CHAPTER 38

4.5K 594 272
                                    

Kereta Tuan Jeon mula memasuki simpang rumah Jungkook. Tatkala kereta yang dipandunya menghampiri rumah anak dan menantunya itu, matanya mengecil tatkala terlihat seorang gadis sedang melangkah masuk kedalam sebuah kereta yang terpakir dihadapan rumah Jungkook dan Wayoung.

Dahinya pula berkerut. Siapakah gadis itu? Kawan Wayoungkah? Atau perempuan Jungkook? Tapi, tidak mungkin Jungkook masih berperangai seperti dahulu iaitu kaki perempuan. Pastinya dia telah berubah setelah beristeri.

Matanya hanya mengikuti pergerakan kereta itu sehingga hilang daripada pandangan matanya. Setelah itu keretanya dipakir di hadapan rumah anak dan menantunya.

"Daddy." sambut Wayoung bersama senyuman di pintu pagar.

Tuan Jeon tersenyum.

"Wayoung sihat?" tanya Tuan Jeon sambil mengusap kepala menantu kesayangannya.

"Sihat." sengih Wayoung. Tersenyum lagi Tuan Jeon tatkala melihat wajah manis Wayoung. Bertuah anaknya kerana dapat memiliki gadis sebaik dan secantik Wayoung.

Namun dia tidak sedar bahawa anak lelakinya itu sedang mempersiakan permata yang berharga.

"Jungkook mana?" tanya Tuan Jeon. Matanya meliar mencari anak lelakinya yang seorang itu.

"Ada dekat dalam. Jemputlah masuk daddy. Wayoung dah siapkan bilik untuk daddy." kata gadis itu lembut sambil menarik tangan bapa mertuanya.

Tuan Jeon hanya mengikuti langkah Wayoung.

Jeon Jungkook yang sedang menonton televisyen berpaling. Lelaki itu berdecit perlahan lalu mula menghampiri Wayoung dan Tuan Jeon. Menduga pasangan itu.

"Kenapa nak tidur sini? Dah tak ada rumah ke?" perli Jeon Jungkook tanpa menghiraukan perasaan ayahnya yang mungkin terluka dengan kata-kata sinis yang dilemparkan olehnya.

Wayoung menyiku lengan suaminya itu. Memberi isyarat mata agar lebih menjaga perasaan Tuan Jeon.

Dasar anak derhaka! Kena panah petir baru tahu.

Jungkook hanya menjeling.

"Saja daddy datang nak jenguk kamu berdua. Kenapa? Kamu ada sorokkam sesuatu ke?" Tuan Jeon sengaja bertanya.

Wayoung sudah berdebar. Matanya mengerling Jungkook yang masih kekal tenang bersama wajah kosongnya.

"Kalau datang sini semata-mata nak jadi penyiasat, baik tak payah datang." kata Jungkook sinis lalu berlalu naik ke biliknya.

Wayoung hanya menggeleng kepala dengan sikap Jungkook yang kurang ajar. Matanya memandang wajah Tuan Jeon yang masih tersenyum.

"Daddy okay?" tanya Wayoung lembut. Risau jika Tuan Jeon terasa hati dan tidak selesa berada di rumahnya.

"Daddy okay. Dah biasa dengan perangai Jungkook yang macam tu. Dah imun katakan." Tuan Jeon cuba bergurau. Namun Wayoung tahu, Tuan Jeon seorang bapa, pastinya hatinya sedikit sebanyak terguris dengan kata-kata Jeon Jungkook.

"Jom Wayoung tunjukkan bilik daddy." kata gadis itu bersama senyuman.

Belum sempat dia melangkah, bahunya ditahan oleh Tuan Jeon.

"Kamu bahagia?" soal Tuan Jeon lagi.

Mata tua itu memandang mata Wayoung dalam.

Wayoung terkelu. Tidak tahu apa yang harus dia balas. Dia bahagia. Tapi kadangkala derita. Bahagia tatkala berada di sisi Jeon Jungkook tetapi menderita tatkala melihat lelaki itu bersama Tessa Alen.

Wayoung tersenyum nipis.

"Wayoung bahagia." jawab gadis itu.

Dia tahu Tuan Jeon risau akan dirinya. Jika tidak, pastinya lelaki tua itu tidak akan bertanyakan soalan yang sebegitu rupa.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now