Aku memasuki semester keempat. Aku tahu bahawa SPM semakin menghampiri. Pelajar-pelajar sudah mula untuk mengulang kaji pelajaran. Semua karenah merrka yang aku kenali dahulu sebelum ini telah hilang. Mereka telah mula untuk berubah. Perubahan mereka sebenarnya mengejutkan aku. Padahal sebelum ini aku sendiri yang nak mereka berubah sangat sebab ya la... Kenakalan mereka buat aku annoying. Aku kadang-kadang benci dengan mereka sangat namun aku kena tahu bahawa bahasa remaja adalah kasar. Jadi, aku kena mengikut permainan mereka.
Aku berada di kelas, sedang mengulang kaji pelajaran. Di atas meja aku mempunyai satu buku kecil yang mengandungi nota-nota penting dan ringkas untuk kesembilan-sembilan subjek yang aku ambil untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia. Sewaktu aku sedang mengulang kaji pelajaran, Qari datang meminta aku menemani dia ke bilik guru. "HQ, jom teman aku ke bilik guru," dia meminta. Walaupun aku sebenarnya hendak menolak permintaan dia, aku berfikir bahawa mungkin elok juga aku keluar seketika untuk berjalan. Aku mungkin boleh mengambil angin seketika. Keadaan dekat luar kelas pun berangin, mudah bagi aku untuk menikmati alam sekeliling sekolah aku yang indah ini. Jadi, permintaan dia aku terima lalu kami bergerak ke bilik guru. Dalam perjalanan ke bilik guru, aku bertanya kepada dia. "Qari, kenapa kau nak ke bilik guru? Sampai aku pun kena teman engkau." Dia melihat aku dan berkata "Alah, tak kan teman pun tak boleh?" Aku sebersalah kepada dia. Dia teruskan perbualan, "Sahaja suruh kau teman aku nak jumpa cikgu Ruzalina. Nak tanya mengenai AddMath jap." Kami menuju ke meja cikgu tersebut.
Sewaktu aku hendak menuju ke kelas selepas selesai menemani Qari, aku bertemu dengan AkSya. "HQ... Aku sebenarnya cari kau tadi, aku nak bagitau datang ke bilik aku malam ni. Aku ada benda mustahak aku nak cerota kepada engkau," Dia memberitahu aku, serius. Aku macam pelik, "Kenapa tak nak bagitau dekat sini je, sekarang?" "Benda ni rahsia, jadi aku tak nak ambil risiko nak dedahkan benda ni. Faham?" Aku angguk. "Bagus. Ingat malam ni." Dia menuju pergi. Fikiran aku mula bertanya kepada aku apakah dia hendak cerita kepada aku? Ok, nampaknya aku kena tunggu malam ni untuk mendapatkan cerita tersebut. Lalu, aku begerak kembali ke kelas dan mengulang kaji pelajaran.
Pada waktu malam, selepas habis waktu prep, aku bertemu dengan AkSya. Aku bersila di atas lantai bersama dia. Dia memegang sebuah buku yang nipis. Buku itu kelihatan agak usang, mungkin telah selalu digunakan. Buku itu juga mempunyai sekeping gambar yang aku tidak dapat melihat kerana gambar tersebut diterbalikkan. "Hah AkSya, kenapa kau suruh aku datang sini?" Aku bertanya kepada dia, berbisik. "Hah ni aku nak beritahu kau. Kau tahu tak mengenai Sunny dengan bunganya?" Aku mengetahui mengenai perkara tersebut. Sunny mempunyai seorang kawan yang sangat rapat iaitu Pul. Dia amat rapat dengan Sunny seperti lebah dan bunga. Itu sebab dia dipanggil bunga. Aku pada mulanya tidak mengetahui perkara sebegini sehingga satu hari di surau, aku melihat Sunny meletakkan kepalanya ke atas bahu Pul. Mungkin korang lihat tak terlalu teruk sangat -- biasa sahaja seperti aku sangkakan namun perkara ini berulang hampir setiap hari. Lagi satu, Sunny sekarang sudah tidak tidur di biliknya lagi tetapi tidur di bilik Pul di Blok B. Aku tak pasti kenapa dia hendak tidur di katil orang lain pada setiap hari. Nzrul, rakan sebilknya mungkin berasa amat janggal apabila soerang tetamu yang sama tidur di biliknya hampir setiap hari. "Ya, aku pun lihat juga. Kenapa dengan benda gitu?" Aku bertanya kepada AkSya. "dia rupanya sedang hmm hmm dengan Pul." "Huh! Kau biar betul. Tidak akan dia nak buat perkara sebegitu. Aku rasakan kau punya logik macam tak masuk akal," aku memarahi dia. "Ya, aku tahu apa yang kau rasa tapi ingat dia itu memang suka sangat dengan Pul. Bayangkan dia asyik duduk sebelah. Kau tak rasa pelik sangat ke?" Aku secara terang aku rasa memang betul apa yang dia cakap. Sunny memang asyik mengepit dengan Pul. Aku pun pernah dengar bahawa dia agak mengada-ngada dengan Pul juga. "Baiklah aku rasa betul cakap kau. Jadi apa yang kau nak buat sekarang?" AkSya menunjukkan pelan yang sudah dia lakarkan di dalam bukunya. Dia menerangkan kepada aku satu-persatu. Pelan dia amat berisiko tetapi sekirannya dilakukan dengan betul, kami mampu menangkap dia dan membantu dia melepaskan diri daripada kejahilan dirinya sendiri. "Aku juga telah meminta bantuan Bob dan Qari untuk bantu aku sekali. Namun, aku nak kau sekali menyertai pasukan ini. Satu lagi kau jangan memberitahu kepada mereka berdua, mereka tidak tahu bahawa kau masuk pasukan ini." Aku tahu kenapa dia berkata begitu. Mereka tidak percaya kepada aku sebenarnya kerana personaliti aku yang mampu merosakkan pelan ini. Mereka tidak tahu bahawa aku ada bakat aku sendiri. Nasib baik AkSya percaya kepada aku untuk menjayakan pelan ini. Jadi, aku bersetuju untuk menyertai pasukan ini.
YOU ARE READING
LGBT : Penentangan Bermula
Aventura[FIXING UPDATE IN PROGRESS] Perlu ke aku melihat di depan ku? Sekolah ini tercemar kerana itu. Aku harus menentang!!! ------------------------------------------------- LGBT merupakan situasi yang kita tidak boleh ambil mudah. Kita perlu mengurangkan...