Sedia.. Ke Garisan - Part 58

268 34 18
                                    

"MUMMY!!! HELPPP!!!"

"My God! Louie!!!", yang lain berteriak sambil menutup mulut kerana sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada saat2 genting itu.

"HEHH!! LAMBAT BETUL PERGERAKAN KAMURANG NI!! HIYEEKK!!"

Semua orang (kecuali Faith dan diapit assistantnya Casper dan Toshio) yang berada di ruang tamu tersebut tercegat di posisi masing2 apabila all of sudden kepala si Louie yang tinggal 2-3 inci lagi mahu mencecah ke lantai mengeras macam kena "avadacadabra" dan berdiri di sampingnya ialah tidak lain tidak bukan; Ms. Kathy a.k.a Kuntilanak, ketua PBBH hutan Kokol!! (Penulis: jangan kamurang start meng"google" mencari ketua hantu di hutan Kokol ar.)

"Kathy... ", itu saja yang mampu terkeluar dari mulut si Madi dan yang lain-lain pula badan mereka masih jammed (yang ada 6 sense meningu si Kuntilanak dan yang normal meningu keadaan si Louie yang inda normal)

"Cis! Punya cantik sy punya entrance langsung teda tepukan ar.. nanti kamurang, sy kasi jadi kamu peneman sy sana hutan baru kamurang tau!", dengus si Kuntilanak sambil memusingkan badan si Louie pada posisi normal dan apabila dia meletakkan tangannya di bahu anak muda itu, barulah si Louie bergerak dan terus jatuh ke atas lantai dengan selamat.

"Mummy.. mummy.. ", terketar-ketar suara si Louie memanggil si Summer dan memandangkan si Summer masih lagi pengsan, si Annie segera menerpa ke arah adiknya yang masih terkejut itu sambil memandang si Kuntilanak dengan ketakutan.

"Uhh.. cantik juga kau ini tapi darah ko inda manis sudah", bilang si Kuntilanak dan dengan kelajuan cahaya, sekelip mata dia sudah berada di depan si Mary, gadis blondie yang menjadi kegilaan pengikut2nya, termasuk dia sekali.

"Excuse me! Don't you dare touching my wife!", marah si Madi dan terus mendekati Mary yang tidak tahu si Kuntilanak berada tepat di depan matanya. Ketua PBBH itu tidak meperdulikan Madi dan hidungnya yang panjang dan reput sebelah segera mencium seluruh badan Mary.

"Huh!! Tidak berguna sudah sama sy! Sia-sia saja sy datang sini!", marah si Kuntilanak tapi Faith segera menuju ke arahnya.

"Ms. Kathy, jangan marah dulu. Ada sebab kenapa sy panggil ko ke sini", bilang Faith dan memberi signal kepada Madi supaya meng"apply" "eyemo anjing" kepada semua yang tidak mempunyai deria ke 6.

"Kalau tidak menguntungkan untuk sy, ko siap! You will go first!", bilang si Kuntilanak dan terus menunjukkan taringnya kepada si Faith. Casper were long gone when Kuntilanak did this kepada tuannya. Mangkali dia pigi bertapuk sama si Toshio sana rumah si Summer.

"Ko tau siapa yang merasuk adik kami tadi kah?", tanya si Faith kepada si Kuntilanak dan at the same time Fir Tandingan yang mempunyai pangkat nenek kepada si Faith mendekati mereka.

"Bukan urusan sy!", bentak si Kuntilanak dan sudah mahu berlalu.

"Sy buli tolong ko cari badan ko kalau ko janji menolong kami!", bilang si Faith menggunakan tektik yang sama semasa dia berjumpa dengan hantu Datin Mariam dulu.

"Haahahha!! Sy inda mau badan sy dijumpai! Biar sy berkeliaran di dunia ini sampai hari kiamat! teda guna berurusan sama manusia macam kamurang ni!", marah si Kuntilanak mula menyeringai dan lidahnya terjelir dengan air liur yang berjatuhan ke lantai.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now