Chapter 8 ↪ Second Time

1.5K 118 18
                                    

No One's POV

"Help me, please?" Baekhyun bersuara kembali apabila Hayul cuma diam memandangnya. Dia tahu, pasti banyak yang bermain difikiran gadis itu ketika ini sehingga membuatkannya kelu. Dia seperti ragu-ragu untuk membuat keputusan.

Baekhyun sudah menghela nafas berat. Nampaknya Hayul masih keberatan ingin membantunya. Dan Baekhyun tidak menyalahkan gadis itu kerana perkara itu. Dia sangat mengerti mengapa Hayul bertindak sedemikian. Jika dia berada ditempat Hayul juga pun dia akan berfikir dua tiga kali untuk membantunya.

"Nevermind then." ujar Baekhyun apabila dia langsung tidak mendapat apa-apa balasan daripada gadis tersebut. Dengan sedikit bersusah-payah, akhirnya Baekhyun berjaya turun dari birai katil sambil sebelah tangannya erat menggenggam disekeliling kawasan kelaran tersebut untuk mengurangkan pengaliran keluar darah yang banyak. Hayul yang sedikit menghalang laluannya ditolak ketepi sedikit dengan menggunakan lengan kanannya.

Hayul yang seperti baru tersedar dengan apa yang cuba dilakukan lelaki itu pantas mengekornya dari belakang. Baekhyun pantas mengatur langkah menuju kearah kabinet-kabinet dimana segala alat perubatan ditempatkan. Satu persatu kabinet dibukanya untuk mencari ubat yang dikehendaki. Pada mulanya Hayul cuma berniat untuk melihat tetapi apabila dia terdengar Baekhyun mengaduh sakut semasa meregangkan tangannya untuk mencapai kotak kecemasan, tanpa dia sedar, dia sudah pun meluru kearah Baekhyun.

"I-i'll do it." kata Hayul dengan sedikit gugup. Pandangan tajam Baekhyun dipandangnya takut. Baekhyun cuma menghela nafas perlahan sebelum mengangkat kotak kecemasan ditangan kanannya supaya separas dengan mata Hayul. "Forget it. I don't want to owe you anything." kata Baekhyun sinis sebelum berjalan semula kearah katilnya tadi. Hayul pula mengekornya rapat dari belakang.

Tiba sahaja diatas katil, Baekhyun terus membuka kotak kecemasan itu dengan agak kasar. Hayul yang memerhati disisi katilnya cuma mampu diam. Niatnya ingin membantu tetapi melihatkan angin Baekhyun yang seperti tidak baik, dia pendamkan sahaja dahulu.

Satu botol kecil berisi antiseptik dicapai Baekhyun sebelum penutupnya dibuka lalu dicampak entah kemana. Hayul sudah aneh kerana Baekhyun tidak mengambil kapas untuk meletakkan antiseptik tersebut. Tidak mungkinlah dia akan melakukannya dengan menggunakan tangan bukan? Hayul yakin lelaki itu akan meminta bantuannya untuk mengambil kapas untuk meletakkan cecair antiseptik tersebut. Beberapa saat juga dia menunggu namun masih tiada tanda bahawa lelaki itu akan mengeluarkan sebarang arahan.

Sesaat kemudian, Hayul terkejut apabila Baekhyun bertindak untuk menyimbah terus cecair antiseptik tersebut kepada lukanya. Mulutnya sudah ternganga luas. Ada cecair antiseptik yang sudah tertumpah diatas katil dan ada juga yang sedang menuruni lengannya kerana kuantitinya yang terlalu banyak. Sungguh Hayul tidak menyangka lelaki itu lebih sanggup begitu daripada meminta bantuannya.

Secara teknikalnya, dia tidak boleh menyalahkan Baekhyun memandangkan lelaki itu sudah meminta bantuannya tetapi dia menolak.

Tetapi... merawat lukanya seperti itu? Dia betul-betul memerlukan bantuan.

Baekhyun kemudiannya cuba mencapai pembalut luka namun nasib tudak menyebelahinya apabila gulungan pembalut luka itu bergolek jatuh dari atas katil. Belum sempat dia ingin mengambilnya semula, Hayul lebih pantas mencapainya terlebih dahulu. Lantas Baekhyun menghadiahkannya pandangan tajam. Tangannya dihulur. "Give it to me."

Hayul menghela nafas perlahan. "I don't really know how to treat a wound but at least I know how to do the dressing." ujarnya sebelum membuka gulungan pembalut luka tersebut dengan penuh bersahaja. "I didn't ask for your help." ujar Baekhyun dengan nada mendatar. Hayul cuma menjeling tajam bersama senyuman mencemuh. "You obviously needs help. Stop acting tough. You don't have to feel like you owe me or something." kata Hayul.

Bad Boy's InnocenceWhere stories live. Discover now