Bab 5

237 1 0
                                    

Akhirnya! Sudah lama aku menantikan saat ini. Berapa lama aku berfikir dalam macam mana nak kita hapuskan benda sebgitu jijik ini, ya mengikut pandangan aku dan kata hati. Hah, hari ini sudah hari Sabtu. Aku sudah mengecas ipad aku sehingga peunh. Entahlah, kenapa hari ini sudah tiba, bukan hari tetapi malam ini. Aku sudah mula timbul perasaan serba salah dalam hati. Sebagai seorang kawan, aku tak nak menjatuhkan maruah dia tetapi ini yang patut seorang kawan lakukan. Apapun yang terjadi, aku dan juga AkSya akan melakukan sebaik mungkin untuk menyedarkan dia.

Malam, suasana yang amat malap. Tanpa lampu yang menyinari Blok aku, ia menunjukkan bahawa semua orang sedang dalam buaian mimpi. Walulau bagaimanapun, aku masih lagi terjaga dan begitu juga AkSya. "Hah, ipad kau dah cas ke belum. Kita perlu guna ipad kau untuk merakam aksi mereka berdua," tanya AkSya. Aku menunjukkan ipad aku yang sudah dicas sehingga penuh kepadanya. "Sudah, siap aku dah memuat turun satu aplikasi visi malam yang boleh merakam dalam waktu malam. Tahukan 'Night Vision'," kata aku jelas. "Bagus, kita akan mulakan operasi ini pada 2.00 pagi. Pada waktu itulah mereka berdua akan bertindak," terang AkSya memberitahu aku satu-persatu.

Sudah tiba masanya, kami berdua bergerak ke Blok B. Peralatan semua sudah lengkap kami sediakan. Hanya tinggal untuk menyelinap masuk ke dalam Blok B. Pada waktu ini, Blok B dalam keadaan gelap di semua tempat kecuali di tempat belajar. Laluan daripada sini ke bilik yang menjadi tempat mereka adalah gelap. Kami perlu berhati-hati kerana laluannya adalah satu jalan yang lurus. Kami mudah untuk dilihat olehnya sekiranya dia keluar daripada bilik tersebut. Apabila kami semua masuk, kami menuju ke bilik Pul di mana mungkin Sunny sedang melakukan dengannya. Namun apabila tiba di sana, tidak kelihatan mereka berdua. Ketidak hadiran mereka telah memberi aku keyakinan bahawa kali ini mereka berdua melakukan di bilik Rif. Aku dan AkSya menuju ke tempat belajar untuk sementara waktu bagi membincangkan pelan B. Aku duduk di salah satu kerusi yang terletak di penjuru tempat belajar. "Jadi, macam mana ni. Nampaknya kita ada masalah sedikit nak menangkap gambar," kata aku, menggaru kepala. AkSya mengetahui perkara ini lalu dia cuba memikirkan satu idea yang boleh digunakan untuk menangkap gambar daripada sudut yang lain. Semasa dalam mencari idea lain. Rif memasuki ruang belajar bersama Qal, salah seorang kawan kepada Rif yang boleh dikatakan rapat. Qal juga merupakan salah seorang ahli kelas aku yang mampu menimbulkan suasana riang. Mereka berdua membawa buku dan alat tulis sekali. Nampak seperti mereka hendak melakukan ulang kaji bersama-sama. "Hey, apa korang dua buat dekat sini?" Tanya Rif kepada kami berdua. Aku tidak pasti sekiranya mahu memberitahu mengenai Sunny jadi aku menipu kepadanya dengan mengatakan kami sedang menunggu seseorang. AkSya melihat aku, meraut wajah yang cuba untuk membenarkan penipuanku. Rif kelihatan percaya dengan penipuan yang aku katakan. "Oh kalau begitu, aku nak pergi belajar," katanya sambil menuju ke meja belajar. Dia duduk di meja belajar dan membuka buku dan mengulang kaji bersama Qal.

AkSya menadapat satu idea yang bernas. "Mari kita tangkap gambar melalui tingkap," kata AkSya. Hmm tangkap melalui tingkap. Idea dia nampak boleh dipakai kerana kedudukan mereka yang dikatakan terletak di tepi tingkap. Apabila kita mampu merakam aksi mereka melalui tingkap, kita boleh memhantar video tersebut kepada pentadbiran. "Bagus juga idea kamu itu sebenarnya. Cuma satu perkara, bagaimana nak membuka langsir tingkap di bilik tersebut?" Aku memikir sebentar. AkSya menujukkan jari ke arah Rif yang sedang berada di meja belajarnya. Nampaknya untuk mendapatkan pertolongan dia, aku perlu memberitahu matlamat sebenar kami berdua mengunjung ke Blok B. AkSya menanggil Rif ke mari. "Hah apahal AkSya?" Rif menanya kepadanya. AkSya meminta tolong kepada Rif untuk membuka langsir tingkap dan membiarkannya terbuka. Rif keliru mengapa AkSya hendak dia membuka langsir biliknya. Aku memberitahu matlamat sebenar kami berdua datang ke Blok B, iaitu ingin merakam aksi Sunny dan Pul yang mungkin dalam melakukan aktiviti songsang. "Hah, bagus juga korang berdua nak menangkap mereka, aku pun nak mereka berdua keluar daripada katil aku tu. Okay, biar aku buka tingkap. Tetapi aku akan biar terbuka kecil sahaja sebab takut memberi mereka berdua syak," kata Rif lalu dia menuju ke biliknya. Kata-katanya memberi pertunjuk kepada akh bahawa Rif sudah tahu mengenai mereka berdua. Mungkin dia tidak mampu bagaimana nak menyelesaikan masalah mereka berdua. Sekarang Rif memberi kepercayaan kepada kami untuk membawa mereka berdua ke muka pengadilan. Selepas Rif selesai membuka tingkap, kami melakukan pelan B.

Aku dan AkSya bergerak keluar daripada Blok B. Kami bercadang untuk menggunakan tingkap bilik Rif sebagai tempat untuk kami merakam mereka berdua. Sesungguhnya mereka berdua tidak lama lagi akan tertangkap juga. Tetapi aku masih memepunyai perasaan sebak kerana ingin mencari kesalahan orang lain. Perkara sebegitu bagi aku tidak perlu tertanam ke dalam hati dan minda aku sebab aku memang tahu perkara sebegitu adalah salah. Bukan aku tetapi semua orang tahu bahawa LGBT adalah sesuatu yang salah sepatutnya diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Inilah akibatnya sekiranya pergaulan bebas diamalkan secara berluasa. Semua orang sekarang telah lupa apa yang betul dan apa yang salah. Aku ketepikan semua perasaan ini terlebih dahulu dan mengikut AkSya melalui luar Blok B ke tingkap bilik Rif. Kami merangkak dalam menuju ke tingkap bilik tersebut, pastikan tiada sesiapa yang nampak apa yang sedang berlaku di luar tingkap. Pastikan juga tiada orang yang mengetahui apa yang kami sedang lakukan. Apabila kami tiba di tempatnya, aku perlahan-lahan meletakkan ipad aku ke tepi tingkap. Aku pastikan apabila melakukannya, tiada satu jenis bunyi akan dicetus agar mereka berdua tidak mencetuskan rasa curiga. "Kau dapat apa-apa tak?" AkSya berbisik, perlahan. AkSya menoleh muka untuk memastikan kawasan dalam keadaan selamat dan tiada sesiapa yang melihat. Perasaan takut mula menanam dalam diri kerana kami berada di kawasan yang dikatakan larangan pada waktu malam buta seperti ini. Entahlah sekarang dah pukul berapa agaknya. Mungkin 3.00 pagi rasanya. "Hah, tak dapat. Guna aplikasi ini pun masih tidak dapat untuk menayangkan video yang jelas," kata aku, kecewa. Dalam kekecewaan itu, aku mula untuk menutup ipad dan mengajak AkSya untuk kembali ke Blok. Namun, bunyi yang ala kadar itu menyebabkan aku menutup mulut AkSya meletakkan telingaku ke tingkap.

Haaa... Apa kau... buat tu Pul... Entahlah, aku... Instagram... Haa...

Telinga aku gatal mendengar perbualan mereka berdua. Apakah yang mereka sedang lakukan sebenarnya? Aku menoleh ke arah AkSya namun dia masih hendak mendengar perbualan tersebut. Aku mengajak dia untuk merangkak kembali ke Blok B semula. Dia bersetuju lalu kami menuju kembali ke Blok B, kecewa. Sempat pada masanya apabila seorang pengawal melintas ke arah Blok B untuk sesi rondaan malam. Huff, kalau aku masih kat sana mendengar perbualan mereka berdua mesti kena tangkap. Ini adalah satu kesyukuran bagi aku. Misalnya kena tangkap memang sah mereka berdua akan mengetahui rancangan kami berdua lalu mereka akan tidak melakukan perkara tersebut untuk masa yang lama.

AkSya memberitahu kepada aku supaya balik dahulu ke Blok A. Sudah tiba masanya bagi aku untuk merehatkan diri, takut aku akan terlajak tidur. Aku tanpa berfikir lagi aku kembali ke Blok A, membawa ipad aku yang mengandungi rakaman video yang tidak mempunyai apa-apa faedah kepada aku. Semasa di bilik aku, aku teringat Rif mengatakan bahawa dia ingin mereka berdua pergi daripada katilnya. Dia mesti mempunyai info lain yang aku boleh gunakan. Disebabkan ia berlaku di bilik Rif. Zuzu mesti tahu juga sebab dia juga duduk di bilik yang sama. Baiklah, masa untuk menemu bual mereka berdua esok.

LGBT : Penentangan BermulaWhere stories live. Discover now