❤BAB5❤

1.8K 73 0
                                    

"Siapa?!!!" Jerit Kyra dan Khan serentak.

"Tadi Maya call mama,lepastu dia cerita.....

Flashback

Maya POV

Harini aku kena balik lewat dalam pukul 5 petang sebab banyak buku baru sampai. So memang kena cop semua buku buku tu. Tiba tiba aku rasa nak pergi tandas.

" Tasya,kalau Cikgu Anis tanya aku pergi mana,cakap dengan cikgu aku pergi kelas aku kejap, tertinggal pencil case."

Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. 'Mesti diorang tak datang lagi.' detik hatiku. Aku terus berjalan menuju ke kelas. Selepas mengambil pencil case aku terus menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Semasa aku ingin memasuki tandas,aku ternampak Lisa and the geng batu keluar dari tandas. Aku terus bertanya.

"Pahal korang tak balik lagi?" Soalku

"Suka hati kitorang la,kau sebok pahal." Jawab Lisa lalu jalan sambil melanggar bahuku. Lisa dengan ego dia tak pernah berpisah!

Aku terus masuk ke dalam tandas dan melepaskan hajatku. Aku keluar dari tandas dan membasuh tanganku di singki. Aku ternampak ada smartphone dekat sebelah singki yang aku gunakan.' Smartphone siapa ni?' detik hati aku. Aku cuba membukanya dan terpapar gambar swafoto Lisa sebagai wallpaper smartphonenya.

Aku ni jenis gatal sikit. Aku membuka smartphone Lisa dan benda pertama aku bukak ialah imej. Selepas menekan 'imej', aku terkejut. Gambar pertama yang aku nampak ialah gambar Kyra tak berbaju. Aku mengenalpasti di mana tempat itu. Bilik Sukan! Aku terus keluar dari tandas. Semasa turun tangga,aku terserempak dengan Zarul.

"Ehh Zarul!! Aku ada berita pasal Kyra!!"

"Wei,kau tau tak tadi aku nampak Ustaz Khan cempung si Kyra. Dia pengsan dekat bilik sukan." Beritahu Zarul cemas.

"Itu yang aku nak bagitahu kau sebenarnya, dan aku dah tahu siapa dalang sebalik benda ni. Tak pa,biar aku bagitahu guru besar." Aku terus berlari menuju ke bilik guru besar.

Sasampai aku di sana, Puan Maisarah tiada di mejanya. Aku ternampak dia selitkan nombor telifonya bawah alas meja transparent. Aku terus mendail nombor itu.

"Assalamualikum aunty Mai, ni Maya."

"Waalaikumsalam Maya,kenapa call aunty."

"Aunty ada dekat mana sekarang?"

"Aunty ada dekat hospital,Kyra masuk hospital,dia pengsan."

"Aunty,saya dah tahu dah siapa punya kerja sampai Kyra pengsan."

" Serius?!! Siapa Maya?"

"Orang tu........

End POV

" Maya kata,semua ni Lisa yang rancang. Ni Lisa yang budak hot tu ke Kyra?" Soal Puan Maisarah sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Kyra.

"Betul lah tu kot,sebab sebelum Kyra pengsan, ada sorang geng dia ajak gi bilik sukan,dia kata Lisa pengsan. Apa salah Kyra sampai dia sanggup buat Kyra macam ni." Kyra sudah seperti ingin menangis.

"Tak pe lah Kyra,yang penting awak selamat." Kata Ustaz Khan.

"Hmm mama,mama ada bawak tudung lebih tak? Takkan Kyra nak berselubung macam ni je?" Soal Kyra

" Kejap,mama ada bawak shawl dalam beg mama ni, kamu pakailah. Tapi kedut sikit sebab mama lipat masuk beg." Kata Puan Maisarah sambil menghulurkan shawl bercorak bunga kepada anaknya.

"Thank you ma! Ustaz,ustaz keluar kejap boleh? Saya nak pakai tudung." Khan terus keluar dari bilik itu.

"Kyra, mama nak mintak maaf sangat dengan kamu, petang ni mama kena pergi pejabat pendidikan,ada mesyuarat guru besar sekolah. Maybe sampai malam. Boleh tak kalau Khan yang jaga kamu?" Soal Puan Maisarah dengan serba salah.

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now