Chapter 1 ↪Introduction

2.8K 148 39
                                    

Hayul's POV

Aku mengeluh apabila Irene sekali lagi meninggalkan aku keseorangan. Mana tidaknya, dari jauh sudah kelihatan Sehun sedang menunggu teman wanitanya itu dihadapan pagar sekolah. Memang sudah menjadi kebiasaan setiap hari lelaki itu akan menunggu Irene dihadapan sekolah. Aku dan Irene sudah lama berkawan. Sejak kami berumur 10 tahun. Sehinggalah sekarang dimana kami sudah menginjak 19 tahun. 

Sudah hampir genap sepuluh tahun. Kami mula akrab apabila Irene berpindah masuk disebelah rumah. Pada mulanya memang aku agak takut ingin berkenalan dengannya. Riak wajahnya kelihatan sombong. Sudahlah gemar menunjuk-nunjuk. Tahu lah patung Barbie miliknya lebih banyak.

Aku, budak hingusan berumur 10 tahun, sudah tentulah cemburu apabila patung Barbie milik gadis itu cantik belaka. Gila tidak cemburu? Dahulu, patung Barbie kepunyaan aku cuma dua. Itu pun kepala, tangan, kaki semua sudah ingin tercabut.

Mungkin kerana aku gemar mengguntingnya menggunakan gunting yang tumpul itu. Lama-lama tercabut apabila ditarik dengan kasar. 

Berbalik kepada cerita, sejak masuk sekolah tinggi ini, kami berdua memang selalu berjalan kaki bersama-sama kesekolah. Dan semenjak dia bercinta dengan Sehun, belum pun sampai dipintu pagar, dia sudah meninggalkan aku, menuju kearah lelaki kesayangannya itu.

Seperti sekarang.

Irene sudah berlari-lari anak menuju kearah Sehun yang sedang menunggunya dipagar sekolah.

Ahh! Cemburunya.

Aku tidak pernah bercinta walaupun sekali. Lain pula bagi Irene. Termasuk Sehun, sudah hampir 5 kali dia bercinta. Tidak musykil. Wajahnya sungguh menawan. Cantik. Tapi yang aku musykil, bagaimana Sehun boleh bercinta dengan Irene memandangkan Irene ini kan jenis yang suka berlagak sedikit?

Tak kisah la. Lagipun mereka sepadan. Sama kacak sama cantik.

Aku? Huh.

Langkah aku cepatkan ke sekolah. Pandangan aku tidak lepas daripada memandang kearah pasangan mesra itu. Sehun ini sungguh baik orangnya. Sampai beg Irene pun dia tolong bawakan. Aku yakin Irene pernah halang lelaki itu daripada mengangkat beg miliknya. Kerana Irene tidak suka jika ada orang yang menyentuh barangnya. Tidak terkecuali teman lelakinya. Melihatkan Sehun sudah berani mengangkatkan barang kepunyaan Irene, aku yakin mereka akan bertahan lama. Aku tersenyum nipis. Bae Irene you're so lucky.

Kalau ikutkan hati, aku mahu teman lelaki sepertinya juga.

Baekhyun's POV

Cahaya daripada kamera tidak henti-henti singgah di wajah aku. Aku sedang duduk bersandar pada dinding disatu ruang yang kosong, dengan berlatar belakangkan warna putih. Hari ini merupakan debut aku sebagai seorang model. Aku tidak menyangka pun sebenarnya apabila tiba-tiba sahaja ada orang yang menawarkan aku untuk bekerja sebagai model. Tapi, aku bosan juga sebenarnya tidak melakukan apa-apa pada waktu siang. Waktu malam... aku ada kerja aku sendiri.

"Okay, 5 minutes break!" Seorang lelaki yang sedang memegang kamera itu bersuara. Aku mengenalinya sebagai Mr.Yang. Dia yang menawarkan aku pekerjaan model ini. Katanya syarikat dia memerlukan model baharu untuk pakaian lelaki.

Tapi hari ini, mereka rancang untuk beri debut sahaja dahulu. Maksudnya,  di dalam majalah itu nanti akan diceritakan tentang profil peribadi aku sahaja dahulu. Well, to make it simple, I'm Byun Baekhyun. A 19 years old boy and yes. I'm still studying. Aku sedang belajar di sekolah terpencil. Berbicara tentang sekolah, boleh dikatakan peratus kedatangan aku ke sekolah cuma sepuluh peratus setiap tahun.

Tetapi sejak kebelakangan ini, pengetua sekolah selalu benar berjumpa dengan aku, ingin menawarkan aku berpindah ke sekolah lain yang lebih berprestij tinggi. Bukan ingin berlagak, tetapi keputusan akademik aku cemerlang. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh sepandai itu. Boleh dikatakan, aku cepat menghafal apa yang aku lihat.

Bad Boy's InnocenceWhere stories live. Discover now