Bab 4

2.5K 61 25
                                    

Setelah habis makan malam bersama ahli keluarganya, Asyraf terus masuk kedalam biliknya untuk berehat sambil menenangkan dirinya yang masih tidak puas hati dengan Raphael tentang kejadian di hotel Zaquan siang tadi.

Masuk sahaja dalam bilik, Asyraf langsung berjalan menghampiri piano miliknya untuk mengambil sekeping gambar di atas piano tersebut lalu di bawa ke atas katilnya.

Lelaki itu menatap gambar tersebut dengan pandangan yang sukar ditafsir. Perlahan-lahan dia membawa gambar itu kedalam pelukannya sambil memejamkan kedua belah matanya bagi melepaskan rindu yang bersarang di hati.

Selang beberapa saat, Asyraf meletakkan gambar tersebut pada bantal disebelahnya lalu mengambil diari milik Aashraf di bawah katilnya pula.

Dia menyelak helaian demi helaian pada diari itu.

Tiba di satu ayat yang menarik perhatian lelaki itu, dia memberhentikan selakannya.

5/4/13
First kiss!!

Guess what, first kiss aku adalah Daniaelle. Aku tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku dekat tasik titiwangsa malam semalam. Tak tahu lah nak marah ke nak kesal.

Semalam Daniaelle ada mengajak aku keluar .. katanya dia nak bawa aku ke suatu tempat. Tempat spesial katanya. Aku tak sangka pula tempat spesial yang dikatakan oleh Daniaelle itu adalah Tasik Titiwangsa. Aku tak kisah sangat sebab kat situ memang seronok.

Daniaelle menceritakan kepada aku bahawa di Tasik Titiwangsa itu terlalu banyak kenangan indah yang disimpan olehnya. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Barangkali kenangan dia bersama keluarganya? Atau kekasihnya? Ataupun sahabat dia? Siapa tahu.

Tiba-tiba Daniaelle mencium bibir aku. Terkejut aku. Tidak aku sangka ternyata Daniaelle juga seorang gay, sama seperti Zach—

"Wait Whatt???" Asyraf berhenti dari pembacaannya.

"Plot twist apa ni? Walid gay? Habis macam mana aku boleh terlahir?" Soal Asyraf kebingungan.

"Kenapa umi tak pernah menceritakan zaman muda Walid dulu pasal ini?" Asyraf mengingat kembali apa yang pernah Sarah ceritakan kepadanya ketika dia masih kecil dahulu tentang Ayah kandungnya.

Asyraf pasti , memang jelas Sarah tidak pernah menceritakan zaman remaja Daniaelle bahawa dahulu , Daniaelle adalah seorang yang mencintai sesama jenis kepada dirinya.

"Ke Walid dah bertaubat ? sebab tu dia kahwin dengan Umi ? dan setelah itu aku pun lahir?" Kata Asyraf seorang diri di dalam biliknya sambil membuat pelbagai spekulasi tentang Ayah kandungnya itu.

"Masuk akal juga.." Sambung Asyraf lagi.

Asyraf menyelak halaman seterusnya.

10/4/13
Aku kena culik dan hampir diperkosa oleh Haiman dan Alan iaitu kawan baik Daniaelle. Aku benci mereka berdua. Apabila mengingat kembali aku hampir kena liwat dengan Haiman dan Alan, itu sungguh menjijikkan.

Mereka bagi aku hisap batang mereka. Pada ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rasa takutnya aku pada ketika itu.

Asyraf mengerut keningnya. Fokus betul lelaki itu membaca diari bapa saudara tirinya itu.

"Kenapa mereka nak culik dan liwat Uncle Aashraf ni? Apa salah dia?" Soal Asyraf. Dia kembali menyambung pembacaannya.

Zach datang menyelamatkann aku.

Aku tak tahu bagaimana dia boleh tahu aku ada di kondominium Haiman pada ketika itu. Teruk juga Haiman dan Alan kena belasah dengan Zach aku tengok.

Cinta Matiku[Boyxboy] SERIES 2Where stories live. Discover now