CHAPTER 31

4.4K 569 121
                                    

P/S : ABAIKAN TYPOS DAN AYAT TUNGANG TERBALIK..AKAK MALAS NAK DOUBLE CHECK😁

Gelak tawa milik Jeon Jungkook dan Kim Taehyung memenuhi ruangan kafeteria. Rancak sungguh dua orang jejaka kacak itu berbual dan bergurau senda.

"Lepas kau kata kau nak break degan dia tu, dia buat apa?" soal Taehyung sambik menyedut jus oren yang terhidang dihadapannya. Ahhh, lega rasanya tatkala minuman sejuk itu membasahi tekaknya pada musim panas sebegini.

"Dia apa lagi, mengamuklah. Nasib baik dia tak simbah aku dengan smoothie dia. Kalau tak, beku aku kat situ." balas Jungkook. Lelaki itu ketawa suka tatkala teringat wajah bekas kekasih-kekasihnya tatkala dia menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka.

"Alah, patutnya dia simbah je muka kau tu. Biar insaf sikit." perli Taehyung pedas.

Jungkook ni kadangkala kena diajar juga. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

Wajah Jungkook berubah cemberut. Lantas air minuman yang masih tersisa dihadapannya diteguk rakus sehingga habis. Arh, boleh pula dia lupa yang dia sudah berjanji untuk menjemput Tessa di lapangan terbang. Pasti gadis itu sedang menunggu.

"Weh, aku pergi dulu lah. Aku dah janji nak jemput Tessa dekat airport." Jungkook menggalas begnya kembali. Topi yang berada diatas kepala dibaiki.

"Tessa? Then, Wayoung kau nak campak mana?" Taehyung menyoal sinis. Geram juga dia dengan sikap Jeon Jungkook ini. Dia tidak tahukah yang tanggungjawabnya sekarang ialah Lee Wayoung dan bukannya Tessa? Yang terhengeh-hengeh nak jaga perempuan lain tu kenapa? Bini dekat sini pun tak terjaga.

"Nanti aku datanglah ambil Wayoung lepas aku hantar Tessa." Jungkook menggaru kepalanya. Satu lagi masalah, dia lupa yang Wayoung pulang bersamanya.

"Yelah tu. Tu pun kalau kau tak melencong ke tempat lain dengan Tessa." Taehyung mencebik. Haih, panas pula hati ini. Taehyung mengibas dirinya dengan buku rujukan.

"Diamlah kau." kata Jungkook geram.

"Aku chaw dulu."

Setelah itu, Jungkook berlalu ke keretanya bersama siulan kecil. Pintu kereta dibuka lalu lelaki itu mula memasuki perut keretanya.

Baru sahaja dia ingin menghidupkan enjin kereta, Iphone X miliknya berdering, meminta diangkat.

"Helo?"

"Jungkook! Tolong Wayoung!" jerit Yeonjoo membuatkan Jungkook terkejut.

"Kenapa? Kenapa dengan Wayoung?" Jungkook menyoal panik.

Ya tuhan, apa lagi yang berlaku?

"Prof. Kim, dia buat hal. Tolong Wayoung." kata Yeonjoo bersama esak tangis. Sungguh dia takut jika sesuatu yang buruk terjadi pada Lee Wayoung. Air mata yang jatuh membasahi pipi tidak dapat ditahan lagi.

"Awak dekat mana sekarang?" Jungkook keluar dari keretanya kembali.

"Dekat pejabat Prof Kim. Cepatlah datang. Saya takut Prof buat benda buruk pada Wayoung." gadis itu masih teresak-esak.

Jungkook pantas meletakkan telefonnya dan mula berlari ke arah pejabat Profesor Kim.

"Tak guna!" tepik Jungkook geram. Mata-mata yang memandangnya dihiraukan. Dia berlari laju menuju ke pejabat Profesor Kim.

Dari jauh dia dapat melihat Yeonjoo yang masih mengetuk pintu pejabat Profesor Kim sambil memanggil Wayoung berkali-kali. Pipi gadis itu basah dengan air mata.

"Yeonjoo! Wayoung mana?" Jungkook menyoal setelah sampai dihadapan Yeonjoo.

"Dekat dalam." kata Yeonjoo teresak-esak.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now