DANIEL mengucup kepala Tatty sebelum memeluk erat tubuh gebu itu, melepaskan segala rindu sebelum wajah itu kembali dicium bertalu-talu. 3 hari dia berada di Pangkor untuk projek chalet baru syarikatnya dan meninggalkan Tatty dibawah jagaan hotel.
Rindu memang berat. Menyakitkan!
"Rindunya dekat notty girl daddy ni" luahnya.
Meow...
Kucing jenis British short-hair berwarna kelabu itu mengiau marah apabila dipeluk kuat oleh Daniel.
Ting!
Baru ingin membaringkan tubuh, telefon bimbit berbunyi membuatkan dia bangkit semula.
Bahagian WhatsApp dibuka dan tertera nama Tengku Harith yang pertama disitu.
Daniel, teman aku pergi Paris - Harith
Daniel mengerutkan kening, mimpi apa rakannya seorang itu tiba-tiba sahaja mengajak dia ke kota Paris. Sudahlah dia baru balik dari Pangkor, penat kerja pun belum hilang lagi terpaksa pula ikut Tengku Harith ke Paris. Mahu tolak, tak sampai hati.
Kau nak buat apa pergi jauh sampai ke sana? Bila?
Esok malam, boleh ke tak? - Harith
Ye, aku boleh ikut kau. Tapi aku nak tahu apahal
Esok aku cerita - Harith
Daniel mengeluh kecil sebelum membaringkan tubuhnya diatas sofa. Tengku Harith memang suka buat gila, esok nak pergi harini baru nak beritahu. Dia ingat perjalan ke Paris tu macam ke Kodiang ke?
Tetapi perangai yang satu itu 4 tahun lalu sebelum dia hilang separuh jiwanya, Tya Irena.
Selepas kehilangan wanita itu, Tengku Harith ibarat sudah mati. Bukan fizikalnya tetapi hatinya. Jiwanya. Lelaki itu murung dan berubah seratus peratus dari dirinya yang asal. Sungguh besar perbezaan hanya demi seorang bernama wanita. Jadi, tidak pelik ke jika secara tiba-tiba Tengku Harith mengajak dia ke kota cinta itu?
Tatty yang sedang menjilat bulu sendrii disebeloahnya dipandang sambil sebelah tangan naik mengusap tubuh gebu itu. "Kita kena berpisah lagi, sayang" luahnya.
Tubuh tatty kembali diangkat dan dipeluk. Mata dipejam, bersedia untuk tidur namun belum sempat dia ke alam mimpi telefon yang berada ditepinya bergetar lagi. "Apa lagi ni?"
Sebelah tangan melepaskan Tatty dan telefon dicapai.
My Rose...
Terus terduduk tegak tubuh Daniel, nama yang masih terang tertulis di skrin telefonnya terus ditatap tidak percaya. Tidak menunggu lama, panggilan itu dijawab dan suara Emylia Rose terus menerpa ruang pendengarannya membawa kembali rasa yang hilang dibawa pergi sebaik Emylia meminta putus dari dia 2 minggu lalu.
"Baby?"
"Is that really you, Emy?" Soal Daniel seraya bangkit dari duduk.
Emylia tidak menjawab soalan Daniel. Suasana sunyi seketika sebelum suara esakkan Emylia mula meruntuhkan jiwa Daniel sedikit demi sedikit. "Hey... kenapa ni?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomansaMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...