CHAPTER 7

5.8K 624 39
                                    

Kad kecil berwarna emas yang terletak di seat penumpang Jungkook ambil. Selepas itu dia mengalih pandang pada kotak kecil berbaldu merah. Dia mengeluh pendek.

"Tak sangka aku dah nak jadi suami orang." Keluhnya. Kad perkahwinannya dengan Wayoung ditatap tanpa perasaan. Kosong.

Dia menggeleng perlahan. Perlahan-lahan lelaki itu melangkah keluar dari keretanya lalu menjejakkan kakinya ke dalam cafe setelah mengunci keretanya.

"Jin Hyung." Panggil Jungkook tatkala kelibat yang dicari terlayar di ruang mata.

Lelaki yang sedang ralit melayari instagram itu mengangkat mukanya.

"Sampai pun kau. Kenapa lambat?" Jin menjeling. Sesungguhnya, dia paling pantang dengan orang yang tidak menepati masa.

Jungkook menggaru belakang kepalanya sambil tersengih. Kenal sangat dengan perangai abang sepupunya yang seorang ini. Seorang yang amat menepati masa.

"Aku hantar Wayoung tadi." Jawab Jungkook. Kerusi dihadapan Jin ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.

"Wayoung? Girlfriend kau yang ke berapa tu?" Gurau Jin. Dia ketawa perlahan tatkala wajah Jungkook berubah keruh.

"Bukan girlfriend aku. Tapi bakal isteri aku." Jelas Jungkook.

Jin tercenggang. Bakal isteri?! Sejak bila Jungkook si buaya ini mengenal erti setia? Bukankah hati-hati perempuan bagaikan permainan buat dirinya? Ini lagikan nak mendirikan rumah tangga? Dia salah dengarkah?

"Sejak bila kau dah insaf ni Kook? Ya Tuhan bersyukurnya hyung kalau kau dah berubah ke jalan yang benar." Ucap Jin bersama tawa besar. Tangannya sekali-sekala menghentak meja cafe dan berjaya mengundang mata-mata pelanggan lain.

Jungkook mendengus.

"Daddy yang paksa aku kahwin. Kalau ikutkan hati aku, memang taklah aku nak kahwin awal. Bukan style Jeon Jungkook okay!" Bentak Jungkook geram.

"Eleh, tapi kau setuju jugak." Kutuk Jin sambil menghirup jus orennya. Adik sepupunya ini memang kaki perempuan. Sudah berbuih mulutnya menasihati lelaki itu tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Jungkook. Lagi dibuatnya adalah.

"Aku setuju sebab daddy ugut aku yang dia akan tarik semua harta yang dia beri dekat aku. Kalau dia tak ugut, memang dah lama aku tolak perempuan tu."

Jin menggeleng. Jungkook, Jungkook, bilalah kau nak berubah?

"Teruk sangat ke perempuan tu sampai kau tak boleh terima dia?" Soal Jin. Terlintas juga difikirannya, kenapa Jungkook menentang habis-habisan pilihan Uncle Wonwoo? Teruk sangatkah pilihan bapa saudaranya itu?

Jungkook mendengus kuat.

"Dia tak seksi!" Sedap mulut Jungkook mengutuk Wayoung. Kalau kata-katanya didengari oleh gadis itu, pasti mulutnya di cili habis-habisan.

"Kira bagus la tu dia tak seksi, maknanya dia pandai jaga maruah diri. Buatnya dia pakai macam tak cukup kain dan keluar dengan jantan memanjang? Tak ke naya hidup kau dapat isteri playgirl? Haaa, kalau dapat pun memang padan sangatlah dengan kau yang playboy." Kutuk Jin tanpa menghiraukan mata tajam Jungkook.

Jungkook menjeling. Eishh, sekali dia tak suka, dia tak akan suka selama-lamanya! Titik! Noktah! Muktamad!

"Ah, kisah apa aku. Lagi senang aku nak ceraikan dia kalau dia dengan jantan lain memanjang."

Jin menggeleng lagi.

"Kau jangan Kook. Jangan sampai satu hari nanti kata-kata kau makan diri kau balik."

"Apa maksud kau?" Jungkook berkerut dahi, cuba memahami maksud tersirat disebalik kata-kata Jin.

"Macam ni, what if one day, dia minta cerai tapi masa tu kau dah totally falling in love with her? Mesti kau tak akan lepaskan dia kan?" Tanya Jin.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now