Hayul's POV
Irene ternganga. Aku pula sudah menarik senyuman lebar. Aku tahu dia tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Malah aku sendiri masih tidak percaya. Tidak aku sangka ini semua benar-benar terjadi. Mimpi pun tidak seindah realiti yang sedang aku hadapi ini.
"Is this some kind of joke? 'The' Byun Baekhyun is dating you? Is that even possible? He rejected Eun Jung though. And I clearly heard him said that he wanted to focus on studying." Aku tergelak kecil kemudian kedua-dua belah pipi aku tekup malu. Memikirkan bagaimana perjanjian kami berjalan semalam membuatkan aku tersengih-sengih sendirian.
Aku tahu Baekhyun dengan jelas menyatakan syaratnya supaya aku tidak jatuh suka padanya. Tapi apa boleh aku lakukan? Aku sudah lama menyukainya. Dan hati aku kembali berharap apabila mengetahui bahawa gadis yang ditemuinya semalam bukan teman wanitanya.
Mungkin Baekhyun ini lelaki liar tetapi lihat sajalah. Dia pasti akan suka juga pada aku satu hari nanti.
Dalam diam aku tergelak kecil mengenangkan rancangan yang sudah aku susun rapi malam semalam.
Bahu Irene aku tepuk lagak seperti menyuruhnya untuk bertenang. "It is time for you to acknowledge I have my own charms." Dengan penuh lagak aku tuturkan ayat tersebut. Irene menjulingkan matanya keatas. Jelas sekali dia sudah mula berasa jengkel dan meluat dengan aku. "Be serious, pal. I'm really curious." Bibir aku cebik apabila Irene mula menyang wajah cemberutnya. Salahkah jika aku ingin menzahirkan rasa teruja aku untuk seketika? Selalu saja mahu mematah-matahkan kebahagiaan aku. Tahulah sudah bahagia bersama Sehun. Berilah aku peluang untuk berbahagia juga.
"Sebenarnya...." Ayat aku gantungkan. Konon sedang cuba membuatkan gadis itu berasa suspen. Namun pada hakikatnya otak aku sedang ligat berfikir penipuan bagaimana yang harus aku cipta buatnya. Ini semua gara-gara aku sudah berjanji dengan Baekhyun untuk tidak menceritakan apa-apa tentang kejadian malam semalam kepada sesiapapun. Termasuklah teman karib aku yang seorang ini.
Sememangnya gambar itu sudah aku hapuskan daripada telefon. Baekhyun tidak tahu ini tetapi aku masih mempunyai salinan gambar tersebut didalam komputer aku. Jahatkah aku? Tetapi ini cuma sebagai langkah keselamatan. Jika Baekhyun tiba-tiba melanggar janjinya. "Sebenarnya apa?" Irene menggesa sambil menggoncang lengan aku tidak sabar.
Nasib baik sahaja sekarang adalah waktu P.E, jadi semua pelajar sudah berlalu untuk sertai kelas renang hari ini. Aku dan Irene? Kami ponteng. Semua orang sudah arif bahawa aku dan Irene tidak gemar dengan kolam renang. Aku tidak pandai berenang dan rasanya aku tidak mahu tahu pun tentang itu.
Lagipula, di rumah aku tiada kolam renang. Kalau ada, mungkin aku akan fikirkan tentang kelas renang. Bagi Irene pula, gadis ini cuma tidak menyukai imej bahawa dia perlu berendam didalam air yang sama dengan pelajar lain.
"..sebenarnya, aku yang mengajak dia keluar. Dengan syarat cuma 3 bulan, dia setuju." Aku dikira jujur bukan? Dengan bijaknya, aku tidak menipu. Aku cuma tidak menceritakan kepadanya cerita penuh. Irene terangguk-angguk. "But still, there must be something that made him agreed. He rejected Eun Jung, just incase you forgot."
Aku menjulingkan mata aku ke atas. Rasa jengkel sungguh apabila Irene tidak habis-habis mengucapkan nama Eun Jung. Eun Jung itu bukannya sesiapa. Ianya cuma takdir dan tuah menyebelahinya. Tetapi setelah kejadian dimana dia ditolak Baekhyun, aku yakin takdir dan tuahnya sudah berubah.
Kepala aku yang tidak gatal digaru sambil menggigit bibir bawah lembut. "Entahlah. Mungkin sebab ianya cuma untuk 3 bulan?" Aku berkata dengan nada yang lebih kepada pertanyaan. Irene menarik muka. Aku tahu dia masih tidak percaya kepada aku. Tidak kisahlah jika Irene mahu percaya atau tidak. Yang penting, aku benar-benar mempunyai seorang teman lelaki sekarang
YOU ARE READING
Bad Boy's Innocence
FanfictionSeorang gadis yang tidak pernah mempunyai hubungan istimewa, tiba-tiba sahaja melibatkan dirinya dalam kehidupan seorang lelaki liar. Sekali pandang, pasti Baekhyun dicap pelajar contoh. Tutur katanya sopan, selalu tersenyum, malah baik hati. Teta...