CHAPTER 37

4.5K 534 245
                                    

Jungkook melangkah keluar daripada keretanya dengan tergesa-gesa setelah memakirkan keretanya di hadapan pintu rumahnya. Surat yang ditujukkan oleh Taehyung sebentar tadi dipegang erat bersama wajah yang tegang.

Sejak kebelakangan ini, anginnya tidak begitu baik. Asyik mahu meletup sahaja kerja. Salah sikit, mulalah melenting tidak tentu pasal.

Jungkook mendengus tatkala pintu utama tidak berkunci. Pintu rumahnya dibuka kasar mengejutkan Wayoung yang sedang menonton televisyen.

Mata bulat gadis itu memandang wajah Jungkook yang tegang sahaja, sedikit sebanyak membuatkan dia berasa takut.

"Awak kenapa ni?" soal Wayoung lembut. Gadis itu mula melangkah ke arah Jungkook yang sedang bercekak pinggang.

"Kenapa tak kunci pintu?" Jungkook menyoal dingin.

"Dah kemaruk sangat nak suruh jantan lain masuk?" lelaki itu menyambung sinis membuatkan Wayoung terkedu.

"Apa awak cakap ni? Saya lupa nak kunci lepas saya buang sampah tadi." kata Wayoung perlahan. Hatinya agak terguris dengan kata-kata tajam dan berbisa yang keluar daripada mulut Jeon Jungkook.

Bukannya dia sengaja tidak mahu mengunci pintu. Dia lupa. Tidak bolehkah lelaki itu memahami?

"Ini apa?" Jungkook menunjukkan surat itu di hadapan wajah Wayoung bersama wajah yang dingin.

Jantung gadis itu mula berdegup laju. Bagaimana surat itu boleh sampai ke tangan Jeon Jungkook? Adakah pengantar surat misteri itu menyasarkan Jungkook pula?

Wayoung hanya berdiam diri. Tidak berani menjawab soalan Jungkook.

Jeon Jungkook mula mendengus geram. Semakin mendidih hatinya apabila Wayoung hanya berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kata untuk menjawab soalannya.

"Tak nak jawab? Okay!" herdik Jungkook kuat. Kesabarannya menipis.

Kaki panjangnya mula mendaki tangga menuju ke bilik Wayoung laju. Dia menghiraukan Wayoung yang hanya menunduk daripada tadi.

Sedari Jungkook berlalu pergi, Wayoung mengekori lelaki itu daripada belakang.

"Jungkook! Jungkook!"

"Awak nak buat apa dalam bilik saya?" Wayoung menyoal panik setelah Jungkook membuka pintu biliknya kasar. Bergema rumah mereka dengan bunyi hempasan pintu bilik mengenai dinding konkrit.

Wayoung menutup matanya rapat. Berdoa agar Jungkook tidak menjumpai surat-surat yang dia kumpul dan disembunyikan olehnya.

"Awak cari apa ni Jungkook?" tanya Wayoung lagi setelah Jungkook tidak henti-henti mengeledah biliknya.

Jantungnya hampir terhenti tatkala Jungkook menjumpai sebuah kotak yang mengandungi surat-surat misteri yang dia sembunyikan di bawah katil.

"Apa ni?!" tanya Jungkook kuat. Dia menghempas kotak itu ke lantai lalu satu persatu surat itu dibaca.

Wayoung tidak berani mendekat mahupun bersuara. Risau jika Jeon Jungkook bertindak luar daripada kawalan.

"Aku tanya sekali lagi, apa ni Lee Wayoung?" Jungkook mengetap bibirnya kuat. Mukanya merah. Matanya tajam memandang Wayoung bak pemangsa memandang mangsa.

"Su-surat." gadis itu membalas perlahan. Matanya setia memandang lantai biliknya.

"Kenapa kau tak pernah beritahu aku?! Dah teringin sangat ke nak mati?! Kau tak tahu ke lelaki ni psiko?! Kau tak boleh bezakan antara surat ugutan dengan surat cinta ke hah?!" Jungkook menengking Wayoung kuat. Rambutnya diraup kasar.

Air mata Wayoung menitik perlahan. Rapuh sungguh hatinya tatkala ditengking oleh Jeon Jungkook.

"Maaf." hanya itu yang terluah pada bibir Wayoung. Dia tahu dia salah. Dia sedar. Silapnya kerana tidak memberitahu lelaki itu. Dia bodoh, terlalu terikut-ikutkan perasaan. Sebelum ini dia fikir bahawa dia mampu menyelesaikan masalah ini seorang sendiri tanpa bantuan Jeon Jungkook. Dia juga tidak mahu memyusahkan lelaki itu.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now