Chapter 10↪ Foe

929 62 40
                                    

No One's POV

Setelah hampir dua jam dia berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan itu, dia akhirnya mengalah. Jawapan tak dapat. Sakit kepala pula yang diperolehinya.

Hayul sudah menyembamkan wajahnya keatas meja tanda berputus asa. "Everyone seems to be doing just fine. Why only me?" katanya dengan nada perlahan. Ada sedikit kekecewaan dalam suaranya. Kepalanya dipalingkan ketepi lalu kepalanya direhatkan diatas meja dengan pipi yang melekap.

Jam dinding dilihat. Sudah pukul 11.30 malam. Tidur awal? Pfft. "Joke's on me."

Kemudian matanya mengerling pula kepada helaian kertas nota yang ditulis Baekhyun. 'Bila agaknya lelaki itu menulis nota tersebut?'

Dengan lambat, kertas itu dicapainya. Dengan kepala yang masih terlentok diatas meja, nota Baekhyun itu dibacanya dengan riak wajah bersahaja. Sesaat kemudian, sebuah helaan nafas yang berat dilepaskan. "Are you asleep already?" Gadis itu tiba-tiba sahaja menjadi tertanya-tanya.

Dibandingkan dengan dirinya yang menghabiskan berjam-jam untuk kerja rumah, mungkin lelaki itu sudah tidur hanya selepas 10 minit memegang pen.

#####

"Who did you call?" suara garau lelaki itu memenuhi ruang kecil itu. Cha Rin kini sudah terbaring lemah diatas karpet mewah milik lelaki itu. Seluruh badannya sudah tidak berdaya. Soalan yang keluar dari mulut Gu Nam juga cuma dengar tidak dengar.

Gu Nam yang melihat kebisuan Cha Rin kembali panas hati. Rambutnya yang sudah sedia serabut, diserabutkan lagi. Setelah itu, atas kerana barannya sukar dibendung, satu lagi sepakan kuat diberikan pada perut Cha Rin.

"Uummpf!" Untuk mengeluarkan jerit kesakitan juga dia sudah tidak mampu. Saat ini dia cuma mampu berharap. Berharap agar lelaki itu sempat menjemputnya.

Lama kebisuan bertapak didalam bilik itu sebelum Cha Rin akhirnya membuka mulut. "I... just called... someone...."

"...who is much... more powerful than you are.." Mendengarkan kata-kata Cha Rin, Gu Nam terus meletuskan tawanya. Semakin lama semakin kuat, seolah-olah memperlekehkan gadis itu. "Haaa... if you are talking about more powerful, I hope he is my dad." kata Gu Nam penuh lagak. Lelaki itu tersenyum sinis lagi sebelum dia memanggil pengawalnya yang berjaga diluar pintu.

"There seems to be guests coming soon. Tell the rest to get ready. I wanted to welcome the dogs warmly."

#####

Motosikal berkuasa tinggi yang dibawanya itu dihentikan ditepi jalan. Helmet berwarna hitam ditanggalkan lalu diletakkan diantara pehanya. Rambut yang sudah lembap itu diserabutkan sedikit memberi pengudaraan kepada kulit kepalanya yang lemas didalam helmet tadi.

Baekhyun menekan satu punat pada earpiecenya. "How is it going?" soal lelaki itu kepada lelaki ditalian lagi satu.

Chanyeol menahan nafas sebelum dia melompat turun dari atas tembok batu yang dipanjatnya tadi. Sebaik sahaja dia mendarat diatas tanah, dia terus mengambil tempat disalah satu pokok yang mempunyai semak-samun. Matanya meliar kesekeliling tempat.

Ada beberapa orang pengawal yang sedang berkawal dipintu hadapan dan semuanya memegang senjata. Matanya melihat pula setiap pelusuk penjuru dinding dan siling. Punat pada earpiecenya ditekan. "4 armed bodyguards at the entrance. And I spot about..... 3 CCTVs all pointing to the main entrance. No backdoors." lapor lelaki itu dengan teliti.

Baekhyun yang mendengarnya mengangguk. "I'm heading there now. Can you make it in time?" soalnya lagi sebelum kembali menyarungkan helmet hitam tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bad Boy's InnocenceWhere stories live. Discover now