I Hate U I Love U - Part 49

315 31 34
                                    

KEBUMMMMMM!!! BUMMMM!!! PRAAASSSSSSSS

Bunyi guruh berdentum-dentum, kilat sambung menyambung, angin kuat dan hujan lebat menemani Faith yang masih berpayung di bawah pancuran air dari langit. Tidak dia sangka lelaki yang dicintainya namun di anggapnya sudah tiada itu sedang berdiri di depan mata. Duit syiling yang berada di tangannya digenggam dengan kuat dan airmata sudah mula bergenang di kelopak matanya.

"So.. you are telling me.. that.. tsssskk!! that .. tsssskkk!! Tsskk!! Huuuuuuu  huuuuu!!!", Faith berusaha untuk mengawal tangisannya namun dia gagal. Bermacam-macam jenis perasaan membaluti dirinya pada ketika ini. Sedih, marah, sakit hati, gembira, bersyukur, terkejut dan hampa. Semuanya bersatu dan Faith tidak tahu bagaimana untuk mempamerkan reactionnya. Tham mendekati Faith yang sudah terlalu emotional.. 

"I'm sorry I couldn't tell you because selepas funeral arwah Al, my dad...."

PAKKKK!!! Satu tamparan yang amat keras singgah di pipi Tham membuatkan kepalanya terpusing sedikit tetapi pemuda itu masih menghadap Faith.

"What I and Al did was wrong but it just because I love you too much I.."

BUKKKKK!! BUUUKKK!! - dua biji tumbukan hinggap di pipi kiri dan kanan si Tham sehingga lelaki itu jatuh ke tanah. Tham memegang mukanya yang terasa krem dengan tumbukan padu dari girlfriendnya (di suatu masa dahulu)

"Get up!!! GET UP!!!!!", Faith sudah membuang payung yang dipegangnya sambil menjerit kepada si Tham dan lelaki itu mengikuti arahannya. Kedua-dua mereka sudah basah kuyup bermandikan hujan.

"Faith.. sy cuba untuk contact ko balik..."

DUUUBBB!! - tendangan padu dari kaki si Faith mengena di dada Tham dan lelaki itu terbuang dan belakangnya menghentam kereta pacuan 4 roda milik abang iparnya.

PON PON!! Kereta James memasuki perkarangan rumah dan both he and Annie terkejut bila melihat Faith sedang membelasah si Tham.

"Faith!! Are you nuts!??", jerit James yang sudah keluar dari kereta dan meluru ke arah Tham yang terjelopok jatuh dengan mulut dan baju t-shirtnya berlumuran darah. Ahli keluarga mereka yang lain juga sudah terbangun apabila mendengar jeritan si Faith yang kuat itu.

"GET UP!! GET UP!!!", Faith menjerit dan meluru ke arah Tham tanpa memperdulikan abangnya. Direnggutnya baju si Tham dan menarik badan lelaki itu dengan kasar sebelum menumbuk jatuhnya semula.

"Faith!! What's wrong with you!??", Tedd dan Madi meluru ke arah Faith dan James sekali lagi membantu Tham berdiri.

"LEAVE US!!", Faith menjerit dan menarik semula leher baju si Tham dengan kasar dan tangan James yang memegang lengan lelaki itu terlepas kerana rentapan yang kuat oleh adiknya.

BUKKK! BUKKK! BUKKK!! BUKKK!! 

Berkali-kali Faith menumbuk badan dan muka si Tham namun lelaki itu tidak bersuara atau mengelak atau membalas serangan si Faith yang bertubi-tubi ke atas tubuhnya.

"YOU'RE GONNA KILL HIM, FAITH!!!', kali ni Tedd sendiri meletakkan dirinya di hadapan si Tham kerana dia tahu tenaga dan pukulan Faith tidak tumpah seperti mummy dia semasa muda-muda dulu. It's either the person will end up in the hospital or in a graveyard!

 "Uhuuukkk!! Uhuukk!", Tham terbaring di atas tanah dengan muka yang menahan sakit dan bajunya sudah berwarna merah dinodai darahnya sendiri.

"Huh! Huh! Heemmm... You still alive? Haahahha!! Why don't you just die!!?", Faith seakan hilang akal apabila jeritan si Tedd juga tidak diendahkan. Dia  menarik badan Tham yang terbaring dari lindungan bapanya dan terus mengangkat kaki ingin memijak kepala si Tham namun ketangkasan abang iparnya yang menarik badan Faith menyelamatkan police officer itu dari mengalami kecederaan yang lebih serius.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now