Selepas beberapa hari AkSya memberitahu kepada aku mengenai kejadian yang dia sedang lalui, aku mengambil keputusan untuk mengintip Sunny untuk seketika. Aku mengikuti dia pada hujung minggu ke mana sahaja dia pergi. Dia jadikan aku sebagai mentor dia dalam subjek-subjek Matematik dan Fizik apabila dia tahu bahawa aku amat cemerlang dalam subjek tersebut. Aku mengajar dia seboleh mungkin mengikut kemampuan aku sendiri. Aku gunakan kelas dia untuk tempat aku mengajar dia. Apabila aku boleh mendekatkan dia kepada aku, aku boleh mendapatkan lebih banyak info mengenai dia, itupun kalau berjaya. Aku juga perlu berjaga untuk memastikan aku tidak mencetuskan keraguan kepada dia, walaupun aku rasa benda sebegitu tidak perlu alu nak risaukan apabila dia berkata kepada aku dia inginkan aku sebagai mentornya. Sambil aku mengajar dia dalam subjek tersebut, aku juga dapat mengajar AkSya apabila dia berada di harapan kelas Sunny.
Selain aku mengajar dia, aku mengikuti tempat yang dia hendak pergi. Kebiasaannya Sunny akan pergi ke kafe selepas waktu prep pagi untuk bertemu dengan Pak Cik yang menjadi pemilik kafe tersebut. Aku menemani Sunny. "Pak Cik! Hi," Sunny memberi salam kepada Pak Cik. "Hah Sunny, apa kahbar. Sihat tak?" Pak Cik menanya kepada Sunny. Perbualan mereka diteruskan dengan rancak di meja lipat yang terletaj di sebelah kafe. Semasa mereka sedang berbual sesama sendiri, aku memasuki kafe dan berjumpa dengan salah seorang anak kepada Pak Cik tersebut -- Alif, kalau tak silap. "Hah hensem, nak apa?" Dia bertanya kepada aku. Wah, pertama kali ada orang panggil aku hensem. Selalunya orang panggil aku comel. Kalau itu yang dia katakan kepada aku, aku akan terima dengan seadanya. Yalah, benda sebegitu merupakan satu doa, mana tau kalau muka aku akan jado hensem satu hari nanti. "Nak nasi goreng ayam satu," balas aku menujukkan satu jari sebagai tanda kepada Alif ingin satu sahaja. Selepas membeli makanan aku, aku panggil Sunny untuk balik ke blok. "Sunny jom balik." Dia meminta diri kepada Pak Cik lalu mengikut aku balik.
Sepanjang dua minggu aku bersama dia, aku mendapat beberapa info yang penting iaitu pertama, dia akan pergi ke Blok B pada hari Jumaat dan Sabtu. Walaupun hari lain juga dia pergi tetapi aku nampak bahawa dia akan segera pergi ke sana pada dua hari tersebut. Yang kedua, sewaktu aku mengunjungi Blok B, aku akan nampak kelibatnya duduk di bilik Pul pada setiap masa. Jadi, aku tahu bahawa bilik itu akan menjadi port untuk dia duduk. Dengan info yang aku kumpul, aku memberitahu AkSya mengenainya. "Sebenar HQ kau tidak perlu memberitahu semua ini sebab aku telah mendapat maklumat yang sama daripada Bob," kata AkSya kepada aku. Oh, rupanya Bob juga sedang melakukan pengintipan seperti aku. Seperti yang aku jangkakan daripada dia -- seorang rakan sebilik yang prihatin. Mendapatkan maklumat yang hampir sama seperti aku memang satu kebetulan. Cuma masa bila dia mengintip? Mungkin aku sahaja yang tidak perasan. Lagipun, dia ialah rakan sebilik Sunny jadi benda ini tak terlalu janggal bagi aku sebab dia lebih tahu Sunny daripada aku. Satu lagi Bob ada kemampuan dalam 'Logical Reasoning' yang amat bagus.
AkSya memberi kepada aku satu satu gambar kepada aku. "Eh, ni bukan Sunny dan Pul ke?" Aku bertanya. "Ya, betul. Ni gambar yang diambil oleh Qari pada waktu malam Sabtu haritu." Gambar ini menujukkan mereka berdua tidur bersama di atas katil. Posisi mereka berdua adalah menghadap ke dinding bilik tersebut. Dalam gambar tersebut juga aku ternampak ada sebuah lampu yang terletak di tepi katil. Lampu tersebut menyala dan mengeluarkan cahaya berwarna merah. Cahaya tersebut menyinari katil dan mereka berdua, membuatkan mereka berdua kelihatan merah menyala. "Kalau berdasarkan gambar ini. Mereka berdua bukan berada di bilik Pul," aku berkata kepada AkSya. Hanya seorang sahaja yang mampu ada lampu sebegitu -- Zuzu. "Oh, kalau macam tu, ni mesti katil Rif, rakan sebiliknya," katanya, mendapatkan kepastian. Aku mengangguk kepala dengan yakin. Tidak salah lagi mereka berdua melakukan perbuatan itu di bilik Rif dan Zuzu.
"Jadi, kita sudah tahu bahawa Sunny berada di bilik Rif pada hampir setiap malam, kalau firasat aku betul," kata aku. "Ya, aku rasa betul dia melakukan di tempat itu, cuma kalau aku tak silap bilik Rif terletak di hujung Blok B, di mana hanya ada satu laluan sahaja kita boleh masuk ke dalam biliknya, melalui pintu," jelas AkSya. "Jadi, macam mana kita nak menangkap mereka tanpa sedari sekiranya kita tidak mempunyai jalan lain nak masuk ke dalam?" Tanya aku. Aku melihat AkSya dengan muka yang ingin tahu. Dia sedang berfikir panjang. "Nampaknya kita akan guna cara lebih bagus. Kau ada bawa ipad tak? Sebab kita akan menggunakannya untuk menangkap gambar mereka," AkSya tanya kepada aku mengenai ipad. Ya, walaupun pentadbiran tidak membenarkan penggunaan ipad di sekolah namun aku masih membawa ipad atas sebab mengikut nasihat ibuku. Nampaknya aku perlu berterima kasih kepada ibu kerana paksa aku membawa ipad ke sekolah. "Aku bawa ipad ke sekolah," aku balas pertanyaan dia. Nampaknya dia kelihatan gembira apabila aku memberitahu sedemikian. "Bagus! Kita akan mengunakan ipad kau untuk Sabtu ni," kata AkSya sambil menujukkan ibu jari tanda bagus kepada aku.
YOU ARE READING
LGBT : Penentangan Bermula
Adventure[FIXING UPDATE IN PROGRESS] Perlu ke aku melihat di depan ku? Sekolah ini tercemar kerana itu. Aku harus menentang!!! ------------------------------------------------- LGBT merupakan situasi yang kita tidak boleh ambil mudah. Kita perlu mengurangkan...