❤Bab1❤

3.7K 103 0
                                    

"Ahhhh. Pagi yang indah, indah untuk akuuu TIDURRRRR." Kata Kyra sambil mengeliat.

"Kyra Kyra, kau dengan tidur memang tak dapat dipisahkan." Kata Maya sambil menggelengkan kepalanya.

"Weii, tolong aku boleh?" Soal Kyra sambil meleretkan suaranya.

"Wei,nanti kalau ade cikgu masuk tolong kejutkan aku. Ni kan kau nak cakap? Aku dah tahu dah wei,kau tak yah pesan." Kata Maya sambil  menepuk belakang Kyra.

"Yeee pandai pun sayang aku sorang ni. Aku nak tidur, bye!" Kyra terus meletakkan kepalnya di atas meja dan terus tertidur. Maya yang lihat keadaan Kyra hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Setelah beberapa minit Kyra tidur, tanpa disedari oleh para pelajar, Ustaz Ice memasuki kelas mereka.

"Weiii bangun,Ustaz Ice dah masukkk." Maya mengejutkan Kyra yang sedang tidur tetapi Kyra tidak memberikan sebarang tanda untuk bangun.

"Assalamualaikum ustaz" Salam yang diberikan oleh Zarul selaku ketua kelas kepada Ustaz Ice disambut oleh semua pelajar tingkatan 5 Arif kecuali.....

"Waalaikumsalam, baik,semua boleh duduk. Kecuali yang tengah tidur tu berdiri. Awak yang sebelah budak tidur tu,tolong kejutkan dia" Ustaz Khan menyuruh Maya untuk mengejutkan Kyra yang masih tidur.

"Weiii bangun dowh, ustaz dah masuk la." Maya mengoncangkan badan Kyra dan setelah itu, Kyra bangun dan mengeliat. Lantas Ustaz Khan berjalan ke arah meja Kyra.
"Assalamualaikum cik Kyra, selamat pagi, seronok tidur? Mimpi apa tadi? Tak nak kongsi dengan saya?" Soal Ustaz Khan berbaur sindiran.

Kyra yang masih mamai dan tidak sedar akan kehadiran Ustaz Khan berkata " Wei, pehal kau kejut aku, aku tak puas tidur lagi ni." Satu kelas sudah menggelakkan Kyra.Kyra menggosok matanya dan apabila dia sudah betul betul 'sedar' dia terus membesarkan biji matanya. Ya, di depanya sekarang ni ustaz paling digeruni di sekolah ni. Siapa lagi, mesti la Ustaz Khan.

"Maa....maafkan saya ustaz, saya ingat kawan saya kejut saya tadi." Kata Kyra gugup sambil memandang ke arah Ustaz Khan yang seperti 'harimau mencari mangsa'. Khan membalas."Awak perasan sesuatu tak?" Soal Khan sambil tersenyum sinis.

"Perasan ape ustaz?" Kyra cuba memegang tepi bibirnya kalau kalau ada air liur basi. Tak de pula air liur basi,apa yang ustaz ni cuba maksudkan?

"Pagi ni, cerahkan? Memandangkan awak baru bangun tidur, apa kata awak pergi bersenam. Bukan apa,saya tengok awak nampak tak bermaya hari ni. Awak nak berapa round? 2 round? 3 round? Atau mungkin 5 round? Elok pulak hari ni awak pakai baju sukan. Memang dah sesuai dah." Kata  Ustaz Khan sinis.

"Kalau saya nak satu round je boleh ustaz. Please." Rayu Kyra sambil membuat muka comel.

"Nasib baik mood saya baik hari ni, baiklah, satu round. Dalam masa 5 minit,saya nak awak dah ada dekat tempat asal awal semula. Boleh?"

"Baiklah Ustaz. Lagi 5 minit saya sampai." Kyra terus memecut keluar dari kelasnya. Nasib baik dia memang atlet sekolah jadi memang kacang je lah 5 minit tu bagi dia.

Ustaz Khan berjalan ke hadapan dan meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

Habis waktu sekolah

"Wei,nasib baik mood Ustaz Ice baik hari ni. Kalau tak nahas kau. Kalau mak kau tahu ni, aku tak tau la nak cakap apa." Kata Maya sambil sembang gaya makcik bawang.

"Aku harap Ustaz Ice tak bagi tahu mak aku laaaa. Kalau tak, mati aku." Kata Kyra dengan muka cemasnya. Mak Kyra merupakan guru besar sekolah tu, tapi dia hanya memberitahu Maya seorang sahaja. Dia tidak mahu memberitahu ramai orang kerana dia tak nak digeruni disebabkan maknya guru besar sekolah.

"Wei, apa kata petang ni kau datang rumah aku,kita study sama sama?" Maya memberi cadangan.

"Petang ni, hurmm boleh laaa. Pukul 3 aku datang. Ok lah, Pak Din dah sampai tu, aku chaw dulu. Jumpa petang ni. Nanti mesej aku bawa buku apa tau." Kyra melambai ke arah Maya dan terus menaiki keretanya.

Di rumah

"Assalamualaikum." Kyra memberi salam dan tiba tiba ada yang menjawab.

"Waalaikumsalam sayang mama." Kyra yang terdengar salamnya di jawab terus berlari ke arah mamanya.

"Mama!! Awalnya mama balik hari ni."

"Mama balik awal,tiba tiba cirit birit, tu mama pergi klinik. Doktor bagi cuti." Kata mamanya sambil memegang perut.

"Ouhh mama dah okay ke belum?"

"Okay dah lepas makan ubat tadi. Kyra,lepas ni Kyra ada nak pegi mana mana tak? Mama nak cakap sikit dengan Kyra."

"Kyra nak pergi rumah Maya,tapi kalau mama ada nak cakap sesuatu sempat jee."

"Lepas kamu siap siap,turun bawah dekat ruang tamu,mama ada sesuatu nak cakap."

"Okay ma,Kyra pergi naik atas dulu. Bye!" Kyra mencium pipi mamanya dan terus naik ke atas.

Setelah dia bersiap, dia terus turun ke bawah. Dia nampak kelibat mamanya di ruang tamu yang sedang duduk di sofa. Dia terus mngambil tempat berhadapan mamanya.

"Mama nak cakap apa dekat Kyra?"

"Kyra,umur Kyra sekarang dah berapa?" Soal mamanya.

"Umur Kyra dah 17 tahun. Kenapa ma?" Soalnya pelik. Takkan mama tak tahu umur aku?

"Dah sampai masa,Kyra kena tahu benda ni. Sebelum Papa mati,papa ada bagi surat wasiat dekat mama suruh bagi dekat kamu kerika kamu berusia 17 tahun." Puan Maisarah menyerahkan sepucuk surat kepada anaknya. Lantas Kyra membuka surat itu dan membaca isinya.

Kepada:Nur Kyra Sofia

Kyra,bila Kyra baca surat ni, mesti umur Kyra dah 17 tahun kan? Mesti dah cantik dah macam mama kamu dulu. Kyra,boleh tak Kyra tunaikan permintaan papa? Papa harap sangat Kyra terima dengan redha. Kyra, papa nak lepas habis SPM, Kyra kahwin dengan Khan Hariz Lee Bin Abdullah Lee. Dia anak kepada Dato' Daniel. Kyra kenal Dato' Daniel kan? Papa dah bincang benda ni lama dah dengan dia untuk menyatukan anak dia dengan kamu. Papa harap sangat kamu boleh tunaikan permintaan papa. Dato Daniel banyak tolong papa dulu Kyra. Dato Daniel yang bayar semua kos perubatan papa. Papa sangat terhutang budi dengan dia. Papa harap sangat kamu dapat tunaikan permintaan pertama dan terakhir papa. Terima kasih Kyra. Papa sayang kamu.

Daripada:Papa mu tercinta

Selepas membaca surat itu, Kyra menangis semahunya. Papanya mati kerana penyakit kanser paru paru semasa Kyra berumur 12 tahun. Dia memeluk kertas itu. Sungguh,sungguh dia rindu akan bapanya. Puan Maisarah memeluk anaknya dan turut menangis bersama.

Selepas tangisan Kyra reda, dia memandang wajah mamanya."Mama, Kyra sanggup buat apa sahaja demi arwah papa." Kyra mengesat air mata mamanya." Terima kasih sayang, papa mesti bangga dengan kamu." Puan Maisarah memeluk anaknya.

-----------------------------------------------------------

Hi readers sekalian. Thank you sangat sangat sebab baca cerita noob sis. Maklumlah,sis masih baru dalam dunia penulisan. Sis harap sangat yang korang akan suka cerita ni. Jangan lupa vote n komen yaa!!

Sayang korang😘

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now