Bab 6

2.8K 58 6
                                    

"That's cringe, but cute though..."

Jasmine tersenyum sendiri. Memang respon sebegitu acapkali diterimanya sekiranya dia bercerita mengenai kisah percintaannya dahulu. Walaupun dengan Murni, pasti itu reaksi yang akan diterima. Sesiapa saja yang mendengar pendek kata memang akan mempunyai reaksi yang sama.

"But well, not downgrading but how can you marry... jangan salah faham pulak ya."

"Saya faham soalan Datin tu. Selalu je orang tanya saya soalan tu, Datin."

"So yeah, tak terasa pelik ke?"

"Entahlah, sebab dah sayang kut."

Dalam hati Amelia, berbakul kata cemuhan sudah diberikannya. Cakap jelah kau kahwin dengan mat rempit tu sebab dia handsome. Tak payah nak guna alasan sayang sangatlah. Ini bukan tahun 80an lagi.

"Dah berapa you all kahwin?"

"Tahun ni alhamdulillah, dah lapan tahun. Biasalah gaduh sikit-sikit tu ada je."

"That makes marriage, marriage."

Teh dicicip lagi oleh mereka berdua. Amelia masih mempunyai banyak lagi soalan yang ingin ditanyakan kepada Jasmine. Dan Jasmine masih tidak tahu niat di sebalik soalan-soalan itu.

"So, with your husband punya gaji, how much is it?"

"Oh, not that much pun. RM1k something."

"Damn, that's quite low."

"Tapi itulah, Datin. Gaji banyak tu pun still ada hati jugak nak pandang orang lain..." Kemudiannya Jasmine terdiam setelah menyedari yang dia terlepas cakap sesuatu yang, well, dia tak patut. "Anggaplah saya tak cakap apa-apa..." Dia cover dengan ketawa.

"Too late..." Tapi Amelia tak lupa. "C'mon, what's happened? He has someone behind you?"

Jasmine diserang rasa serba-salah. Maklumlah, masalah rumah-tangga namanya pun. Memang susahlah hendak diceritakan waima pada saudara-mara sendiri. Tapi kalau nak diikutkan, Jasmine memang penat memendam seorang diri.

"Not to blame you, dahling. Men are all the same."

"Mungkin salah saya jugak kut yang busy sepanjang masa."

"Don't victimize yourself, dahling. Cheaters cheat no matter in whatever situation they are. You can still be the best steak in town but if he wants a burger, he will go to the stall. That's an inconvenient truth."

Jasmine menghirup lagi teh yang semakin panas dirasakannya itu. Panas hatinya setiapkali mengingatkan apa yang sering dilakukan Zikry kepadanya.

"Lagipun, kerja macam dia tu, Jasmine, memang senang dapat penyedap."

"Maksud Datin?"

"Well, not downgrading the job but that's a third world class profession. Not even a profession pun to say, actually. So, dengan siapa dia bergaul, circle of friends, semua tu you have to take into consideration, Jasmine. Be honest, pernah check phone dia tak? Okay, if that's too personal, do you know who he befriend with?"

Lambat-lambat Jasmine menggelengkan kepala.

"God, Jasmine, why?"

"Sebab saya rasa it's his rights to be friend with whoever he wants."

"No, darling, it's not working that way. You should be careful dengan sesiapa je in your husband's life."

"Entahlah, mungkin salah saya jugak kut. Asyik busy kerja je. Sampai tak sempat nak tengok dengan siapa dia bergaul."

Secawan Teh StrawberiWhere stories live. Discover now