CHAPTER 30

4.6K 525 198
                                    

"So, kau dah dapat maklumat tentang Jeon Jungkook dengan perempuan tu?" Jimin menyoal lantas duduk diatas kerusi dipejabatnya.

"Ya, dan ini maklumat mereka." Lelaki yang bernama Jay menghulurkan sebuah fail kepada Park Jimin.

Park Jimin tersenyum sinis. Dengan duit, semua boleh buat. Dia kaya. Dia pemilik sebuah syarikat percutian yang terkenal di Korea. Setakat mengupah penyiasat untuk menyiasat kehidupan Jeon Jungkook, tak kering lagi duitnya didalam bank.

"Good." kata Jimin kepada Jay.

Helaian demi helaian diselak.

"Lee Wayoung?" kata Jimin. Dia memandang gambar Wayoung yang ditangkap secara rahsia.

"23 tahun dan lahir di Seoul. Menuntut di Universiti Seoul." baca Jimin satu-persatu.

"Interesting." gumam Jimin dalam hati. Wajah Wayoung yang lembut dan manis itu agak menarik perhatiaannya.

"Jeon Jungkook, 25 tahun dan menuntut di Universiti Seoul. Anak kepada Jeon Wonwoo, pemilik syarikat pembinaan di Seoul."

Jimin mengangkat keningnya. Nampaknya latar belakang Jungkook menarik juga. Anak kepada seorang pemilik syarikat yang agak berpengaruh di Korea.

"Then, apa hubungan mereka berdua?" Jimin mengangkat keningnya. Itulah tujuan utamanya. Ingin mengetahui apakah hubungan mereka berdua.

"Mereka berdua pasangan suami isteri. Mereka disatukan kerana rancangan bapa mereka berdua." terang Jay satu persatu. Itulah semua maklumat yang dia dapat sejak menyiasat Jeon Jungkook dan Lee Wayoung.

"Seriously Tessa Alen? Dah habis ke jantan dekat Korea ni sampai suami orang pun kau sanggup?" Jimin menyoal sinis.

Jujur, dia masih mencintai Tessa. Hubungan mereka yang hampir mencecah 4 tahun musnah begitu sahaja kerana sikapnya iaitu kaki perempuan. Dia juga seperti Jungkook, buaya.

Namun mungkin Park Jimin lebih teruk. Kelab malam seperti rumah keduanya. Arak menjadi peneman setia. Perempuan ibarat lampin pakai buang.

Namun Tessa Alen berbeza. Gadis itu bukanlah seperti kekasih-kekasihnya lain. Tessa sukar dimiliki. Walaupun Jimin terus menggoda, Tessa Alen tidak akan sesekali menyerahkan maruahnya. Itulah keistimewaan Tessa Alen pada mata seorang lelaki yang bernama Park Jimin.

Namun Park Jimin bodoh. Dia mensia-siakan gadis itu kerana mengejar kenikmatan dunia dan masa mudanya.

"Dan saya rasa Cik Tessa Alen tidak tahu tentang status Jeon Jungkook kerana mereka berdua merahsiakan perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan mereka juga diadakan secara tertutup." Jay menyambung percakapannya.

Jimin mengangguk. Hebat juga permainan Jeon Jungkook. Dah ada isteri pun masih menggatal dengan perempuan lain.

Memang sudah nasib Tessa Alen ya selalu ditipu oleh lelaki?

Lelaki itu ketawa sinis.

"Okay, kau boleh keluar. Gaji kau, aku dah banking."

Jay menundukkan kepalanya sedikit lalu mula melangkah keluar.

"Tessa, Tessa. Dari dulu sampai sekarang, asyik kena tipu je. Tapi tak apa, aku akan bongkarkan penipuan Jeon Jungkook tak lama lagi. Then, masa tu kau akan datang dan melutut dekat aku lagi."

"Wayoung!" panggil Yeonjoo setelah melihat kelibat Wayoung di universti. Gadis itu mula berlari anak menghampiri teman baiknya.

"Apa?" Wayoung mengangkat kening. Buku yang dipegang dimasukkan ke dalam beg galas.

"Ini tentang Profesor Kim." Yeonjoo menggaru kepalanya. Kelmarin, Profesor Kim asyik bertanya kepadanya dimanakah Wayoung memandang gadis itu tidak menghadiri kelasnya.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now