"yoo jiae bangun. Jiae sayang bangun"
Suara itu berjaya membangunkan gadis yang sedang seronok dibuai mimpi.
"jiae bangun"
"hmm"
Gadis berusia 25 tahun itu mengumpul seluruh tenaga yang ada untuk bangun dari tidur siangnya. Dan dia tidak suka itu. Tidak suka hakikat bahawa matanya akan terbuka setiap pagi.
"ye ibu..kenapa?"
"tak ibu nak tanya ni. Siapa min yoongi?"
Mata yang pada mulanya kuyu terus terbuka luas sebaik sahaja nama itu disebut. Jiae memandang ibunya terkejut.
Macam mana ibu boleh kenal yoongi?
"dia kawan jiae"
"kawan? Sejak bila jiae ada kawan lelaki?"
Sejak jiae tahu erti kebahagiaan.
"sejak jiae jumpa dia kat kedai malam jiae keluar hospital tu"
Puan Yoo hanya mengangguk faham sambil tersenyum lalu menghulurkan sebekas makanan kepada jiae. Jiae menatap puan yoo dengan tatapan apa-benda-ni.
"yoongi hantar"
Gadis itu tidak dapat menyembunyikan senyumannya, lalu terus mengambil bekas dari tangan ibunya. Puan Yoo hanya menggeleng melihat telatah anak tunggalnya.
"min yoongi tu orang special ke?"
"mana ada bu! Dia cuma kawan jiae. Baru kenal bulan ni"
"hmm yelah tu. Dah banyak kali dia hantar makanan kat jiae setiap pagi"
Jiae tidak menghiraukan ibunya dan segera mengambil sudu untuk mengisi perutnya yang lapar.
"kalau ibu nak tahu, yoongi ni baik. Dia selalu bagi jiae makanan setiap pagi sebab dia tahu jiae benci makanan hospital"
Ayat terakhir jiae sedikit berbisik. Puan yoo tergelak kecil.
"tapi kan.. Satu je jiae pelik dengan dia"
Puan yoo mengambil tempat di atas kerusi sebelah anaknya. Dia menanti apa yang akan dikatakan oleh jiae.
"pelik?"
"pelik sebab setiap kali dia nampak polis, dia akan lari dan ni dah masuk kali kedua jiae nampak yoongi lari bila dengar siren polis"
Puan Yoo terdiam seketika dengan pengakuan jiae. Dia tiba tiba teringat perbualannya dengan doktor pagi tadi. Tidak mungkin apa yang dikatakan oleh doktor sebentar tadi benar.
"puan, kalau boleh saya tanya. Jiae dengan lelaki yang bernama yoongi tu memang rapat ke?"
"setahu saya mereka macam baru kenal sebab sebelum jiae sakit dia tak pernah sebut nama yoongi"
"saya bukan nak cakap apa. Tapi haritu ada dua polis tanya saya, ada sorang banduan larikan diri dari penjara dan dia tunjuk pada saya gambar yang sama persis dengan muka yoongi"
Puan Yoo menggeleng. "tak mungkinlah tu yoongi. Saya rasa yoongi baik je dengan jiae. Mungkin pelanduk dua serupa"
"harapnya begitulah. Tapi jiae tetap perlu berhati hati"
"ibu"
"ibu?"
"ish ibu ni kenapa mengelamun"
Puan yoo kembali melihat anaknya. Dia sedikit cuak. Hatinya sudah mula tidak tenang.
"hmm jiae, ibu nak tanya"
Kali ini tatapan serius diberikan oleh puan yoo.
"tanyalah"
"ada tak polis yang jumpa jiae, tanya mana yoongi?"
Jiae mengangguk sambil tidak berhenti menyuapkan bubur ke dalam mulutnya. Wanita paruh baya itu terdiam seketika dan akhirnya mengeluarkan suara.
"jiae.."
"hmm?"
"jangan dekat dengan yoongi lagi"
.
.Jiae POV
Kenapa kenapa kenapa!?
Kenapa ibu suruh aku berhenti jumpa yoongi? Dia baik lah. Kenapa semua orang tak suka yoongi?
Ibu
Doktor
Polis
Yoongi baik! Dia sama sekali tidak jahat hanya saja orang menganggap dia seperti itu. Mereka salah dalam menilai.
'kenapa perlu aku berhenti ketika aku mula menyukai?'
Akhirnya aku memutuskan untuk ke kedai dimana yoongi bekerja. Aku ingin berjumpa dengannya. Dia sudah lama tidak bertemu dengan aku walaupun kerap menghantar makanan.
Aku sampai di tempat kerjanya. Loceng kedai berbunyi menandakan kedatanganku. Segera aku ke kaunter tanpa memilih barang yang perlu dibeli.
Dan..
Harapan aku hancur sebaik sahaja melihat orang yang di kaunter bukan yoongi melainkan seorang gadis.
Jiae POV end.
"maaf cik? Boleh saya bantu?"
Suara itu berhentikan lamunan jiae.
"saya nak tanya. Orang yang jaga kaunter nama yoongi mana? Kenapa dia tak bekerja malam ni?"
"ouhh yoongi. Saya pun taktau tapi ini dah masuk hari ketiga saya terpaksa ganti kerja dia"
Jiae tersentak dan akhirnya mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih kepada gadis itu sebelum akhirnya keluar dari kedai.
Ada sedikit perasaan kecewa dalam hatinya.
Tak!
Bukan sedikit.
Tapi banyak.
Kemana yoongi pergi? Lelaki itu sempat menghantar makanan kepada jiae pagi tadi dan sekarang dia menghilang?
Apa lelaki itu cuba untuk bermain dengan emosi jiae sekarang?
'kenapa kau pergi bila aku perlukan kau. Tolong jangan hilangkan kepercayaan aku pada kau'
tbc.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] HOSTAGE
Mister / Thriller📑 ; apakah kau bahagia? ✒️ aku bahagia selepas aku mengetahui erti bahagia tersebut. aku juga bahagia selepas aku berjumpa dan mengenali dirinya. ✒️ dia sama sekali tidak jahat hanya saja orang menganggap dia seperti itu. mereka salah dalam menila...