CHAPTER 44

4.6K 513 153
                                    

Wayoung memandang Jungkook yang sedang berdiri di hadapan dewan pembedahan. Air mata lelaki itu tidak berhenti mengalir sejak dia dikhabarkan oleh keluarga Taehyung bahawa lelaki itu terlibat dalam kemalangan.

Wayoung mula sedar, betapa sayangnya Jeon Jungkook pada Kim Taehyung. Lemahnya lelaki itu tatkala sahabatnya sedang bertarung nyawa.

Matanya memandang Puan Kim pula yang sedang menangis di atas bangku di hadapannya dewan pembedahan sambil dipeluk oleh Tuan Kim. Sayu hatinya tatkala mendengar tangisan sayu wanita itu. Wajah Tuan Kim pula beriak tenang, namun Wayoung tahu, lelaki tua itu sedang bertarung dengan hatinya sendiri. Tuan Kim sahaja sumber kekuatan Puan Kim pada tika ini. Dia tidak boleh lemah.

"Wayoung, tolong tengokkan auntie ya? Uncle nak pergi tandas sekejap." kata Tuan Kim. Namun Wayoung sempat melihat mata Tuan Kim yang memerah. Mungkin lelaki itu perlukan masa untuk menenangkan dirinya sebentar.

"Baik uncle." senyum Wayoung.

Wayoung mula menghampiri Puan Kim. Bahu wanita tua itu diusap lembut.

"Auntie tak kuat Wayoung. Anak auntie-" adu Puan Kim bersama esakkan. Jungkook sempat mengenalkan Wayoung pada wanita tua itu semasa mereka sampai tadi.

Wayoung memeluk Puan Kim erat. Gadis itu menepuk belakang Puan Kim perlahan.

"Wayoung percaya yang Taehyung kuat. Taehyung pasti selamat." kata Wayoung cuba menenangkan hati Puan Kim.

Sudah tiga jam Taehyung di dalam dewan bedah dan masih belum ada apa-apa berita tentang keadaan lelaki itu. Apa yang mereka semua tahu, Taehyung kritikal.

Kereta yang dipandunya remuk teruk. Badan lelaki itu tercampak keluar daripada kereta dan menghentak kuat jalan raya. Harapannya untuk hidup amat tipis. Namun mereka semua percaya, Taehyung masih boleh diselamatkan.

"Auntie takut Taehyung tinggalkan auntie. Dia seorang saja anak auntie, Wayoung." tangis Puan Kim lagi.

Hampir sahaja dia pengsan tatkala pihak hospital menghubunginya dan menyatakan bahawa anak tunggalnya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sungguh dia berasa dunianya seakan-akan gelap. Taehyung, satu-satunya permata dia dan suami. Kehilangan lelaki itu ibarat dia kehilangan segala-galanya yang dia punya.

"Taehyung kuat auntie. Taehyung kuat." hanya itu sahaja yang mampu Wayoung katakan. Wanita tua itu masih berada di dalam dakapannya.

Matanya memandang Jungkook yang sedang termenung. Matanya merah. Wajahnya sembap. Lelaki itu hanya memandang sayu pintu dewan pembedahan tanpa sebarang kata.

Lampu dewan pembedahan mula terpadam menujukkan yang pembedahan sudah berakhir. Ketiga-tiga mereka mula berdiri dan menghampiri dewan pembedahan bersama Tuan Kim yang baru tiba.

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" soal Tuan Kim. Lelaki tua itu memandang doktor lelaki yang masih memakai seragam pembedahan dengan penuh harapan. Berharap agar khabar baik yang diterima nanti.

Doktor itu mula menanggalkan penutup mulutnya sambil menggeleng perlahan.

"Hentakkan yang kuat pada kepala Kim Taehyung menyebabkan terdapat kecederaan pada kepalanya. Kecederaan itu amat serius sehingga menyebabkan terdapat darah beku pada otak Kim Taehyung. Syukur pada tuhan, kami berjaya buang darah beku tersebut tetapi pembekuan darah itu terjadi pada kawasan bawah otak Encik Kim Taehyung menyebabkan dia-" doktor lelaki itu berhenti sebentar.

"Menyebabkan apa doktor?!" tanya Puan Kim sedikit marah.

"Menyebabkan Kim Taehyung koma." jelas doktor itu. Kebanyakkan keluarga tidak dapat menerima apabila ahli keluarga mereka disahkan koma.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now