Sudah sebulan yoongi meninggalkan jiae dan sebulan juga keadaan jiae semakin parah.
Gadis itu sudah mula muntah darah dan bibirnya sudah kelihatan sangat pucat. Puan Yoo sangat risau akan keadaan anaknya.
Berkali kali dia meminta izin dan merayu pada doktor untuk sembuhkan jiae. Tetapi malangnya, doktor tidak mampu berbuat apa apa kerana penyakit kanser jiae sudah sampai ke tahap maksimum.
"doktor, tolong anak saya hikss saya takda sesiapa melainkan dia doktor."
Doktor hanya memandang puan Yoo dengan bersalah. Pihak mereka sangat menginginkan kesembuhan jiae tetapi keadaan tidak mengizinkan.
"puan yoo, saya akan mencuba seluruh tenaga saya untuk sembuhkan jiae. Saya akan cuba. Saya juga ingin jiae sembuh puan. Puan bersabar dulu. Buat masa sekarang, jiae masih ada masa, puan yoo lakukan yang terbaik bersama anak puan"
Puan Yoo hanya mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih kepada doktor sebelum keluar dari bilik tersebut.
Usai menutup pintu, kaki wanita itu kembali lemah. Terduduk dia disitu sambil menangis tersedu. Puan yoo sangat sayang akan anak tunggalnya. Jiae satu satunya permata dalam keluarga yoo, tidak mungkin wanita itu akan merelakan pemergian jiae suatu hari nanti. Jika boleh mengaturkan semua, biarlah dia pergi terlebih dahulu sebelum jiae.
.
.
Cklet..
"eh? Ibu?"
Jiae memandang ke arah pintu. Melihat keadaan mata ibunya yang merah, gadis itu tahu dia punca segalanya. Tidak perlu diterangkan lagi, dia yakin setiap titisan air mata ibunya adalah berpunca dari dirinya sendiri.
Jiae cuba untuk tersenyum meskipun hatinya sakit melihat keadaan ibunya sekarang.
"ibu sini lah. Teman jiae. Jiae bosan duduk sorang sorang."
Puan yoo tersenyum dan mengangguk kecil. Dia berjalan ke arah jiae.
Jiae mengalihkan sedikit badannya ke tepi dan menepuk ruang disebelahnya menyuruh puan Yoo baring bersama.
"ibu duduk sini"
Puan yoo menurut. Dia membaringkan badan di sebelah jiae. Keadaan hening seketika. Jiae cuba memecahkan keheningan tersebut.
"ibu?"
"ye sayang"
"antara laut dengan langit, yang mana lebih luas?"
Wanita tua itu berfikir sejenak sebelum menjawab.
"mestilah langit."
"salah"
"tak mungkin laut"
Gadis itu tersenyum dan memandang ibunya.
"perasaan sayang jiae pada ibu"
Kedua insan itu tersenyum. Puan yoo mencuit hidung anaknya.
"jiae salah, perasaan sayang ibu pada jiae lagi luas"
Jiae mencebik. "iyelah ibu"
.
.Kebahagiaan kedua beranak itu hanya seketika kerana pada malam itu, emosi jiae menjadi teruk apabila ibunya menyuruh dia untuk menjalani rawatan di luar negara.
"taknak ibu jiae taknak. Kenapa ibu suka paksa jiae?"
"ibu cuma nak kamu sembuh je"
"taknak! Jiae takkan pergi. Bayaran rawatan mahal. Tempat jauh. Itu lebih buat jiae tak selesa"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] HOSTAGE
Mystery / Thriller📑 ; apakah kau bahagia? ✒️ aku bahagia selepas aku mengetahui erti bahagia tersebut. aku juga bahagia selepas aku berjumpa dan mengenali dirinya. ✒️ dia sama sekali tidak jahat hanya saja orang menganggap dia seperti itu. mereka salah dalam menila...