"minhyuk?"
"hmm hi jiae?"
Tanpa memberi sebarang jawapan, gadis itu terus berlari memeluk lelaki itu. Menyalurkan kerinduan yang tidak terkata selama 5 bulan ini.
"awak pergi mana? Saya rindu awak"
Minhyuk tersenyum canggung. Dia melepaskan pelukan jiae.
"jom jalan jalan kat taman kejap. Ambil angin malam"
Gadis itu tersenyum gembira lalu menarik pergelangan tangan lelaki itu untuk ke taman.
Mereka melihat sekitar taman tersebut. Keduanya duduk di taman yang terletak di belakang hospital. Langkah jiae dan minhyuk bergerak ke arah bangku bersebelahan pokok epal.
"btw awak pergi mana selama ni? Kenapa tak jenguk saya?"
Wajah minhyuk kelihatan bersalah. Dia berhenti melangkah lalu menatap wajah gadis disamping.
"yoo jiae"
"hm?"
"saya datang sini nak bagitahu sesuatu"
"bagitahu apa?"soal jiae.
Gadis itu menatap minhyuk pelik. Seperti ada sesuatu yang sangat penting ingin dikatakan oleh lelaki itu. Hanya melihat raut wajah minhyuk, jiae dapat tahu segalanya di sana.
"awak kenapa? Ada masalah?"
"saya- tak maksud saya, kita-"
"kenapa dengan kita?"
"lebih baik kita putuskan pertunangan ni"
Tidak ada sebarang jawapan dari jiae berjaya membuat minhyuk gelisah.
"Tak- maksudnya bukan saya curang atau jumpa wanita lain. Saya cuma- awak tahukan awak-"
"okay"
Jiae berjaya memberhentikan minhyuk dari meneruskan kata katanya. Gadis itu benci kerana dia mengetahui apa yang bakal dikatakan oleh minhyuk sebentar tadi.
"baguslah awak yang cakap dulu. Sebab dari dulu lagi saya memang nak buat semua ni"
"maksud awak?" tanya minhyuk pelik.
"saya tak suka awak. Tak mungkin saya kahwin dengan orang yang saya tak suka."
Minhyuk menghela nafas lega. Lega kerana dia tidak perlu menyakiti hati gadis itu.
Minhyuk tersenyum pada jiae dan dibalas dengan tatapan yang sulit diertikan oleh gadis itu.
"terima kasih"
"sama sa-"
Belum sempat lelaki itu membalas, jiae terlebih dulu menoleh dan berjalan meninggalkan minhyuk. Gadis itu tidak mahu menunjukkan wajahnya yang menyedihkan.
Siapa sangka disebalik kata kata gadis itu, terselit satu kebohongan yang menyakitkan.
.
.Suasana malam sunyi di sebuah taman permainan tidak dipenuhi oleh suara kanak-kanak, melainkan suara tangisan seorang gadis. Gadis yang merasakan dirinya punca segala masalah yang telah berlaku.
Pertunangan bersama dengan lelaki yang telah menjalinkan hubungan selama 3 tahun, terbatal begitu saja.
Dia tahu dirinya punca semua itu. Mana mungkin ada orang yang sanggup bertahan hidup dengan gadis yang akan mati tidak lama lagi.
"hiksss hikss"
"kau kenapa?"
Gadis itu menatap ke atas untuk melihat siapa yang berani mengganggu aktiviti menangisnya malam ini.
YOU ARE READING
[C] HOSTAGE
Mystery / Thriller📑 ; apakah kau bahagia? ✒️ aku bahagia selepas aku mengetahui erti bahagia tersebut. aku juga bahagia selepas aku berjumpa dan mengenali dirinya. ✒️ dia sama sekali tidak jahat hanya saja orang menganggap dia seperti itu. mereka salah dalam menila...