"Sadakallahulazim.. " Zafran menutup yaasin dan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa bersama Zaquan, Amber dan Sarah setelah selesai membaca yaasin di tanah perkuburan tersebut.
Setelah selesai membaca doa, Zafran mulai menyiram air di tanah perkuburan yang tertulis nama TENGKU MUHAMMAD AQIL AASHRAF.
"Umi, kenapa cepat sangat Daddy dengan Uncle Aashraf tinggalkan kita?" Asyraf menyoal Sarah yang pada ketika itu sedang termenung memandang 4 batu nisan yang tertera nama Nadem, Daniaelle, Zach serta Aashraf.
"Allah lebih sayangkan mereka, Sayang.." Balas Sarah ringkas. Gadis itu sudah pun memaklumkan tentang kematian Zach kepada anak kesayangannya itu. Pada ketika itu lah Asyraf mulai menangis teresak-esak tanpa henti apabila mengetahui bahawa bapa angkat yang paling disayanginya telahpun meninggalkannya buat selama-lamanya.
"Kenapa setiap kali kalau ada orang meninggal, Umi selalu bagi jawapan yang sama? Walid (Daniaelle) meninggal pun Umi jawab Allah lebih sayangkan Walid. kenapa.."
"Sayang dengar sini.. ajal maut itu semua ditangan Tuhan. Kita sebagai hamba tidak ada hak untuk menentang kehendak-Nya.." Kata Sarah dalam keadaan marah seraya memotong percakapan anaknya. Gadis itu tidak suka anak kandungnya mempertikaikan kematian tentang orang-orang yang disayanginya. Dia tidak mahu Asyraf menyalahkan Tuhan tentang kematian bapa kandungnya dan Zach.
Anak kecil itu mulai menangis saat dimarahi oleh emaknya.
"Suatu hari nanti Asyraf akan tahu juga bila dah besar nanti.." sambung Sarah.
YOU ARE READING
Cinta Matiku[Boyxboy] SERIES 2
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! "Pada tegukan coffee terakhirku, tercurah harapan dan cinta. Dengan sapaan pertama ini adalah awal kisah hidupku" Asyraf menjumpai sebuah diary lama kepunyaan bapa saudara tirinya iaitu Tengku Muhammad Aq...