L

99 8 4
                                    

"Hai Lea. "

Ramai menyapa aku hari ini.  Aku hanya memandang mereka dengan muka yang kosong, tidak berperasaan. Sapaan mereka berlalu seperti angin.  Alah.  Itu biasa.  Kau kena faham.  Orang baru putus cinta ni macam mana. 

"Blah  la kau dari sini! Penipu! Aku benci kau!  Jangan muncul depan aku lagi! Kita putus."

Dengan satu lafaz yang terkeluar daripada mulut lelaki itu, aku terus meninggalkannya. Biarkan dia seorang diri, ditemani hujan lebat.  Nasib kau lah wahai lelaki, payung ni aku yang bawa. So aku chau dulu.
Alah. Hujan je pun.
Dah.
Jangan flashback.

"Lea!"

Mike, satu-satunya kawan lelaki yang aku paling aku rapat memanggilku.
Aku menoleh ke arahnya dan pandang ke hadapan semula. 

"Lea~"

Mike memaut tanganku dan memeluk bahuku. Aku cepat² menempis tangannya.

"Janganlah macam ni Lea."

Aku terus melangkah laju ke kelas, mengabaikannya.  Sorry Mike, I'm not in the mood.

Sesampainya di kelas, aku terus duduk di tempat aku lalu mengeluarkan phone dan membuka app Instagram. Sedang aku seronok scroll feed aku, ada satu post ni. Post daripada Taehyung, BEKAS boyfriend aku.

BEKAS=Tupperware.
BEKAS BOYFRIEND=Tupperware yang tak guna.

Bahagianya 'beliau' di dalam gambar itu bersama seorang perempuan yang aku tak kenal. Ha baguslah tak kenal.  Kalau aku kenal, memang lunyai perempuan tu.  To be honest, YES aku still suka dia.

Apa yang aku dah buat sampai dia tak nak tengok muka aku langsung? Apa salah aku?  Act, aku malas nak slow talk dengan dia. Penat dan menyakitkan hati. Disebabkan satu salah faham, dia tinggalkan aku. HAH CLICHE BUKAN? Ah!  Biarlah dia bahagia.  Life dia bukan life aku. Kesah apa aku.  Kau nak mati?   Silakan. Kau nk getback?   Pergi mampus.

Ting!

Message masuk!

Aku terus menekan notification itu.
Nampaknya Taehyung hantar message.

Taetae💙

Lea.

seen √√


"Heh? Dah kenapa hantar message? Aku baca jelah. Malas nk balas."

Aku minta maaf.

seen √√

Baru sekarang nak mintak maaf? Hah.  Lawak. Are you out of your mind?  Takkan sesenang itu aku nak maafkan.

Maafkan aku.

seen √√

No no and no. Takkan bro. TAKKAN.

Aku

seen √√

Aku?  Aku apa Tae?

Aku harap kau lupa apa yang aku cakap semalam. 

seen √√

Kau ingat senang ke Tae? Lupa macam tu ja?  Hey.  Aku masih ada perasaan tahu tak?

Dan aku harap kau akan ingat ayat ni sampai bila-bila.

seen √√

Tinggalkanlah aku dan hiduplah dengan bahagia.

seen √√

Lupakan segala kenangan kita bersama. Hiduplah dengan peneman hidup kau yang sememangnya peneman hidup kau.

seen √√

Aku minta maaf.

seen √√

Sorry

seen √√

Taetae💙 has blocked you.

HA. HA. HA.
Lawak apa yang kau buat ni Taehyung? Memang hati aku ni pakai buang kan?  Senang je kan kerja kau? Kutip aku pastu manjakan aku, sayangkan aku and then kau buang aku.  Kau ingat aku ni sampah ke?!

Dasar Kim Taehyung.
Aku benci kau dan selamanya benci kau.  Lantak kau lah nak buat apa malas nak ambil tahu.

Mike tiba² duduk depan aku.

"Siapa yang hantar message?"soalnya. "BESTFRIEND kau."balasku.

Kami berdua diam selama 0.001 saat dan gelak.

"Kau merepek apa ni?  Dia 'PENEMAN HIDUP TILL JANNAH' kau en."kata Mike.
"Aku rasa kau lupa ni, dia kan 'KEMBAR KANDUNG KAU' "balasku kembali.
"Eh sialnya." Mike mencarut.
"Kau carutttttttt"

Aku menampar lengan Mike. Kami sambung gelak. 5 minit kemudian, Taehyung masuk ke kelas aku.  Kelihatan dia sedang menarik seorang pelajar perempuan ke luar kelas. Dating lah tu. Sila dating dengan bahagia. 
















[554]

Aku try untuk habiskan ff ni bulan ni jugak. Hmmm.  Bai





leave me alone [Tinggalkan Aku Sendirian] || kth ||Where stories live. Discover now