Hayul's POV
Lama aku melihat Irene yang sedang merehatkan kepalanya pada dada datuknya yang sedang terbaring lemah diatas katil. Wajahnya sembap kerana terlalu banyak menangis sejak pagi tadi. Aku kasihan melihatnya.
Kata ibu Irene, hampir setiap jam Irene akan bertanya bila datuknya akan sedarkan diri. Setiap kali jawapan yang didapatnya tidak seperti yang diharapkan, setiap kali itulah dia kembali menangis.
Nafas perlahan aku hela sebelum pintu bilik itu aku tutup dengan berhati-hati supaya tidak mengganggunya. Badan aku palingkan kebelakang, dimana Sehun sedang duduk diatas kerusi yang disediakan di ruang menunggu. Aku terus menuju kearahnya lalu mengambil tempat disebelahnya.
"How's she?" soal Sehun.
Aku menarik senyuman nipis yang terlihat kelat. "Better. I guess she needs time. It must be really hard for her." jawab aku jujur. Sehun yang mendengarnya terangguk-angguk perlahan. Wajahnya juga terlihat sugul. Tidak pasti jika ianya kerana datuk Irene, Irene, atau kedua-duanya sekali. Aku tahu Sehun risau akan Irene kerana gadis itu kelihatan sedikit tidak terurus apabila kami tiba di hospital ini petang tadi.
Apabila ditanya kepada ibu Irene jika gadis itu sudah makan, jawabnya Irene tidak menjamah apa-apa sejak pagi tadi. Gadis itu juga tidak pernah menjejakkan kakinya keluar dari bilik pesakit itu.
Jam tangan yang terlilit kemas dipergelangan tangan aku kerling sekilas. Jam sudah menginjak 10 malam. Lama juga kami disini. Kami terlalu sibuk melihat Irene dan datuknya sehingga lupa akan masa yang berjalan.
"Do you want to go home? Let's go. I'll give you a ride. It's quite late now." kata Sehun saat dia perasan akan tindakan aku melihat jam. Pasti dia juga baru perasan ianya sudah agak lewat.
Mendengarkannya, aku terus menggeleng kepala laju bagi menolak pelawaan lelaki tersebut. "I think you should give Irene a lil bit more company. I can go home by taxi." kata aku sambil mengerling sekejap kearah pintu bilik pesakit yang terkatup rapat. Memikirkan Irene yang keseorangan membuatkan aku risau. Jika Irene tidak mahu ambil tahu tentang dirinya sendiri, biarlah ada orang lain yang menjaganya.
Sehun berkerut. Gilirannya pula mengerling jam di pergelangan tangan. "Is there still taxis running at this hour?" soalnya pelik.
Iya.
Kebiasaannya waktu-waktu begini bas dan teksi sudah tidak banyak yang beroperasi. Harap sahajalah nasib aku baik untuk mendapatkan satu teksi. Aku tidak mahu menyusahkan Sehun untuk menghantar aku pulang. Lagipula, aku masih janggal jika berdua dengannya. Aku tidaklah selalu berinteraksi dengannya kalau tiada Irene.
Boleh dikatakan Irene merupakan jambatan kepada hubungan aku dan Sehun. Jika Irene tiada, aku akan berasa sedikit janggal dengannya. Walaupun Sehun mungkin tidak berfikiran begitu. Lelaki itu jenis yang mudah dibuat kawan. Semua orang ditegurnya. Aku tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi apabila aku adalah kawan karib teman wanitanya.
Mungkin cuma aku yang sering mengelak darinya. Dan cuma hari ini yang terkecuali. Gara-gara ingin melarikan diri daripada lelaki yang tidak mahu aku sebutkan namanya itu, aku sanggup membuang rasa janggal aku dengan Sehun.
"It's okay. I suppose I will find one anyway. Don't worry. Just keep on checking that girl. I'm afraid she will pass out anytime soon." Kata aku lalu menghadiahkan sebuah senyuman kecil buat lelaki itu.
Sehun yang mendengarnya cuma menghela nafas berat seraya mengerling kearah pintu bilik pesakit itu. Dia kemudiannya kembali memandang aku lalu membalas senyuman aku seadanya. "Okay then. Be careful on your way back."
YOU ARE READING
Bad Boy's Innocence
FanfictionSeorang gadis yang tidak pernah mempunyai hubungan istimewa, tiba-tiba sahaja melibatkan dirinya dalam kehidupan seorang lelaki liar. Sekali pandang, pasti Baekhyun dicap pelajar contoh. Tutur katanya sopan, selalu tersenyum, malah baik hati. Teta...