"woii berhenti!"
Lari.
Lelaki itu masih berlari. Tidak menghiraukan teriakan yang dilontar, dia tetap mengambil langkah untuk terlepas dari dua orang yang sedang mengejarnya.
Yoongi tidak boleh berhenti. Dia harus terlepas untuk kali ini. Kerana janjinya pada seseorang. Seseorang yang dia ingin jumpa esok.
"min yoongi! Kami bagi amaran! Berhenti sekarang juga"
Semakin kuat suara itu, semakin laju langkah yang diambil. Lelaki berambut coklat itu tidak mengendahkan panggilan itu sama sekali.
Setelah beberapa minit dalam aksi kejar mengejar, yoongi akhirnya terlepas. Kedua polis yang mengejar tadi sudah tidak kelihatan. Dia mengatur nafasnya. Peluh dikesat dan mengambil tempat di sebuah lorong sempit agar tidak ada sesiapa yang mengetahui keberadaannya.
"fuhh.."
Nafasnya tersengal sengal. Segala kepenatan dia cuba lepaskan. Yoongi duduk dan mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.
"akhirnya.."
Sebuah loket berbentuk bintang.
Lelaki itu tersenyum. Melihat benda yang dia sedaya upaya cari tadi sudah berada ditangannya, sebuah senyuman terukir. Benda berkilau yang ingin diberikan kepada seseorang. Seseorang yang mungkin sekarang sudah sangat berharga baginya.
.
.
Jam menunjukkan pukul 6.20 pagi. Hari ini yoongi bangun lebih awal dari biasa. Dia mula bersiap dan sempat menyantap beberapa keping roti sebelum akhirnya keluar dari rumah.
Dan tidak lupa juga dengan loket itu.
Setelah meneruskan perjalanan, akhirnya dia tiba di hospital besar seoul. Langkah yoongi menuju ke satu wad yang sudah lama dia tidak lawat. Lelaki itu masih ingat nombor wad jiae, jadi dia tidak perlu susah susah bertanya kepada jururawat yang bertugas.
Yoongi mendengus kasar. Dengan langkah yang berat, dia cuba untuk mengumpul segala kekuatan yang ada. Sesuatu telah menantinya. Sesuatu yang sudah lama dia elak akan tiba.
'maafkan aku, jiae. Ini pertemuan terakhir kita'
Yoongi meneruskan langkahnya menaiki beberapa anak tangga dan akhirnya tiba di lorong wad nombor 312.
Dahi yoongi berkerut apabila mendapati beberapa orang sedang berkerumun di luar wad jiae. Sebaik saja dia mendekat, puan Yoo terlebih dahulu menghampiri yoongi. Hati yoongi tidak tenang melihat wanita tua itu menangis.
Apa yang sedang berlaku?
Sebuah tamparan hebat melayang di pipi putih milik yoongi. Dia terkejut lalu menatap wajah puan yoo yang berdiri di hadapannya. Lelaki itu cuba untuk mengawal emosi sekarang.
"ken-"
"kamu punca segalanya!"
Yoongi masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Wanita tua ini menamparnya tanpa sebab.
"kamu ajak jiae keluar! Tanpa fikir kesihatan dia! Dia sakit! Kenapa kamu paksa dia keluar! Kenapa!!!!!"
Sebelah kening yoongi terangkat. Dia ketawa kecil.
"makcik, saya tak faham. Apa yang berlaku. Jiae kenapa? Saya nak jumpa dia"
Tangisan puan Yoo semakin kuat. Wanita itu terduduk. Kakinya yang lemah tidak mampu menampung tubuhnya lagi. Dia tidak ada kekuatan sekarang.
Hati yoongi sekali lagi tidak tenang. Dia berlari menuju ke dalam wad jiae. Pintu wad dibuka kuat olehnya. Yoongi berjalan perlahan mendekat pada katil jiae. Lelaki itu mematung apabila dapat menangkap situasi yang sedang berlaku sekarang.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] HOSTAGE
Misterio / Suspenso📑 ; apakah kau bahagia? ✒️ aku bahagia selepas aku mengetahui erti bahagia tersebut. aku juga bahagia selepas aku berjumpa dan mengenali dirinya. ✒️ dia sama sekali tidak jahat hanya saja orang menganggap dia seperti itu. mereka salah dalam menila...