3 ; tribus

43 8 2
                                    

"yoo jiae ingat pesan ibu, jangan keluar. Kenapa degil sangat ni? Penat ibu dan pakcik kamu cari kamu semalam. Kamu pergi mana? Kalau nak keluar bagitau kami dulu. Takpun kamu boleh minta izin doktor dulu"

"iya ibu. Jiae salah. Maaf. Jiae bosan semalam duduk sorang sorang dalam wad. Jadi jiae keluar lah kejap untuk ambil angin"

Jiae mencebik manja. Dia menurunkan kaki dari katil dan memakai selipar.

"ha nak kemana pulak tu?"

"jiae bosan dengar ibu pot pet pot pet. Jiae nak jalan kejap"

Gadis itu melangkah menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas.

"jangan keluar dari kawasan hospital"

"okay ibu sayang" balas gadis itu lalu berjalan keluar dari wad tersebut.

.
.

Gadis itu masih terus berjalan menjelajah kawasan hospital bersama dengan alat bantuan pernafasan yang dipegang. Dia berjalan melihat sekitar taman yang berada dalam kawasan tersebut. Perhatian jiae beralih pada seorang budak kecil yang sedang menangis.

Dia menghampiri budak tersebut lalu melutut untuk menyamakan dirinya dengan budak itu.

"hei adik, kenapa menangis?"

Budak itu masih tidak berhenti menangis. Jiae memegang erat tangan budak kecil itu.

"hei hei dah jangan nangis. Cuba cerita dengan kakak apa dah jadi ni?"

Sebaik saja berjaya mengumpul seluruh tenaga yang ada, budak itu akhirnya berhenti menangis. Tapi masih dalam keadaan tersedu sedu.

"kak.. kak jihyeon dah takda. Hikss mama kata kak jihyeon dah pergi jauh. Mama tak bagi hyenim cari kak jihyeon sebab hyenim takkan jumpa kak jihyeon. Hiksss- mama tipu hyenim kan? Hiksss hyenim nak kak jihyeon semula hikss"

Jiae mematung di tempatnya. Hatinya terasa sebak apabila melihat budak kecil dihadapannya ini mengharapkan sesuatu yang telah pergi untuk kembali.

"kenapa kakak diam? Kakak pun nak kata kak jihyeon dah takda ke? Hikss-"

Jiae berhenti mengelamun. Dia memandang budak kecil yang bernama hyenim itu sambil tersenyum. Jiae mengusap lembut rambut hitam milik hyenim.

"hyenim jangan nangis. Kakak percaya hyenim boleh jumpa kak jihyeon lagi tapi-"

"tipu. Hikss mama kata lain. Mama kata kak jihyeon dah tak ada"

Jiae cuba untuk menahan air matanya dari mengalir. Hatinya rapuh melihat budak sekecil ini terpaksa kehilangan seorang insan yang sangat berharga.

"mama kata kak jihyeon sakit apa?"

"m-mama kata kak jihyeon sakit kanser paru paru. Hyenim betul betul tak paham. Kanser tu apa? Hikss"

Kanser paru paru?

Sungguh dada jiae kembali terasa sesak. Sakit jihyeon merupakan sakit yang sama dengan apa yang ia hadapi sekarang. Melihat ada seseorang yang senasib dengannya telah pergi, membuatkan gadis itu merasa tiada harapan lagi.

.
.

Mata yoongi tidak berhenti menatap ke luar cermin. Dia melihat gadis yang sedang duduk dengan wajah yang lesu pada bangku luar tempatnya bekerja.

Selesai shift, yoongi segera meninggalkan kaunter dan berjalan keluar menghampiri gadis yang sedang terlelap di luar kedainya.

"jiae?"

Tidak ada sebarang jawapan diberikan oleh gadis itu. Sedang tidur atau pura pura, yoongi juga tidak tahu.

Akhirnya lelaki itu mengambil tempat di hadapan jiae. Dia turut membaringkan kepala di atas meja. Arah bertentangan dengan gadis itu.

 Arah bertentangan dengan gadis itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"kalau ada masalah ceritalah"

Suasana hening seperti biasa. Keheningan malam merupakan langkah pertama sebelum aksi perbualan mendalam mereka berlangsung.

Dan seperti biasanya, jiae akan mula bersuara untuk memecahkan keheningan itu.

"aku akan mati kan?"

Yoongi agak terkejut mendengar soalan yang tiba tiba keluar dari mulut jiae. Dia memilih untuk diam dan menunggu gadis itu untuk meneruskan kata katanya.

"a-aku akan mati yoongi hikss.."

Gadis itu meluahkan segalanya pada lelaki yang dia baru kenal beberapa hari lepas. Tidak kisah jika yoongi ingin dengar atau tidak tetapi yang pasti jiae sangat memerlukan seseorang sekarang. Seseorang yang ingin dia ceritakan segala masalah.

"tadi salah seorang dari pesakit kanser, mati. Kanser yang sama dengan aku. J-jadi.. aku akan mati lah kan?"

Jiae mengangkat kepala lalu menggeleng laju. Matanya tertutup rapat. Serapat rapatnya.

"t-tak, aku taknak mati lagi. Aku tak sanggup tinggalkan ibu. Aku sayang ibu"

Yoongi menatap jiae lama. Dia tidak sangka gadis yang dia jumpa kali pertama di hospital lepas, merupakan seorang gadis yang rapuh.

Keadaan jiae dulu tidak seperti yang sekarang. Dia lebih kerap menangis dan menangis. Dan terus membazirkan air matanya untuk suatu hal yang tidak pasti.

"berhenti menangis."

Akhirnya yoongi bersuara. Tetapi tetap saja gadis itu tidak mampu melakukan hal yang disuruh. Hatinya sangat sakit. Mana mungkin dia berhenti menangis dan mana mungkin dia mampu untuk berpura pura kuat.

"aku selalu bagitau orang lain untuk menangis kalau sedih dan ketawa kalau gembira tapi kau.. tolong jangan menangis lagi"

Jiae mengesat air mata dengan lengan baju. Dia menatap yoongi sayu. Tatapan dingin lelaki itu membuatkan hati jiae kembali tenang.

"kenapa?"

"entah.."

Sekali lagi keheningan malam minggu ini, telah membuktikan bahawa ada sesuatu yang tertanam dalam hati masing masing. Tidak tahu apa benda itu. Tapi rasa seperti perasaan yang belum pernah dirasakan oleh keduanya sebelum ini.

Dua pasang mata yang sedang beradu itu berjaya membuat masa yang berjalan seakan ingin berhenti. Tidak ingin mengganggu detik penting yang mereka habiskan pada malam ini.

Sehingga..

Wee woo wee woo

Yoongi yang pertama mengalihkan tatapan mereka sebaik sahaja mendengar bunyi siren di sekitar kawasan itu. Dia lekas bangun. Langkahnya terhenti apabila sebuah tangan berjaya menahannya.

"kau nak pergi mana?"

Tidak ingin berlengah lagi, yoongi terus menarik tangan jiae untuk masuk bersamanya ke dalam kedai.

Gadis itu hanya akur dengan tarikan tangan yoongi pada lengannya. Sekilas jiae melihat wajah yoongi. Kegelisahan terselit pada raut wajah lelaki itu.

"kenapa kau lari bila dengar siren polis?"

Soalan yang keluar dari mulut jiae berjaya membuat yoongi tersentak. Matanya beralih pada mata indah milik gadis tersebut. Dia memilih untuk diam sebelum mengatakan sesuatu.

"tak semua benda perlu kau tahu"

tbc.

[C] HOSTAGE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang