Sekolahku... Aku berasa sekolahku sudah dicemari dengan kegiatan ini. Aku rasa dulu tak ada pun benda seperti ini tetapi kenapa berlaku pada waktu-waktu begini -- waktu kita sahaja nak memasuki semester yang terakhir. Aku pun berasa pelik juga sebab dulu kau seorang yang baik dan tak nampak pula aku tengok kau ni seorang yang teruk seperti waktu sekarang ni. Itulah, betul kata seorang kawan lama aku bahawa kita tidak boleh mempercayai orang sangat. Kadang-kadang kita nampak orang itu baik sahaja sedangkan dia ialah manusia yang paling jahat sekali. Orang itu ialah sejahat-jahat manusia. Bagi aku, kawan yang ini bukanlah sejahat yang mana aku sangkakan namun dia tetap dikira hina dalam dunia seorang pelajar.
Nama aku HQ. Aku seorang pelajar dalam sebuah sekolah berasrama penuh. Aku telah merasai sekolah harian selama tiga tahun sejak tingkatan satu lagi. Mungkin aku tidak rasa bagaimana menjadi seorang pelajar asrama. Aku bayangkan bahawa sekolah ini mempunyai undang-undang yang ketat. Maklumlah sekolah seperti boleh mewujudkan pelajar-pelajar yang berdisplin dan mampu menjadi pemimpin untuk negara. Aku berasa tidak sabar untuk memasuki sekolah seperti ini.
Sepanjang aku berada di sekolah tersebut, aku telah bertemu ramai kawan-kawan yang mempunyai pelbagai watak dan karenah. Apabila aku bersama mereka aku akan berasa amat gembira kerana kehadiran mereka seperti keluarga aku sendiri. Aku ingat lagi semasa minggu pertama aku berada di sini. Aku berjumpa dengan seorang kawan yang peramah. Badan dia agak bergumpal sedikit. Dia mempunyai personaliti yang periang dan melucukan. Dia mempunyai bakat dalam menyanyi lagu-lagu Inggeris. Dia adalah kawan yang aku masih sayang sampai sekarang iaitu Sunny.
Aku bertemu dengan dia semasa hari ketiga duduk di asrama. Dia tinggal di blok yang sama iaitu Blok A. Bilik dia terletak di Wing Kanan, bersama dengan rakan sebiliknya iaitu Bob. Aku berjumpa dengan dia. "Hey... Kau duduk sini ke?" Dia bertanya kepada aku. Aku dapat lihat wajah dia yang amat gembira ketika melihat aku. Jadi aku memberitahu kepada dia bahawa hendak berborak dengan dia. Kami beborak dengan penuh gelak ketawa.
Aku juga dapat mengenali Bob. Dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Dia merupakan seorang pelajar yang mencapai PNG 3.5 dan keatas. Jika semua tidak tahu PNG adalah singkatan untuk Purata Nilai Gred. Aku pada mulanya tidak tahu mengenali benda sebegitu tetapi selepas beberapa bulan berada di sini, aku dapat membiasakan diri dengan sistem PNG. Senang cerita, bagi mendapat PNG 3.5 dan keatas, kami pelajar seharusnya mencapai sekurang-kurangnya gred B dalam setiap mata pelajaran. Berdasar sistem PNG, nilai tertinggi seorang pelajar boleh memperoleh ialah 4.00 atau '4 flat'. Nilai ini bermaksud pelajar tersebut mendapat sekurang-kurangnya A solid dalam setiap subjek. Dengan kata lain, pelajar tersebut konfom straight A. Bob bukan seorang pelajar 4.00 tetapi cukup tinggi kerana dia memperoleh semua A dalam peperiksaan tetapi mempunyai sedikit kelemahan dalam keputusan yang dia memperoleh -- mempunyai gred A- . A- ialah gred SPM yang cemerlang tetapi masih tidak cukup untuk menaikkan nilai PNG ke 4.00. Walau bagaimanpun, aku tetap berasa bangga mempunyai kawan seperti dia.
Selain mereka berdua, aku juga mengenali AkSya. Dia merupakan seorang pelajar yang sederhana tetapi mempunyai sifat yang terpuji dengan kawan-kawannya. Sebab itu, ramai menyukai dia. Aku pun menyukai sikap dia yang peramah serta suka menolong rakan-rakan serta guru-guru. Aku berjumpa dengan dia sewaktu pada hari selepas berborak dengan Sunny di bilik yang terletak di hadapan bilik yang kami berborak. Aku pada waktu itu aku hendak berjumpa dengan Sunny apabila dia memanggil aku untuk meminta aku menolong dia. Sewaktu aku menolong dia, aku memperkenalkan diri kepada dia. Dia juga memperkenalkan dirinya kepada aku. Aku duduk di atas katil. Aku dapat melihat di lokernya mempunyai pelbagai barang yang menarik. Terdapat satu barang yang membuat aku tertarik iaitu sebuah dadu hitam. Terdapat tali yang dimasukkan ke dalam salah satu penjuru dadu untuk dijadikan sebagai alat untuk digantung. "AkSya, nak tanya kenapa kau bawa dadu hitam itu ke sini. Bukan la apa, sahaja nak tanya kalau dadu itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri" tanya aku, hendak tahu. "Aaaa... Tidak ada apa yang istimewa pun cuma dadu ini merupakan hadiah hari jadi aku daripada seorang crush lama aku," jelas AkSya tenang. Aku mengangguk kepala tanda faham. Dengan perbualan ringkas itu, aku berjaya menjalin hubungan dengan dia.
Semakin lama aku berada di sini, aku dapat mengenali lebih ramai pelajar. Ada yang baik dan ada yang nakal. Namun, Sunny, Bob dan AkSya merupakan kawan baik aku sehingga sekarang. Kehadiran mereka bertiga telah mewarnai hidup aku sehingga aku berada di semester keempat -- semester penuh perubahan.
YOU ARE READING
LGBT : Penentangan Bermula
Adventure[FIXING UPDATE IN PROGRESS] Perlu ke aku melihat di depan ku? Sekolah ini tercemar kerana itu. Aku harus menentang!!! ------------------------------------------------- LGBT merupakan situasi yang kita tidak boleh ambil mudah. Kita perlu mengurangkan...