Chapter 9 ↪ Riesgo

688 67 20
                                    

Hayul's POV

Bahu aku terhinjut sedikit saat helaian kertas dihentak diatas meja dengan agak kuat. Sedari tadi aku hanya mampu menundukkan wajah, sedikit pun tidak mempunyai keberanian untuk bertentang mata dengan wanita yang sudah jelas sedang memarahinya. Kertas yang dihentak diatas meja itu cuma mampu dikerling sekilas dengan menggunakan ekor mata.

Jelas tertera diatasnya 14%.

Nampak sungguh ketidakpuashatian wanita tersebut apabila dua angka rendah itu ditulis dengan agak besar sehingga hampir menutupi separuh daripada kertas itu. Ah, paling-paling aku cuma diminta berdiri dibelakang sekolah.

Saat ini aku sudah menerima apa sahaja yang bakal dihamburkan ke wajah aku. Sudah tiada apa yang boleh aku lakukan sekarang. Keputusan peperiksaan aku pada hari itu sudahpun keluar dan kertasnya sudah siap ditanda. Apa sahaja yang boleh aku lakukan pada masa-masa begini?

"Care to explain, Miss Shin?" Suara tegang wanita itu kedengaran. Fuh, berdiri tegak bulu roma aku.

Oleh kerana tidak mahu memambahkan atau meluahkan apa-apa yang bakal menambahkan kemarahannya, aku cuma diam sambil bermain-main dengan jari aku. "Why are you silent? Can't you answer a simple question?" Soalnya lagi dengan nada sinis. Entah kenapa, rasanya seperti dia sengaja ingin menyindir aku, membuatkan hati aku semakin sebal saat demi saat.

Kebisuan aku sepertinya sekali lagi membuatkan Mrs. Gang agak tidak berpuas hati dengan aku. Kedengaran wanita itu menghela nafas berat sebelum dia mencapai kembali kertas peperiksaan aku itu dari atas mejanya. Nasib baik sahaja pejabatnya adalah ruang persendirian. Tiada pensyarah lain yang menyaksikan peristiwa aku diherdik. Jika ada yang memerhati, bayangkan sahajalah betapa malunya aku jika Mrs.Gang dengan bebasnya mengumumkan markah peperiksaan aku untuk kesekian kalinya.

Ini bukan kali pertama aku mendapat keputusan begini. Sudah berkali-kali. Tidak pernah sekali pun aku melepasi markah 30%. Yang paling tinggi pun mungkin sewaktu aku pertama kali memasuki sekolah ini. Pada awal tahun, dimana semuanya masih mudah.

Err, mungkin tidak semudah mana jika aku hanya mendapatkan 27%.

Tapi itu adalah pencapaian aku. Aku sudah cukup bangga dengan apa yang aku capai, atas hasil usaha aku sendiri.

"If you've decided to date that Byun kid, why don't you take this advantage to actually learn something from him? He excels in everything! I don't even know what he sees in you." Ayatnya yang terakhir itu lebih seperti dia sedang berkata-kata dengan dirinya sendiri. Walaupun perlahan, aku masih dapat mendengarnya didalam suasana yang sunyi ini.

Lagi-lagi Baekhyun, lagi-lagi lelaki itu.

Mrs. Gang, pensyarah Biologi aku itu sekali lagi menghembus nafas tidak berpuas hati sebelum bergerak menuju ke kerusinya. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi sebelum dia bersandar sambil berpeluk tubuh memandang kearah aku. Pandangannya tajam, menzahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap aku. "You can go. Take the paper with you. I ain't keeping that."

Malas ingin berbalas mulut, aku cuma akur sambil mencapai kertas aku. Kertas itu aku lipat, menyembunyikan dua angka yang tertera diatasnya. Sempat aku memberikan tunduk hormat sebelum mula mengatur langkah menuju ke pintu biliknya. Belum sempat aku memulas tombol pintu pejabat itu, Mrs. Gang bersuara lagi. "Take your punishment as usual. I want you to submit your answer scheme's correction by tomorrow."

Ah, malas sungguh aku untuk menghadap wajahnya semula. Bimbang aku dicap biadap pula kerana aku pasti aku akan menjegil kearahnya jika memusingkan badan aku kebelakang. Akhirnya, aku cuma mengangguk sekali tanpa menoleh sebelum melangkah keluar daripada pejabat tersebut.

Bad Boy's InnocenceWhere stories live. Discover now