❤BAB4❤

1.9K 74 1
                                    

Kyra POV

Aku tersedar dari tidur. Aku,dekat katil arwah abang,tapi mana ustaz? Aku tengok jam dekat tangan aku. Dah pukul 3 pagi. Aku terus berjalan ke dapur untuk minium air,tiba tiba aku nampak ada orang dekat sofa. Aku jalan dan tengok siapa orang tu. Punya lah aku suspen nak tahu siapa, ustaz rupanya. Aku berjalan naik ke bilik arwah abang. Lantas aku terus mencapai selimut dan turun ke bawah. Aku selimutkan ustaz lalu aku merenung wajah kacak dia.' Hensem juga ustaz aq ni rupanya.' detik hati Kyra.

Aku baru nak bangun tiba tiba aku dengar suara ustaz macam terjerit kecil. Aku duduk semula dan menepuk nepuk bahunya. Mimpi buruk la tu.

Aku baru nak bangun lagi tiba tiba tangan aku di tarik lalu dipeluk oleh ustaz. Aku terkejut tahap dewa beb. Aku baru nak kejut ustaz,aku dengar dia mengigau 'Mama, jangan tinggalkan Lee Shin ma, jangan tinggalkan saya.  Saya sayangkan mama' aku terkejut. Siapa Lee Shin? Aku tak sanggup nak tengok ustaz meracau racau aku hanya biarkan dia peluk tangan aku, sebab lepas dia peluk tangan aku dia terus diam. Malam itu aku tidur duduk di hadapan sofa sambil tangan aku dipeluk oleh Ustaz Khan.

❤-❤

Khan POV

Aku terjaga dari mimpi buruk aku. Mimpi pasal kisah silam aku. Kenapa aku rasa macam ada benda dekat tangan aku? Bila aku pandang aku terus lepaskan apa yang aku tengah pegang. Ya Allah, dosa apa aku dah buat ni. Aku nampak Kyra tengah tidur duduk sambil aku peluk tangan dia. Ya Allah, ampunkan dosa hamba mu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku melakukanya tanpa sedar Ya Allah.

Aku melihat jam  tanganku menunjukkan jam 5: 30 pagi. Aku  mengejutkan Kyra yang sedang tidur itu dengan memanggil namanya. Dia bangun dan terkejut tengok aku. Ada betul betul sebelah dia. Aku pun terkejut gak sebenarnya.

End POV

"Ustaz,sorry,saya boleh terangakan yang malam  tadi tu...." Kata Kyra dengan perasaan takut.

"Ehh patutnya saya yang kena mintak maaf pasal malam tadi. Tapi awak jangan bagi tahu siapa siapa ya? Dah jom solat  Subuh berjemaah dengan saya" Kata Ustaz Khan.

"Saya pergi panggil mama dulu eh." Kata Kyra.

Mereka menunaikan solat subuh berjemaah. Alunan ayat Al-Quran yang dibaca oleh Khan sangat merdu. Habis sahaja solat berjemaah, Kyra bersalaman dengan ibunya. Tiba tiba ibunya berbisik." Ini lah contoh calon memanantu yang mama nak." Sempat lagi Puan Maisarah mengusik anaknya. Muka Kyra sudah merona merah.

Pagi itu Kyra dan Khan menaiki kereta Pak Din ke sekolah. Mamanya selepas bersarapan terus pergi ke sekolah. Bila dah sampai di pagar sekolah,ramai mata yang memandang ke arah Kyra dan Ustaz Khan. Mungkin diorang pelik kot sebab ustaz naik kereta sekali dengan Kyra.

Sampai sahaja aku di dalam kelas, ada orang tepuk aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Maya. " Weii kau nak tahu berita hot harini?" Maya kalau dah start mak jemah dia habis satu sekolah dia tibai. Aku hanya mengangkat sebelah kening ala ala Ziana Zain cikit. Cehh.

"Kau tahu tak ramai giler gosip kau dengan Ustaz Ice. Macam macam wei aku dengar. Ada yang kata kau dengan Ustaz Ice couple pon ada. Apa citer?"

Kyra mendekatkan mulutnya ke telinga Maya " Lagi teruk wei." Maya membesarkan biji matanya lalu Kyra berbisik lagi. "Lepas SPM habis,aku kena kahwin paksa dengan dia."

"Biar betik?!!!!" Maya menjerit. Satu kelas dengar dan semua memandang ke arahnya. Dia berdiri lalu meminta maaf dan duduk semula. " Kau jangan buat lawak wei."

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now