Tokk Tokk Tokk
Pintu bilik Asyraf tiba-tiba diketuk oleh seseorang sontak membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya yang panjang.
"Asyraf? Buka pintu ni sekejap. Ini Paklong ni.." Saat mengetahui gerangan manusia yang mengetuk pintunya itu, cepat-cepat Asyraf menyorokkan diari bapa saudara tirinya itu dibawah katilnya.
"Sekejap.." kata lelaki itu sambil bergegas turun dari atas katil tersebut.
Pintu dibuka, maka terserlah lah wajah tampan Zaquan sedang berdiri dihadapan pintu bilik anak saudara tirinya itu bersama senyuman manisnya.
"Bila Paklong sampai? lama dah ke?" soal Asyraf sambil menyalam tangan Zaquan.
"Baru je sampai.." balas Zaquan.
"Ouhh.. Paklong datang seorang je ke atau dengan Maklong sekali?"
"Paklong seorang je. Ni pun baru balik dengan Ayah dan adik-adik kamu.." jelas Zaquan.
"Ouhh" Balas Asyraf singkat. Patutlah dia ada dengar macam bunyi bising-bising di bawah. Rupa-rupanya ahli keluarga sudah pulang dari tempat kerja.
"oh ye masuk lah Paklong.." Pelawa lelaki itu kepada bapa saudara tirinya untuk masuk kedalam biliknya. Zaquan hanya akur sahaja.
"Sorrylah bilik Asyraf memang bersepah sikit.." Kata lelaki itu apabila dia melihat Zaquan seperti tidak tahu hendak duduk dimana dalam biliknya. Semua tempat bersepah. pakaian kotor, bersih semua dicampurkan.
"takpe.. Paklong faham.. lelaki.. biasalah.." Balas Zaquan yang akhirnya mengambil tempat duduk di atas katil anak saudara tirinya itu.
Saat mendengar kata-kata Zaquan tadi, Asyraf hanya tersenyum sumbing sahaja sambil menggaru keningnya yang tidak gatal. Yang sebenarnya dirinya tu memang semulajadi pemalas. Tak ada kaitan dengan jantina atau apa. Kalau nak kata pemalas, ada je kaum wanita yang pemalas juga. Mungkin Zaquan hanya sekadar ingin menjaga hatinya sahaja.
"Asyraf.." Panggil Zaquan lembut.
"Ye Paklong?" sahut lelaki itu.
"Kamu ada masalah ke dengan Ayah kamu?" Soal Zaquan dengan penuh berhati-hati. Takut juga kalau-kalau Asyraf tidak selesa soalan tersebut diajukan kepada dirinya.
"Ermm.. Tak ada lah.. Kitaorang okay sahaja.. Kenapa Paklong?" kata Asyraf dalam lagak biasa seperti tidak ada apa yang berlaku diantara dirinya dengan Zafran selama ini.
"Sure okay? Tak ada gaduh apa-apa? atau berlaku salah faham ke?" Soal Zaquan lagi.
"Hahaha apa Paklong cakap ni? Asyraf dengan Ayah ok je lah.. Lagipun nak gaduh pasal apa je.. hahahhaa" kata lelaki itu sambil ketawa bagi menutup penipuannya.
"Asyraf.. kadang-kadang kejujuran itu lebih baik daripada memendam.. Cuba jujur.." Kata Zaquan dengan lagak tenang.
Asyraf menghela nafas berat. Sudah diduga kalau Bapa saudara tirinya itu pasti tahu apa yang sedang berlaku diantara dirinya dengan Zafran selama ini.
Asyraf mengambil tempat duduk di birai katil sambil menghadap Zaquan.
"Entah lah Paklong..Kadang-kadang rasa fed up hidup macam ni.. Dari dulu sampai sekarang Ayah selalu kongkong Asyraf.. Asyraf dah besar.. Umur 23 tahun.. I know what's good and what's bad dalam hidup ni.. Takkan Ayah tak boleh nak fikir?" Zaquan hanya mengangguk sahaja mendengar segala luahan hati anak saudara tirinya itu. Dalam fikirannya, dia cuba menyusun ayat untuk menasihati lelaki itu.
"Tapi apapun Asyraf tahu, Ayah buat macam ni semua sebab sayangkan Asyraf. Bukan Asyraf sorang je yang Ayah kongkong seperti ini, Farisya, Zaidan dan Fahrin pun sama. Cuma beza mereka dengan Asyraf, mereka tak pandai nak memberontak. Terlalu patuh. Sedangkan Asyraf.." Lelaki itu tidak mampu meneruskan kata-katanya. Dia tidak mahu dilabel sebagai anak yang kurang ajar di pandangan mata bapa saudara tirinya. Jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.
YOU ARE READING
Cinta Matiku[Boyxboy] SERIES 2
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! "Pada tegukan coffee terakhirku, tercurah harapan dan cinta. Dengan sapaan pertama ini adalah awal kisah hidupku" Asyraf menjumpai sebuah diary lama kepunyaan bapa saudara tirinya iaitu Tengku Muhammad Aq...