ZAs Holding - 8:00 pagi.
"Terima kasih Pak Samad.." Asyraf menyalam tangan lelaki yang sudah lanjut usia itu sebelum keluar dari kereta tersebut.
"Sama-sama.. happy semacan je tengok abang harini" ucap Pak Samad kepada Asyraf membuatkan lelaki itu mengerutkan keningnya.
"Happy? Biasa je" Ucap Asyraf pendek.
"Yelah tu.. Biasa kalau nak pergi ZAs Holding kemain tarik muka sampai badmood bagai.. Nak tegur pun Pak Samad tak berani.. Ni mesti ada apa-apa.. ke ada someone yang Asyraf suka kat si-?"
"Wow Pak Samad ada ke cakap macam tu. Kenal Staf kat sini pun tak lagi inikan nak ada crush.. Dah lah Abang pergi dulu" Ucap Asyraf yang memotong percakapan lelaki paruh baya itu lalu keluar dari kereta tersebut.
"Hah mengelak lah tu.. Okay lah nanti kalau nak balik ke call Pak Samad." kata Pak Samad sambil menyakat Asyraf yang telah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri.
"Hehh! Iye.." Ucap Asyraf singkat.
Tidak lama kemudian Kereta yang dipandu oleh Pak Samad berlalu dari perkarangan ZAs Holding sehingga hilang dari pandangan mata Lelaki itu.
"Yelah tu.. Biasa kalau nak pergi ZAs Holding kemain tarik muka sampai badmood bagai.. Nak tegur pun Pak Samad tak berani.. Ni mesti ada apa-apa.."
"Obvious sangat ke muka aku nampak happy semacam harini?" Soal Asyraf seorang diri di hadapan ZAs Holding itu saat kata-kata Pak Samad tadi terngiang-ngiang di fikirannya. Dia sendiri pun rasa pelik dengan moodnya hari ini. Biasa bukan main liat lagi nak bangun pagi untuk masuk office diwaktu jam sebegini. Entah kenapa moodnya rasa sangat teruja dan membuak-buak untuk cepat sampai di ZAs Holding. Seolah-olah sedang menanti kehadiran seseorang. Dan Asyraf tau, orang itu adalah Raphael.
"Bodohlah apa benda yang aku pikirkan ni" Lelaki itu menggelengkan kepalanya seraya mengenyahkan wajah Raphael yang tiba-tiba muncul di dalam otaknya. Kemaruk cinta ni.
Tanpa melengahkan masa, Asyraf terus menggerakkan langkahnya untuk masuk kedalam ZAs Holding. Namun begitu, niatnya terbatal saat melihat sesosok tubuh seorang wanita yang amat dikenalinya sedang berdiri tidak jauh di hadapan pintu masuk ZAs Holding itu.
Asyraf mulai menggerakkan langkah kakinya kearah wanita tersebut.
"Kak Farah kan? Buat apa kat sini?" Soal lelaki itu yang kini telah berdiri disebelah wanita yang bernama Farah itu. Setahu Asyraf, Farah ini lah yang ada kes dengan Raphael tempoh hari dihadapan bangunan ZAs Holding sampai dia yang membawa Farah ke hospital akibat kecederaan yang dilakukan oleh Pria jangkung itu.
Farah memandang Asyraf dengan wajah separuh terkejut. Pelik juga dia kenapa lelaki muda dihadapannya ini boleh berada di ZAs Holding pada jam segini.
"Kamu.."
"Saya Asyraf.. Akak mesti tak ingat nama saya" Ucap Asyraf bersama senyuman manisnya apabila dia melihat Farah seperti sulit untuk mengingat namanya.
"Jom kita duduk dekat bangku bawah pokok tu kejap.." Sambung Asyraf lagi membuatkan wanita itu hanya diam dan menurut saja.
Asyraf dan Farah berjalan menuju ke bangku yang terletak tidak jauh dari bangunan ZAs Holding itu. Suasana disini sungguh nyaman. Penuh dengan warna kehijauan. Asyraf menduga ini pasti taman mini buatan ZAs Holding yang dibuat bertujuan untuk mencantikkan permandangan di sekitar bangunan yang besar ini.
"Kenapa Akak datang kesini? Ada nak jumpa sesiapa ke? Ni Akak dari mana?" Soal Asyraf bertalu-talu. Mana tidaknya, tertanya-tanya lah juga dia kenapa wanita dihadapannya ini boleh datang ke ZAs Holding pada waktu sekarang.
YOU ARE READING
Cinta Matiku[Boyxboy] SERIES 2
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! "Pada tegukan coffee terakhirku, tercurah harapan dan cinta. Dengan sapaan pertama ini adalah awal kisah hidupku" Asyraf menjumpai sebuah diary lama kepunyaan bapa saudara tirinya iaitu Tengku Muhammad Aq...