❤BAB6❤

1.8K 79 15
                                    

Kyra menunjukkan tempat yang ingin ditujuinya dan mereka berakhir di kedai 7Eleven. Khan menyoal "Kyra nak makan ape kat sini? Kenyang ke?"

    "Kyra teringin nak makan maggi malam malam nie. Kan Kyra dah cakap bende tu murah. Sooooo..... boleh tak Ustaz? Kita makan sini ye?" Kyra membuat muka comel dihadapan Khan

     'Ya Allah,jarang tak comel si Kyra nih' detik hatinya." Kalau dah sampai sini,takkan nak balik. Ha dah jom masuk dalam." Mereka berdua menuju ke kedai tersebut bersama-sama.

     Keadaan menjadi sunyi seketika. Kyra memulakan perbualan sambil tanganya menggaul maggi di dalam mangkuk "Ustaz tahu tak. Dulu masa arwah abang saya hidup,dia selalu keluar malam malam dengan saya pergi 7 Eleven ni lah. Nanti kitorang masak maggi sama sama dan kitorang akan ceritakan pasal zaman kanak kanak kitorang. Sampai sekarang mak dengan adik saya tak tahu kitorang keluar senyap senyap dulu. Ustaz orang pertama tahu hehe."

     "Mesti awak rapat sangat dengan abang awak tu kan?" Soal Khan

     "Rapat. Rapat sangat sampai saya takut sangat nak kehilangan dia. Dia je faham perasaan saya. Mama sebok,adik kecil lagi. Dia je tempat saya mengadu semua masaalah saya,sampai masa mula mula dapat tahu yang dia dah tak de,buatkan saya rasa nak bunuh diri sendiri. Tapi, saya ingat sampai sekarang ayat yang dia bagi yang kalau saya bersedih, saya perlu cari Allah untuk mengadu semuanya dahulu,baru cari manusia untuk saya luahkan. Ya Allah, rindunya saya pada dia."

Sedang Kyra ingin menyambung percakapanya,tiba tiba di terdiam dan air matanya mula mengalir. Khan terus mengelap air mata Kyra menggunakan  tisu yang dibelinya tadi.

     "Semuanya akan baik baik sahaja. Saya ada dengan awak. Awak jangan risau ok? Kalau awak ada apa apa nak luahkan,cerita je dekat saya okay? Saya ada untuk awak. Saya akan cuba jadi peneman sehidup semati awak yang terbaik,saya janji pada diri saya, saya takkan buat awak menangis selagi saya hidup. Saya akan buatkan awak tersenyum setiap hari, gelak ketawa setiap hari. Itu janji saya Kyra. Ok dah, jangan nangis lagi tau. Makan maggi awak tu. Dh sejuk tu".

Kyra mengangguk dan mengukir sebuah senyuman. "Senyuman  ni yang saya nak tengok dari muka awak." Mereka menikmati maggi itu bersama di kedai tersebut.

                                ❤-❤

Sesampai mereka dia wad yang menempatkan Kyra,Kyra mula membaringkan dirinya di katil.

     "Kalau ada apa apa, call saya tau. Saya balik dulu." Khan merenung wajah polos Kyra. Selepas itu,dia mahu pusing ke belakang,dia terasa lengan bajunya ditarik.

     "Ustaz,boleh tak untuk malam ni,ustaz stay sini? Saya tak biasa duduk hospital sorang sorang. Selalunya mama teman. Boleh ye Ustaz?" Kyra merayu kepada Khan. Khan yang kesiankan Kyra terus mengangguk dan mengambil kerusi untuk duduk. "Kalau dulu,sebelum saya tidur, arwah abang selalu ceritan bedtime story untuk saya. Hehe"

     "Awak nak ustaz bercerita lah ni ye? Baiklah meh ustaz cerita." Ustaz Khan menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad, dan akhirnya, Kyra pun terlena. Selepas itu,Khan mendekatkan wajahnya ke telinga Kyra dan Khan berbisik pada telinganya " Saya janji pada awak,saya akan jaga awak sampai hujung hayat saya. Saya akan berikan seluruh kasih sayang saya pada awak Kyra. Itu janji saya. Saya sayang awak." Selpas itu Khan mengukirkan senyuman dan turut terlena di kerusinya.

Kyra yang masih belum tidur sebenarnya mendengar kata kata itu dari mulut Khan, dia turut mengukirkan senyuman.'Terima kasih ustaz,saya pun sayang ustaz.' Detik hatinya.

                                ❤-❤

Cahaya matahari menembusi tingkap wad yang menempatkan Kyra yang membuatkan dia terjaga. Dia meraba raba tempat disebelahnya. 'Mana Ustaz Khan ni? Dia janji malam tadi nak teman aku. Eee melayu betul.' Detik hatinya. Dia teringat ayat yang ustaz bisikkan padanya malam tadi lalu membuatkanya tersenyum sendiri. Dia disapa satu suara

     "Assalamualikum,selamat pagi Kyra, wah pagi pagi dah senyum senyum ni,kenapa? Tak nak share ke? Teringat kat saya eh? Rindu la tew" Ustaz Khan masuk ke wad Kyra sambil membawa sebungkus makanan dan terus duduk disebelahnya.

     "Eheh ustaz ni. Tiberr jek. Ma....maneee adeee. Saya senyum pun salah ke? Ha, ustaz gi mana tadi? Janji nak teman saya semalam? Mana janji ustaz tuh?" Kyra yang tadinya blushing terus menanyakan soalan untuk cover line.

     "Eee tolong sikit,saya teman awak la malam tadi. Siap nampak air liur awak meleleh lagi." Ustaz Khan mengusik.

     "Ustaz seriuslah! Mane mane?" Kyra mencari disekitar kawasan mulutnya,takut takut masih ada kesan air liurnya.

     "Mana ade,saya gurau je lah. Lepas awak tidur,saya pun tertidur tahu x? Ha dah, ni tadi saya belikan awak makanan kat bawah. Harini awak discharge kan? Mama awak suruh saya hantar awak balik harini sebab dia masih busy dengan mesyuarat." Khan berkata sambil membuka bubur untuk Kyra makan.

     "Alaa ustaz,saya tak ada selara la nak makan. Nanti nati aje lah."

     "Tak boleh,awak kena makan,kalau tak macam mana nak balik?"

     "Makan maggi malam tadi pun saya kenyang lagii. Nanti la."

     "Kyra,jangan degil please,ke awak nak saya suap?" Khan mengugut Kyra.

     "Eee yela yela, susah la macam ni." Kyra mengambil bubur di tangan Khan dan menyuapkan bubur di mulutnya.

     "Haa,macam ni lah bagus. Makan kenyang kenyang tau. Lepastu mandi." Khan senyum memandang Kyra makan bubur walaupun mukanya masam mencuka. Khan perasan Kyra makan bubur hingga comot ke luar mulutnya. Dia mengambil sehelai tisu dari poketnya dan mengelap kesan comot itu.

Kyra yang sedang makan itu terkejut dengan tindakan Khan yang secara tiba tiba mendekatkan wajahnya ke wajah Kyra.'Pahal laju sangat degupan jantung aku ni. Aku dah nak mati ke? Takkan aku suka Ustaz kot.' Kyra yang ralit memerhati setiap inci muka ustaznya itu tidak sedar namanya dipanggil oleh Khan.

     "Kyra? Hey Kyra".
     " Ye...ye ustaz?"
     "Haih awak ni. Makan macam budak kecik,habis comot mulut tu.

     "Ouh,thanks ustaz sebab tolong lapkan." Muka Kyra sudah membahang.

Setelah beberapa ketika,Kyra menyerahkan mangkuk buburnya yang kosong kepada Khan. 'Haih dia ni. Kenyang kenyang pun licin juga mangkuk ni dibuatnya'. Kyra mengambil tuala dan bergegas ke tandas. Selepas selesai mandi,dia mengenekan tudung dan baju hospitalnya dan menuju ke katilnya semula.

     "Ustaz, saya bosan la. Lama lagi ke discharge?" Kyra sudah menunjukkan riak bosan di wajahnya.

     "Awak nak tengok movie tak? Saya ada Netflix dekat handphone saya."

     "Nakkkkk. Wahh Ustaz,maju eh ada Netflix. Hehe"

     "Ha jom duduk dekat sofa tu" Khan menunjukkan sofa yang berada di wad Kyra.

Mereka berjalan bersama menuju ke sofa di wad itu. Mereka duduk bersebelahan sambil Khan mengeluarkan handphone Oppo miliknya. " Awak nak tengok cerita apa ni?" Khan menyoal. "Saya nak tengok cerita Five Feet Apart boleh? Kawan saya kata cerita tu best".

Mereka berdua menonton cerita tersebut. Sedang Khan ralit menonton,dia terasa bahunya berat sebelah. Dia melihat ke arah bahunya dan ternampak Kyra yang sudah nyenyak tidur." Dia ni,tengah tengok movie pon boleh tidur". Khan menutup handphone miliknya lalu memasukkan ke dalam kocek. Dia mengampu kepala Kyra menggunakan tapak tanganya dan perlahan-lahan mengalihkan badanya. Dia mencempung badan kecil Kyra dan membawanya ke katil. Dia membaringkan Kyra di situ.

Usai membaringkan Kyra,dia teringat yang Kyra masih belum mengemas bagnya untuk pulang hari ini. Tanpa berfikir panjang,dia terus mengambil beg Kyra dan memasukkam baju Kyra sedikit demi sedikit. Sedang dia berkemas,dia ternampak sesuatu................

--------------------------------------------------------------------

Apa yang Khan nampak guys? Nak tahu? Tunggu bab seterusnya ya! Jgn lupa like and comment😉

    

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now