cuba awak tengok balik berapa kali je dorang anggap abang ni menantu?! Berapa kali je dorang tunjuk yang dorang sayang kat Danial tu sebagai cucu?! Bila abang cakap, awak suruh abang sabar."

Mengimbau kembali hal itu, dada Jasmine jadi sebak dan sesak. Diambilnya langkah menuju ke jendela pejabatnya melihat ke luar tingkap. Difikirnya semula apa yang dikatakan oleh suaminya tadi. Itu bukanlah kali pertama mereka bergaduh kerana ibu bapa Jasmine.

Dari jendela pejabatnya, memang dapat dilihat seluruh kota Kuala Lumpur. Setidaknya pada ketinggian 30 tingkat. Jasmine memandang ke bawah dan dia dapat melihat beberapa buah bas sedang dipandu ke pelbagai arah.

Di bawah sana itulah tempat suaminya berkerja. Memandu bas di sebuah IPTA demi mencari sesuap nasi (baca: sebatang rokok) untuk seharian. Memang nak dibandingkan dengan Jasmine, bagai langit dengan bumi.

Tapi walau itupun, belum pernah sekalipun Jasmine merungut. Baginya, dia menerima apa adanya Zikry itu. Suaminya yang sangat dicintai.

Pintu biliknya diketuk. Hamdan, despatch pejabat rupanya.

"Assalamualaikuuuum, Puan Jasmiiiiiine..." Menyanyi-nyanyi dia memanggil nama Jasmine. Jasmine hanya tersenyum.

"Waalaikumussalam, Hamdan. Happy semacam je ni?"

"Eh, mestilah happy, Puan. Datin Amelia tak masuk office hari ni. Tapi anak tiri dia ada."

"Anak tiri?"

"Ha'ah, anak tiri. Anak arwah Dato' dengan bini pertama dia dulu."

"Saya tak pernah kenal pun. Kerja sini jugak ke?"

"Ya Allah, Puan Jasmine ni! Tak kenal ke Puan Zahira?"

"COO tu ke?" Jasmine bertanya lagi.

"Yalah! Itulah anak tiri Datin Amelia. Yang saya dengarlah kan, umur Puan Zahira tu lima tahun lagi muda je daripada Datin Amelia tu. 35 ke apa tak salah. Bayangkanlah umur arwah Dato' tu dulu berapa."

Jasmine hanya menganggukkan apa yang didengarnya itu. Ada jugalah beberapa kali dia terserempak dengan Puan Zahira itu tapi manalah dia tahu itu anak tiri Datin Amelia. Yalah, macam si Hamdan ni cakap, beza pun lima tahun je. Mana nak nampak bezanya apa.

"Dah lama ke Dato' meninggal, Hamdan?"

"Lama tak lama jugaklah. Masa anak Datin yang kecik tu memang baby lagilah kiranya. Tapi itulah, kes tu sekarang open case, Puan."

"Kenapa open case pulak?"

Baru Hamdan hendak membuka cerita, pintu bilik Jasmine diketuk. Panjang umur, Zahira yang berada di muka pintu. Selepas perasan isyarat yang diberikan Jasmine, Zahira masuk ke dalam bilik tersebut.

"Hamdan, awak buat apa kat sini?"

"Hantar surat ni kat Puan Jasmine. Puan pulak?"

"Eh, suka hati sayalah nak pergi mana saya nak. Dah, keluar! Tak habis nak membawang je tahu."

Hamdan hanya menurut perintah Zahira. Sepemergiannya, Zahira menutup pintu dan duduk berhadapan dengan Jasmine.

"Ya, Puan Zahira. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"You staff baru kan? Baru pindah sini as well?"

"Ya betul. Sebelum ni saya tinggal di Port Dickson."

"PD? But your previous workplace was at Seremban."

"Dekat je Puan sebenarnya PD dengan Seremban tu. One hour drive."

"Oh, I see..." Kemudian wajahnya sedikit kendur. "I have to remind you on something."

Jasmine sudah mula merangka pelbagai persoalan pelik dalam kepalanya. Rasanya, dia tidak ada menyakitkan hati sesiapa di pejabat ini. Dan rasanya dia tidak ada melayan mana-mana suami orang setakat ini.

"Tentang apa ya, Puan Zahira?"

"Are you married, Jasmine?"

"Err, yes?"

"Careful with Datin Amelia."

"Kenapa? Dia tak suka ke kalau staff dia ada yang dah kahwin?"

"No, she loves if her FEMALE staffs are married."

"Err, kenapa?"

"I did some research on your background, family details and so on. By that, I can say that you have a quite handsome husband..." Jasmine rasa ada sesuatu yang tak kena dalam ayat itu. "so, I want you to know something about my stepmom."

"What is it? You scares me, Puan."

"Good, I want you to be scared."

Jasmine masih merasakan yang ada sesuatu yang sangat tak kena dalam ayat itu.

"Amelia tu maneater. She devours man alive. Take a good care of what you have, Jasmine. Dah ramai yang jadi mangsa."

Jujurnya Jasmine memang merasa tidak selesa ketika itu. Dahlah datang bilik orang tak diundang, gayanya pun menakutkan. Nak nasihat pasal jaga laki sendiri, lagilah Jasmine malas nak layan.

"Oh, tu je ke, Puan Zahira? InshaAllah, tahulah saya nak jaga suami saya."

"Careful!" pesannya lagi sebelum beredar meninggalkan bilik itu. Selepas dia pergi, Jasmine menghela nafas lega.

Baru hendak sambungkan lamunannya, telefonnya mendapat satu panggilan. Ianya daripada nombor yang tidak dikenali. Lama Jasmine berfikir sebelum memutuskan untuk menjawab panggilan itu. Sehinggalah ianya tamat. Tapi sepuluh saat selepas itu, ianya berdering semula. Daripada nombor yang sama.

"Hello..."

"Hello, Jasmine. It's me, Amelia. Datin Amelia."

"Oh, hi Datin." God, she's like a ghost. She's everywhere when you think of her.

"Look, actually I have a problem. Can you help me with something? I'll give you a half day off for it."

"Apa dia, Datin?"

"Can you fetch my son at school? Our sons go to the same school kan? So boleh tak you ambik dia and then hantar kat rumah I? I'll send the location. Jangan risau, you boleh terus balik rumah lepas tu."

"Err, well sure..."

Hmm, well Jasmine... Good Luck!

Secawan Teh StrawberiWhere stories live. Discover now