2 ; duo

47 8 0
                                    

"doktor macam mana dengan keadaan anak saya? Dah genap seminggu keputusan keluar, saya harap ada perubahan yang baiklah"

Wanita paruh baya itu mengharap jawapan yang baik diberikan, tapi hanya sebuah hembusan nafas kedengaran.

"saya tak boleh jamin kesihatan jiae 100 peratus, tapi saya yakin dia boleh sembuh kalau dia jaga kesihatan dan pemakanan dia"

Wajah puan yoo menjadi suram. Ibu mana yang tidak sedih bila dengar anaknya sakit. Itulah yang dirasai oleh puan Yoo sekarang.

Tanpa diketahui, orang yang mereka bincangkan tadi telah mendengar semuanya disebalik pintu bilik tersebut.

Gadis itu sudah tidak tahan. Dia yakin bahawa dia tidak akan hidup lama tapi kenapa doktor sering bagi harapan palsu kepada ibunya.

Jiae benci itu. Benci bila mengingati semua pengorbanan ibunya untuk dia sembuh, sedangkan dirinya tetap akan meninggalkan insan terbaik itu suatu hari nanti.

Jiae mengesat air mata yang menitis. Dia terlalu kecewa memikirkan kesihatan tubuhnya sekarang. Sangat menyedihkan.

Gadis itu memutuskan untuk keluar wad sebentar. Mencari angin malam untuk menenangkan fikirannya yang sedang kusut.

 Mencari angin malam untuk menenangkan fikirannya yang sedang kusut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiae berjalan sekitar bandar Seoul. Sepintas melihat bintang dilangit. Kadang dia terfikir setiap orang menjadi bintang untuk orang lain agar terus bersinar. Tapi.. siapakah yang akan menggantikan bintang ibunya selepas dia meninggalkan wanita itu.

"haaaaa kenapa!!"

Jiae menghentak hentak kakinya. Air mata masih tidak berhenti mengalir. Kenapa semua benda ini terjadi pada dirinya? Kenapa mesti dia yang perlu hadap penyakit ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bahkan dia sendiri tidak tahu jawapannya.

"maafkan jiae ibu.."

.
.

Langkah tapak kaki itu menuju ke arah sebuah kedai serbaneka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah tapak kaki itu menuju ke arah sebuah kedai serbaneka. Dia masuk ke dalam kedai itu untuk mencari sesuatu bagi mengalas perutnya yang kosong.

[C] HOSTAGE Where stories live. Discover now