❤BAB9❤

1.8K 81 28
                                    

Keeseokannya,tiba hari persekolahan seperti biasa. Kyra bangun pada pagi itu dan sedang mengeringkan rambutnya. Tiba tiba dia tersenyum jahat.'Macam mana agaknya rupa Ustaz Khan ek harini. Mesti kelakar. Padan muka dia. Lain kali jangan main² dengan Nur Kyra Sofia. Ni makan dia HAHAHHAHAHA'

Selepas mengeringkan rambut dia terus menggapai scarf  dan tudungnya lalu dipakai. Selepas membetulkan tudungnya dia terus turun ke bawah dan makan sarapan bersama ibunya.

Sesampai di Sekolah

Kyra berjalan dan terus menuju ke kelasnya. Dia dapat rasakan sekelilingnya semua pelajar sedang berbisik². Ada yang ketawa dan ada juga yg sedang menunjukkan muka tidak berpuas hati . Kyra hanya senyum senget dan dia disapa oleh Maya. Seperti biasa,rakan baiknya pasti akan menjadi penyampai berita terhangat di sekolah HAHA.

    "Kyra oiiii!!!"
    "Jangan la jerit kat telinga aku,bingit tau. Hah ape dia? Nampak excited semacam je. Ade berita panas hape harini?"
    "Tah la,aku pun tak tahu nk describe macam mana. Hmm first,aku nampak Ustaz Khan pakai baju warna   PINK weh dengan tie polka dot. Memula aku cam pelik au warna pink pastu tie polka dot. Tapi bila aku tengok lame² an,de sumpah hot siottt pakai baju kemeja pink tapi tie spoil nak mampos. Second, de tarik lengan baju de sampai siku!!! Ya Allah weh. Sorry tho ter'fangirl' dekat bakal laki kau. Tapi sumpah hensem gile bak hang wehh. Kau tak nampak de lagi ke tho?"

Kyra mula berkerut dan perasaan geram mula datang. Tapi riak mukanya masih di kawal

     "Ouh ye ke? Pelik betul de ek pakai warna pink. Selalu aku tgk baju de warna gelap² je. Hmmm tak nampak la pulak. Alah biar dia. Suka hati de la nak pakai warna apa. Asalkan de bahagia HAHAHAHHAHA."

Dalam hati Kyra 'Mungkin si Maya ni je kot fangirl. Yang lain mesti gelakkan de right? Takkan la orang cair tgk dia pakai pink betul tak betul tak'

     "WEH!!!! Tu hah de tengah jalan nk gi kelas tingkatan 3 tu!!"

Kyra terus memandang ke blok sebelah yang bertentangan dengan blok kelasnya di tingkat dua dia ternampak ustaz Khan berjalan ke arah kelas 3 Arif. Kyra terus berkerut memandang ke arahnya. Pada masa yang sama,Khan menoleh ke arah kiri dan ternampak Kyra di tingkat tiga. Khan tersenyum kemenangan apabila melihat kerutan di dahi Kyra dan terus memasuki kelas 3 Arif. Kyra terus berdecit apabila melihat senyuman Khan.

    "Asal kau macam marah? Kau tak suka dia pakai baju warna pink ke? Hensem hape?"

     "Tak tho,asal ramai puji de pakai pink. Dah la tie polka dot pulak tu? De bukannya hensem pon. Serupa pondan" Kyra memeluk tubuh sambil menayangkan muka tidak puas hati.

    "Tak baik tho kata bakal laki kau macam tu. Weh,aku pelik la dengan kau,kau patut beruntung tau de jadi bakal laki kau. Dah la ustaz,hensem astu berkarisma pakai baju warna apa pun ah gituww."

    "Citer de,dekat mata aku,dia ice man,kejam,jahat and........" Tiba tiba dia teringat yang ustaz Khan pernah menolong dirinya ketika dia diganggu oleh geng Lisa dahulu. Dia terus mematikan katanya.
    " And what?"
    "Tak ade apelah. Ha biarla dia. Jom masuk kelas. Kang tak pasal² kita kene duduk sini sampai habis kelas. Kau nak?"
    "Oklah² jom" Mereka berdua terus memasuki kelas dan meneruskan pembeljaran pada hari itu seperti biasa.

Dari pagi hingga ke tengah hari tidak berhenti para pelajar mengosipkan tentang ustaz Khan yang garang itu mengenekan baju berwarna pink bersama tie polka dot. Semua pelajar 'fangirl' dengan kekacakan ustaz Khan walaupun berbaju warna pink kecuali seketul manusia tidak berperasaan bernama Kyra. Sepanjang hari dia mengerutkan mukanya. Idea asal hendak mengenakan ustaz Khan hancur apabila dia dipuji ramai pelajar perempuan.

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now