Bab 6

205 2 0
                                    

Sempat aku mengemas beg aku sebentar. Aku rasa sudah lama aku tak kemas bilik yang hanya aku seorang sahaja yang menjadi penghuni bilik ini. Tempat aku sepatutunya ada orang duduk tapi atas sebab tertentu dan perkara yang menjadi pada tahun lepas, keseluruhan bilik menjadi aku punya. Seronok juga nak duduk seorang sebenarnya. Katil kosong itu boleh menjadi sebagai meja belajar aku sendiri. Aku mengambil penyapu yang terletak di penjuru bilik lalu aku menyapu semua sampah-sarap dan membersihkan tempat yang sudah lama tidak digunakan. Batuk aku mengejakan kegiatan sapu sampah-sarap. Padan muka aku, tinggalkan sampah lama-lama. Selepas selesai menjalankan tugas aku 'menyucikan' bilik ini, aku mengambil semua barang aku dan bergegas ke kelas.

Aku membuka buku rujukan aku dan membuat latihan serta menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sudah tidak lama lagi sebelum mulanya SPM. Aku meluangkan masa aku selama 2 jam menghadap buku apabila aku terdengar suara seorang pelajar yang aku kenali. "Rif". Aku mengambil keputusan untuk menuju ke kelasnya untuk mencari maklumat lebih mengenai Sunny. Apabila sampai ke kelasnya, aku melihat Rif sedang berbual dengan Man, rakan sekelasnya. Apabila Rif melihat aku, dia menanya kepada aku. "HQ kenapa datang sini?" Man mengucap khabar kepada aku. Aku membalas khabar dia seterusnya duduk di hadapan Rif.
"Semalam kau ada bagitau mengenai Sunny duduk tempat kau hampir setiap hari. Aku nak tahu dengan lebih lanjut," kata aku, meminta perjelasan daripada Rif. Dia kelihatan terkedu mendengar pertanayaan yang aku sampaikan tetapi dia menjelaskan mengenai tingkah laku pelajar tersebut. "Apa yang aku cakap semalam adalah betul, dia sudah lama buat begitu di bilik aku. Sebenarnya sudah tiga bulan sejak aku mengetahui bahawa Sunny dengan Pul. Aku hanya tak sangka hubungan dia dan bunganya boleh sampai begini," jelas Rif. Aku sendiri pun masih tidak boleh mempercayai bahawa mereka akan melakukan perkara itu tetapi apa yang aku pasti ialah mereka tidak akan berhenti melakukannya. Man mendengar perbualan kami berdua. Dia mencelah, "Bila kau cakap dengan Sunny, aku baru perasan bahawa Pul sejak kebelakangan ini macam tak sihat sahaja." Aku keliru dengan ayat Man. "Apa maksud kau dengan tak sihat?" Aku mendapatkan kepastian daripada dia. Man kata kepada aku bahawa Pul nampak macam bukan seperti dia dahulu. Aku selalu nampak dia memberikan raut wajah yang ceria sahaja. Tak pernah aku nampak muka yang murung je. Tak pernah sepanjang hidup aku. Ini kali pertama aku dengar bahawa Pul murung. Nampaknya ada orang untuk aku menemu bual.

Aku bergerak bersama Qal dan Nan ke dewan selera pada waktu rehat. Aku duduk bersama dengan mereka dan menikmati makanan yang disediakan oleh pihak D-Saji. Ya, D-Saji, best tak sekolah aku ni. Semasa aku makan, ternampak Pul sedang makan bersama salah seorang ahli kelasnya, Mir. Betul kata Man, aku melihat kurang gembira seperti selalu. "Hoi, apa yang kau sedang tengok?" Kata Nan. Aku terpinga sebentar. Aku menunjukkan kepada Nan Pul yang sedang makan. Qal menoleh sekali. Mereka hairan apa sebenarnya yang mereka sedang tengok terhadap dia. Aku tidak nak cakap apa cuma nampak seperti dia tidak ceria. "Pul okay je aku tengok," kata Nan hairan. "Tulah, selepas dia dah kena hmm-hmm dengan lebahnya," kata Qal selamba. Aku tersedak dengan kata-kata Qal. "Kau tahu juga?" Tanya aku. Qal mengangguk kepalanya. Dia menerangkan kepada aku bahawa dia juga pernah melihat dengan Rif mengenai aktiviti mereka berdua. Dia pernah pergi ke Blok B pada satu malam untuk berlajar dengan Rif dalam biliknya sehingga pagi. Dia melalui bilik Pul melihat dua orang tidur sekali dalam posisi yang mencurigakan. Dia mengatakan bahawa dia pernah memberitahu kepada mereka berdua mengenai ini tetapi seperti mencurah air ke daun keladi.

Semasa aku hendak ke bilik guru bagi mendapatkan kertas tugasan, aku berjumpa dengan Zuzu. Dia juga menghala ke destinasi yang sama. Jadi, aku mengambil peluang untuk bertanya dengannya sambil kami berdua menuju ke bilik guru. "Zuzu, kau pernah lihat tak mereka berdua sedang..." Sebelum aku menghabiskan ucapan aku dia berhenti dan memandang aku dalam wajah yang serius. "Hah kamu jangan suka-suka nak tanya soalan itu, gelilah!" Marah Zuzu. Nampaknya dia pernah melihat mereka berdua. "Jadi, kalau kau tak suka, kenapa kau tak hentikan mereka berdua?" Aku tanya kepada dia, hairan. Zuzu memandang ke bawah dan berkata, "Aku dah kata kepada Sunny tetapi dia masih buat. Kau ingat aku suka lihat mereka berdua buat begitu? Aku sampai terpaksa tidur di bilik lain untuk pastikan aku dapat elak daripada tengok benda ni. Sudahlah, jom gerak ke bilik guru. Malas aku nak berdiri sini lama-lama." Dia bergegas ke bilik guru. Aku menghembuskan nafas lalu mengikut dia ke bilik guru.

Aku membawa kertas tugasan kembali ke kelas. Fikiran aku sedang menyusun semua maklumat yang aku peroleh pada hari ini. Sunny, oh dia. Kenapa dia memasuki lembah kejahilan. Perasaan aku sekarang adalah sangat sedih dengannya. Aku ingat kembali masa di surau. Pul sedang berborak dengan rakan-rakannya apabila aku kelihatan Sunny menghampiri dia. Aku nampak bahawa Sunny sedang bermanja dengan dia. Aku nampak bahawa Pul tidak rela menjadi seorang bunga kepada lebah. Aku rasa hubungan mereka sudah bukan seperti lebah dan bunga tetapi menjadi seperti mangsa dan pemangsa. Ooop... Kedengaran seseorang daripada jarak yang jauh. Tiba-tiba, aku terlanggar dengan sesuatu, menyebabkan kertas tugasan berterabur di atas lantai. "Aduh..." Aku mengeluh. Aku mengutip balik kertas tugasan yang sedang berterabur di atas lantai. Nampaknya aku tidak keseorangan apabila terdapat dua orang sedang menolong aku mengutip kertas tersebut. "Nah kertas tugasan kau." Aku melihat Jmal dan Tini memberi kertas kepada aku. Aku berterima kasih kepada mereka berdua. "Sama-sama. Lain kali jangan berangan sangat. Mesti awek ni," perli Tini. Aku hanya mampu menyembunyikan perasaan malu sahaja, walaupun tanggapan dia terhadap aku adalah salah. Mereka berdua beredar sambil melambai tangan kepada aku. Aku memeluk lagi kertas tugasan lalu berjalan ke kelas.

Aku menulis semua maklumat yang aku peroleh dalam sebuah buku kecil. Maklumat yang aku ada sekarang akan dicatat satu-persatu sebagai rujukan kepada aku untuk mencari jalan dalam mengembalikan semula dia daripada dimakan oleh kejahilan dirinya sendiri. Perjumpaan aku dengan AkSya sudah mula menjadi kurang kerap. Aku rasa dia pun mula hendak mengalah, aku rasa. Idea sekarang untuk mendapatkan sebuah rakaman video oleh kami pun tidak berjaya untuk dilakasanakan. Apa yang aku boleh lakukan sekarang adalah berdoa kepada Tuhan agar mereka mendapat pertunjuk.

LGBT : Penentangan BermulaWhere stories live. Discover now