1 ; unus

66 12 3
                                    

Gadis itu menatap lurus ke hadapan. Kakinya tidak berhenti melangkah. Dia berjalan lemah masuk ke dalam wad yang menjadi miliknya selama lima bulan ini.

Perbualan antara doktor dengan ibunya sebentar tadi masih bermain di fikiran. Emosinya kembali bercelaru.

"buat masa sekarang anak puan tak dibenarkan pulang lagi. Kami risau penyakitnya semakin parah jika terdedah dengan suasana luar. Jadi saya harap puan faham"

"haa..."

Yoo Jiae- gadis itu mengacak rambutnya hingga kusut. Dia serabut. Betul betul serabut kerana harus tinggal di tempat yang dia sangat benci ini. Tempat yang dipenuhi dengan bau ubat dan warna putih.

Cklett..

Pintu terbuka memaparkan wajah bersalah puan Yoo dari sana. Jiae tahu apa yang bakal di bincangkan oleh ibunya sebentar lagi. Fakta bahawa dia harus tinggal di hospital dalam jangka masa yang agak lama dari yang disangkakan.

"jiae sayang, ibu nak cakap sesuatu ni"

"maaf ibu tapi tolong tinggalkan jiae. Jiae nak bersendirian"

Gadis itu menyorok seluruh tubuhnya dalam selimut. Menyeka air mata yang menitis sebaik saja ibunya keluar.

Anak tunggal keluarga yoo memang nampak seperti gadis yang kuat, namun jiae hanyalah jiae. Dia juga seorang gadis. Gadis yang mempunyai pelbagai perasaan termasuk sedih dan kecewa.

'aku dah menyusahkan ibu banyak kali. Kenapa aku masih hidup?'

Cklett

Pintu terbuka dan kembali tertutup. Jiae mendengus. Apa lagi yang perlu ibunya katakan?

"ibu, jiae dah kata jiae nak bersen-"

Kata kata jiae terhenti sebaik saja dia mendapati tidak ada sesiapa di dalam wad itu selain dirinya.

Kau terlalu berimaginasi yoo jiae.

Gadis itu ingin menutup mata semula tetapi sesuatu telah membatalkan niatnya. Seseorang telah menyorok di sebalik langsir tingkap wad miliknya.

"k-kau siapa?"

Orang itu menyelak langsir lalu menatap ke arah jiae. Dia meletakkan jari telunjuk dibibir tanda menyuruh jiae diam. Jiae memandang pelik orang tersebut.

"tolong diam. Tolong aku. Sekejap je-"

Cklet..

Pandangan jiae teralih pada pintu. Dahi gadis itu berkerut. Dia semakin keliru. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa dua orang polis masuk ke dalam wadnya?

"eh- maafkan kami cik. Tapi boleh kami tanya?"

Jiae mengangguk ragu.

"cik nampak tak lelaki ni?"

Salah seorang dari polis itu menunjukkan sekeping gambar kepada jiae. Gadis itu sedikit terkejut.

Lelaki ni?

Suasana hening seketika. Jiae hanya diam ditempatnya. Dia menatap dua polis itu bergantian.

Apa dia perlu memberitahu polis itu bahawa lelaki yang mereka cari sekarang berada di sebalik langsir

atau..

haruskah dia diam saja?

Jiae kembali memandang kedua polis itu dan akhirnya menggeleng.

"t-tak"

"okay baik. Terima kasih atas kerjasama cik. Kan aku dah kata. Tak mungkin dia datang sini"

"tapi aku rasa aku nampak dia masuk sini tadi"

"kau rasa je-"

Ddaang

Pintu ditutup kembali. Jiae melihat ke arah langsir. Lelaki itu tidak bergerak sama sekali. Gadis itu memilih untuk menghampiri langsir tersebut.

Belum sempat jiae ingin menyelak, lelaki itu sudahpun keluar dari tempat sembunyiannya.

".."

Mata mereka saling bertemu. Sebuah senyuman akhirnya diterima oleh jiae.

"terima kasih"

Sebaik saja mengungkapkan perkataan itu, lelaki tersebut keluar tanpa berkata apa apa lagi.

Jiae menatap pemergian orang itu. Gadis itu tidak bergerak sama sekali. Dia sangat bingung.

Apa yang terjadi tadi, dia betul betul tak paham. Macam mana boleh ada orang sesuka hati masuk wadnya dan kenapa dia perlu tipu polis hanya untuk selamatkan lelaki itu.

Dan macam mana kalau lelaki yang dia selamatkan tadi orang jahat?

tbc.

[C] HOSTAGE Where stories live. Discover now