CHAPTER 24

4K 546 95
                                    

Im backkk😋😋😋

"Saya Tessa. Kekasih Jungkook." Kata Tessa lembut. Sejurus itu panggilan telefon tiba-tiba sahaja terputus.

Tessa melihat telefon Jungkook bersama kerutan didahi. Kenapa dia end call?

Budak Manja😒

Tessa tertanya-tanya sendiri. Siapa 'budak manja' ini bagi Jungkook? Adakah adiknya? Tapi rasanya Jungkook anak tunggal.

Jungkook yang baru sahaja keluar daripada tandas mall menghampiri Tessa yang sedang bersandar pada dinding sambil melihat kearah skrin telefonnya.

"Kenapa?" Soal Jungkook pelik. Tessa mengangkat wajahnya, telefon Jungkook dipulangkan kembali kepada si tuan badan.

"Entah, ada orang call awak tadi so saya angkatlah sebab takut ada perkara penting. Tapi dia letak lepas tu." Jelas Tessa lembut. Tertanya-tanya juga dia siapakah 'budak comot' itu. Tapi risau juga jika Jungkook menganggapnya penyibuk pula. Pendamkan sahajalah.

"Oh really?" Soal Jungkook sambil memeriksa log panggilan telefonnya. Oh, jadi Wayoung yang menelefonnya sebentar tadi. Ada perkara pentingkah?

"Sekejap ya. Saya nak call someone." Usai berkata Jungkook melangkah pergi. Risau juga jika Wayoung perlukan apa-apa. Seharian keluar bersama Tessa membuatkan dia lupa bahawa gadis itu sedang berada di hospital untuk menerima rawatan. Kesunyiankah dia disana seorang diri?

Jungkook menelefon Wayoung namun hampa, panggilannya langsung tidak berangkat. Jungkook mengeluh, sekali lagi dia mencuba.

Gagal.

Jungkook memasukkan telefonnya kembali kedalam poket. Fikirnya mungkin Wayoung sedang tidur dan berehat.

Langkah diatur kembali kearah Tessa yang sedang duduk disalah satu bangku. Jungkook memandang gadis cantik itu bersama senyuman namun senyuman itu perlahan-lahan hilang tatkala perasaan bersalah datang menerjah pintu hati.

Dia sedang menipu Tessa akan statusnya. Tetapi dia tiada pilihan. Mahukah gadis itu pada dia jika dia memberitahu Tessa akan status dirinya yang sebenar? Tidak, dia yakin yang Tessa tidak akan menerimanya.

Tessa gadis yang baik. Tidak mungkin dia sanggup membina kebahagiaan bersama suami orang. Namun gadis itu dibutakan dengan penipuan yang dicipta oleh Jeon Jungkook membuatkan mereka berdua sedang menghancurkan hati seorang gadis tanpa Tessa sedar.

Bencikah Tessa akan dirinya jika perkara ini akan terbongkar pada suatu hari nanti?

Wayoung hanya memandang sepi telefonnya yang sedang berbunyi. Siapa lagi jika bukan Jeon Jungkook yang menelefonnya. Raut wajahnya yang pucat diraut perlahan.

Patutkah dia menfailkan penceraian?

Tapi apa pula kata mama, papa dan daddy Jungkook kelak? Baru sahaja mendirikan rumah tangga tetapu sudah mahu bercerai-berai.

Dan setujukah Jungkook? Haritu sahaja ketika di Maldives Jungkook sudah melenting habis.

"Kenapa awak buat saya macam ni Jungkook? Awak sedang cuba untuk seksa hati saya ke?" Soal Wayoung perlahan sambil memandang kearah jendela yang terbuka luas. Ya, dia sudah kembali ke rumahnya. Bosan berada dihospital tanpa ditemani oleh sesiapa.

Dia kembali berbaring diatas katil. Sekimut ditarik lalu dia cuba melelapkan mata. Cuba untuk melupakan segala masalah yang sedang menimpa dirinya yang lemah.

✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now