❤BAB3❤

1.9K 82 7
                                    

Setelah 1 jam perjalanan,akhirnya Khan dan Kyra sampai ke butik milik ibu Khan,Kyra sudah terlena dek kerana penat sekolah seharian. Khan melihat ke arah kulit putih gebu Kyra, lantas dia terus mengejutkanya. "Kyra, Kyra bangun, kita dah sampai."

Kyra mengeliat kecil dan memandang ke arah Khan. Khan hanya senyum memandang wajah Kyra. " Jom turun" Kata Khan.

Mereka berdua turun dan memasuki butik itu. " Wahh besarnya butik ni." Kata Kyra kagum. " Ni butik mummy saya." Kata Khan dengan muka 'ice' nya. ' Ustaz Khan ni kejap kejap okay, kejap kejap beku. Ahh lantak lah.' detik hati Kyra. Tiba tiba Kyra disapa oleh seorang gadis lingkungan 20an. "Cik, mari saya bawak cik test baju." Kata perempuan itu bersopan santun.   Kyra hanya membuntuti perempuan itu. Dia nampak sehelai dress labuh, berlengan yang sangat cantik dan menutup aurat. Dia memakai dress itu. Setelah siap pakai,dia melihat pantulan dirinya di cermin. " Wah, baju ni muat la dengan aku." Setelah siap melilit shawl yang disediakan, dia keluar bersama dress itu. Lalu Kyra memanggil Khan yang sedang duduk. "Hmm Ustaz,saya dah siap."

Khan terus memandang ke belakang. Dia terpana. Sungguh, cantiknya Kyra. Dan dia dapat rasakan degupan jantung dia sangat laju. Dia memandang lama ke arah Kyra. Kyra yang perasan akan hal itu terus menegur ustaznya. " Ustaz?" Khan terus memegang tengkuknya dan terus memandang bawah. Malu latewww. " Awak nampak cantik." Puji Khan. " Terima kasih ustaz." Kyra yang dipuji sudah membahang mukanya.

Setelah selesai test baju, Khan ingin menghantar Kyra ke rumahnya. "Rumah awak dekat mana. Biar saya hantar." Kata Khan sambil matanya memandang ke hadapan kerana sedang memandu. " Ehhh Ustaz Khan ni, hantar je saya dekat perhentian bas tu. Rumah saya jauh la." Kata Kyra sambil menunjukkan ke arah sebuah perhentian bas berdekatan itu. " Tak pe, biar saya hantar, kan saya yang bawak awak pergi, biar la saya bawak awak balik." Kata Khan dengan lembut. Kyra terkejut mendengar suara Khan yang lembut itu. Tak pernah dia dengar Ustaz Icenya tu berkata selembut itu. Kyra menjawab " Ruu.. Rumah saya dekat Taman Impian." Kata Kyra.

Khan menghantar Kyra ke rumah setelah Kyra menunjukkan jalan ke rumahnya. Sesampai mereka di hadapan rumah Kyra, dia terus mengucapkan terima kasih lalu turun dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah.

Semasa dia ingin menaiki tangga ke biliknya,dia di tegur oleh satu suara.
"Kyra, nanti malam bakal suami kamu dengan keluarga dia nak datang. Pakai cantik cantik tau." Pesan Puan Maisarah. Kyra hanya mengangguk dan terus naik ke atas biliknya. Dia terus mandi dan solat,selepas itu, dia terus memilih baju untuk dipakai pada malam itu. Selesai memilih pakaian yang ingin di pakai,dia mengenakan t-shirt dan terus turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah, dia terus menuju ke arah ibunya yang sedang masak.

" Ada apa apa yang Kyra boleh tolong?" Soal Kyra.

"Kyra tolong basuhkan sayur ni, potong." arah Puan Maisarah.

"Baik bos." Kata Kyra sambil mengangkat tanganya seperti menabik

Selesai masak,Kyra menyuruh Farhan menyusunya di meja makan dan Kyra terus naik ke atas dan menukar baju. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 9 malam. 'Mama kata diorang nak datang pukul 9. Agak agak hensem tak bakal suami aku? Ada iras iras Sehun tak hehe.' Kyra cuba membayangkan wajah bakal suaminya. Tiba tiba dia terdengar suara mamanya dari bawah. "Kyra,pergi bukak pintu,diorang dah sampai tu."
Kyra membetulkan tudungnya dan terus turun ke bawah, dia membuka pintu dan ternampak Dato' Daniel dan isterinya Puan Ryana. Dia bersalaman dengan Puan Ryana. Kyra cuba mencari kelibat bakal suaminya tapi tiada. Dia berjalan bersama mereka ke meja makan.

"Ryana, lamanya tak jumpa, Ryana sihat?" Soal Puan Maisarah.

"Alhamdulillah sihat, ni anak Sarah ke? Dah besar dah makin cantik." Kata Datin Ryana sambil memandang ke arah aku.

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now