'Patut ke aku percayakan dia?'
'Patut ke aku ceritakan benda ni dekat Mike?'
Aku berkomunikasi di dalam minda aku sambil bergerak ke kelas.
Kelihatan Irene sedang menelaah di tempatnya. Aku hairan. Mana yang lain? Bukan masa rehat dah habis? Aku bergerak ke tempat Irene.
"Irene."
Irene mengangkat muka, memandang aku.
"Apa?"
"Mana yang lain?"
"Diorang pergi library. Sekarang ni masa English, Mrs. Song tak hadir."
"Kau tak join diorang?"
Irene menggeleng. Aku tersenyum kecil. Aku mengucapkan 'thanks' kepadanya lalu bergerak ke tempat aku. Meja aku, tempat aku semua dah okay. Aku memandang ke luar tingkap. Oh indahnya suasana. Kalaulah hidup aku seindah begini.
[Takdelah indah mana. 🌚]
Krekkkk
Kedengaran kerusi ditarik. Aku memandangya, Irene. Oh. Dia yang tarik kerusi tuh. Hmmm. Kenapa dia ni? Malas nak menelaah dah ke?
"Lea."
Aku mengangkat kening.
"Aku nak tanya sikit ni, boleh?"
Aku mengangguk kecil. Dah kenapa dia ni. Kelihatan dia ragu-ragu untuk menanyakan sesuatu kepadaku. Aku tersenyum dan mengamati wajah perempuan itu. Lawa. Eh.
"Mike... Dia suka siapa?"soalnya perlahan.
Aku tersenyum sinis.
"Kau suka Mike?"soalku. Aku melihat matanya.
"E-eh. M-mana ada."
"Aku tahu kau suka dia."
"Mike? Dia suka sapa eh. Kejap nak fikir.. Selama ni dia paling rapat dengan aku ja. Tak pernah pula aku tengok dia sembang kosong dengan perempuan lain."kataku
Irene mengangguk lalu menunduk ke bawah.
"Kau nak tahu benda yang paling dia suka apa?"
Irene mengangkat muka, matanya bersinar-sinar.
"Apadia?"
"Dia sukakan.... "
...
Aku masuk ke dalam bas. Tempat yang paling belakang sekali menjadi tujuan aku. Phone di'on'kan aplikasi JOOX ditekan. Lagu Answer : Love Myself menjadi peneman aku. (Aku pakai earphone okay.)
Author's POV
Disebabkan Lea terlalu khuyuk mendengar lagu. Dia tidak perasan bahawa ada seorang lelaki memerhatinya secara dekat. Takdelah dekat mana. Seat belakang sekali kan panjang. Lelaki tersebut pun duduk di seat itu.
"Kau ni bising lah."
Lelaki tersebut merungut. Dia mendekatkan diri dengan Lea. Dia menarik earphone Lea. Lea mengerutkan dahinya.
"Kau ni bising lah. Suara tu kalau sedap, aku tak kesah sangatlah. Ni macam katak panggil hujan."
Lea terkedu. Dia menyentuh bibirnya.
'Aku nyanyi kuat sangat ke tadi?'Lea menghantukkan(?) kepalanya pada tingkap bas tersebut. Menyesal ke awak? Dah la lelaki sekolah sebelah yang tegur. Haduh. Memalukan sekolah betul lah kau ni Lea.
"Kau kenal aku ke?"soal Lea sambil memandang lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Siapa je yang tak kenal kau? Kau famous doh sekarang. Trending kat youtube."
Aku hairan.
"Aku tak faham. Mind to explain?"
Nampaknya bas berhenti di kawasan perumahan 009. Lea tinggal di kawasan perumahan 017. Masih jauh lagi. Lelaki itu bangun, ingin meninggalkan bas itu. Lea pun turut bangun, mengikut langkah lelaki itu.
Lea's POV
Aku menarik tangan lelaki itu.
"Explain kat aku."arahku tegas.
"Sebelum aku explain dekat kau. Aku nak tanya something."
"Go on."
"Kau tak kenal aku?"soalnya serius.
Pandangannya membuat aku teringat kat seseorang. Aku cuba untuk mengingatinya. Akhirnya, cubaan aku sia-sia. Aku pasti, aku tahu dia ni siapa. Cuma. Aku tak ingat.
Aku cuba untuk kali kedua. Akhirnya, kepala aku sakit dan pening. Aku memegang kepala aku, menahan sakit.
"Hey. Kau okay tak ni?"suaranya agak risau.
Aku tersenyum.
Kepala aku kembali sakit. Sakit dia tu macam... Ada something yang menekan kuat kat kepala kau. Aku pening... Sakit.
Sakit.
Sakit.
Mataku tertutup rapat. Benda terakhir yang aku sempat tahu, lihat, dengar...
Lelaki itu mengangkat aku secara bridal style. Muka dia risau.
"Kenapa kau masih tak ingat aku, Lea? Aku sayangkan kau. "
Selepas itu, dunia aku gelap.
[580]
Siapa lelaki tu?
Kenapa Lea trending kat youtube?
IRENE SUKA MIKE KBAI.
Esok aku update. InsyaAllah.Nah. Buat lockscreen🌚💕👌
YOU ARE READING
leave me alone [Tinggalkan Aku Sendirian] || kth ||
Random"Aku benci kau. Kau hancurkan segala harapan aku, " "Aku terpaksa." Keadaan memang tak benarkan tetapi kita semua boleh ubah takdir kan? Sesuatu yang mustahil itu akan kita ubah, Taehyung. Cuma satu saja Taehyung, Kita kena berusaha untuk ubahnya...