Bab 1

934 25 2
                                    

                                                                                     

"AKU terima nikahnya Qaira Nur Imani Binti Qamil dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai," lafaz pengantin lelaki senafas.

"Sah?" tanya tok kadi yang bernama Imam Mahathir.

"Sah!" sebut beberapa orang saksi.

"Alhamdulillah!" ucap Imam Mahathir sekali gus membaca doa.

Tetamu-tetamu yang berada di situ turut sama menadah tangan dan mengaminkan doa. Senyuman terukir di bibir masing-masing.

Usai  berdoa, pengantin lelaki bingkas bangun dari duduk. Dia melangkah menuju ke arah Qaira yang sedang duduk bersimpuh di sisi keluarga. Nafas ditarik dan melepaskannya ringan. Misinya untuk memperisterikan QairaNur Imani, gadis yang diidamkannya selama ini berjaya. Tidak menyangka semudah itu dia berjaya memikat hati Qaira Nur Imani.

Qaira berdebar-debar. Semakin pengantin lelaki menghampiri semakin laju jantungnya berdetak. Belum pernah lagi dia melihat wajah pengantin lelaki. Dia juga tidak mengenali siapa bakal suaminya. Semua itu diatur oleh keluarganya dan dia menerima seikhlas hati perkahwinan ini.

"Aira jari!" suruh Lija bernada keras.

Qaira tersentak. Dihulurkan jari manis ke arah pengantin lelaki. Sebentuk cincin pengikat kasih tersemat indah di jari manisnya itu. Kemudian, huluran tangan suaminya disambut lalu mencium lembut tangan itu. Hatinya berkira-kira untuk mengangkat wajah. Malu untuk menatap wajah suami.

"Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang," ucap pengantin lelaki.

Dahi Qaira dikucup lembut. Dia tersenyum buat seketika.

Qaira mengangkat wajah. Buntang matanya melihat wajah di hadapannya itu.

"Hai sayang!" suara suaminya dan tersengih.

"Tidak!!!" jerit Qaira bingkas bangun.

Sungguh dia terkejut melihat wajah lelaki itu. Bertambah terkejut melihat gigi lelaki itu yang rongak dan berlubang.

"Tidak! Tidak!"

Qaira menjerit buat kali yang kedua.

"Aduh!" rengek Qaira kemudian.

Pantas dia membuka mata. Melilau matanya melihat keadaan sekeliling. Adakah dia di majlis perkahwinan atau di tempat lain?

"Hahahaha..." gelak Lija tiba-tiba.

Qaira terkejut. Dihalakan mata ke arah suara ketawa.

"Kau ni dah kenapa sampai cium lantai bagai. Kau mimpikan apa?" tegur Lija seraya melangkah menghampiri Qaira.

Qaira tidak membalas. Dia bangun dari jatuhan dan mengusap punggungnya yang terasa sakit.

"Kau mimpikan hero-hero ciptaan kau tu ke? Hero yang mana satu yang kau mimpi kali ni?" tanya Lija pula. Berminat untuk tahu.

"Hero rongak!" balas Qaira geram.

"Rongak?" ulang Lija berkerut dahi.

"Mamat rongak tu la!"

"Maksud kau, Kamal rongak?"

"Huh! Kacau daun betul. Punya la best mimpi aku ni. Bukan senang aku nak mimpi kahwin kau tahu tak?"

Lija yang mendengar ketawa besar. Kepala menggeleng kecil.

"Ingatkan handsome la suami aku tu. Tup-tup keluar muka Kamal rongak. Langkah seribu aku bagi. Kalah Michael Jordan."

Calon Suami Buat NovelisWhere stories live. Discover now