Bab 7

159 0 0
                                    

Beberapa minggu sudah berlalu. Sekarang aku berada menghampiri dengan peperiksaan SPM. Aku tidak lagi hendak memikir mengenai kisah mereka berdua lagi, walaupun dalam hati aku masih mempunyai perasaan sedih bahawa aku gagal sebagai kawan untuk menentang gejala ini daripada berlaku. Aku juga dalam kata lain gagal dalam melaksanakan matlamat aku sendiri iaitu untuk menyucikan sekolah daropada tercemar. Tetapi sebagai manusia, aku telah buat yang termampu bagi mencegah perbuatan ini. Ingat lagi apabila aku bertemu dengan mereka berdua semasa lalu di Blok Akademik. Mereka berdua sedang menuju ke kafe. Aku menegur mereka berdua. "Eh hi Pul, hi Sunny, boleh tak aku tanya sedikit, korang ni kenapa macam rapat sangat?" Mereka berdua terdiam untuk seketika lalu Sunny memberikan jawapan, "Eh mestilah, salah ke?" Ditanya kembali. Aku di dalam hati ingin mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah salah. Aku ingin memberitahu terus terang tetapi dalam situasi seperti ini, aku perlu mengolah ayat aku sedikit. "Bukan salah nak rapat tetapi korang berdua ni secara jujur aku katakan gelagat kamu mencetuskan orang tidak selesa kepada orang lain," kata aku, cuba melaraskan nada pertuturan agar kedengaran selesa kepada mereka. "Biarlah apa mereka nak kata, bukan dia tahu pun kita. Jealous aku rasa mereka tu," kata Sunny selamba. Aku tak pasti sekiranya dia sedar atau tidak tetapi aku tahu yang lain tidak menyukai dengan gelagat mereka berdua. Pandangan diorang terhadap mereka berdua adalah apa yang aku telah jangkakan -- pastinya bukan sesuatu yang positif. "Okay HQ, kita ni nak pergi kafe. Kalau ni yang ingin kau katakan, baik kau pergi kelas. Study lagi bagus," kata Sunny sambil melangkahkan kaki beredar ke kafe. Sempat bagiku melihat wajah Pul yang jelas kelihatan bahawa dia telah dipaksa. "Jom Pul," Sunny memanggil Pul. Dia menyahut dengan nada yang kurang ceria daripada apa yang aku dengar selalu.

Sudah tiba untuk aku bergrsduasi. Aku sangst bangga dengan hasil usaha aku selama dua tahun aku berada di sekolah ini. Aku berasa kemampuan untuk mencapai TPNG yang tinggi adalah lebih daripada aku jangkakan dahulu. Sewaktu aku mula-mula mengetahui mengenai sistem PNG, aku mungkin tidak dapat nilai untuk PNG yang tinggi sebab aku mengambil kelas Sains Tulen. Aku berkata kepada diri sendiri, kenapa kau nak masuk sangat kelas Sains Tulen padahal kau sendiri tak mampu. Benda macam ini selalu timbul dalam ruang fikiran aku ekoran keputusan PT3 dalam subjek Sains adalah B. Hal sebegini tidak akan menghalang aku untuk mencapai kecemerlangan. Lagipun kena ingat gred B aku adalah lonjakkan tertinggi daripada subjek-subjek lain apabila gred untuk subjek Sains dalam trial adalah E. Dengan peristiwa itulah merupakan semangat kepada aku untuk terus percaya kepada ketentuan Tuhan. Aku tahu bahawa percaya denganNya akan membawa kejayaan selaras dengan hasil usaha yang aku lakukan.

Hari graduasi semakin hampir. Degan itu, kami semua perlu melakukan raptai untuk hari graduasi sebab semestinya untuk menjadi satu persediaan kepada kami semua pada hari kejadian. Lagi satu, graduasi pada tahun pada julung kalinya dibuat di luar sekolah. Wahh, di UTeM. Aku macam tidak percaya dan kenapa mereka baru nak kata perkara ini selepas peperiksaan trial? Kalau cikgu semua beritahu awal, mesti pelajar semua bertungkus-lumus untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam trial. Tak la sekolah kita berada di kedudukan kedua. Hmmm... Apa yang berlaku biarlah berlaku. Bukan masa boleh diulang balik, hanya mampu terima dan mengambil kesilapan kita agar mampu mendapat keputusan yang lebih baik.

Selepas habis raptai hari graduasi, aku kembali ke Blok A. Aku amat penat selepas menunggu dengan lama dalam dewan, menunggu nama satu-persatu. Aku bertembung dengan AkSya dan dia memberitahu aku sesuatu yang membuat aku terkejut. "HQ, aku dah tangkap gambar dia," katanya gembira. Eh, bila masa dia menuju ke Blok B untuk menangkap gambar? Ingat aku rancangan kita untuk menangkap mereka berdua adalah gagal. Rakaman yang dilakukan oleh aku sendiri tidak dapat menunjukkan sebarang bentuk badan mereka berdua yang menanyangkan gerak badan yang mencurigakan. Sebab itu kami menyerah untuk meneruskan operasi tersebut. Walaupun aku telah menemu bual dengan Rif, Man, Zuzu, dan Qal, dan telah mencatat semua maklumat berkaitan hubungan mereka berdua namun aku masih buntu akan mencari cara untuk dapatkan bukti yang kukuh untuk dihantar ke pusat pentadbiran. Aku pun ingat bahawa AkSya telah menyerah kalah apabila aku nampak dia sudah tidak kerap menuju ke Blok B, atau aku sahaja yang tak perasan.

Selepas waktu solat Maghrib, aku menuju ke tempat di mana AkSya berada. Selepas menunaikan solat, akan ada sebahagian pelajar akan menunaikan solat tambahan, atau dalam istilah Islam, solat sunat. Aku menggunakan masa itu untuk berjalan ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Aku berjaya mendapatkan tempat di sebelah AkSya. Aku bertanya kepada dia mengenai kegembiraan dia pada tengah hari tadi. "Tadi kau cakap kau dah tangkap gambar. Mana gambar tu?" Aku bertanya kepada dia. Dia gelak sinis terhadap soalan aku. "Aku tak bawa la... Tak akan aku nak bawa pergi surau kan. Lagi satu, aku..." Kedengaran satu pengumuman yang mencelah perbualan AkSya. "Perhatian kepada nama berikut, sila hadirkan diri anda ke bilik warden sekarang juga. Sunny..." Apa? Aku menoleh pandangan kepada AkSya. Dia mengangkat keningnya, sepatutnya memberi tanda kepada aku sesuatu. Aku melihatnya, aku terdiam. Dia sudah menghantar gambar tersebut ke pihak pentadbiran.

Selepas pengumuman tersebut, hubungan mengenai mereka berdua terus tersebar dengan luas di kalangan pelajar. Kesebaran maklumat tersebut adalah sangat cepat sehinggakan budak perempuan mengetahui perkara ini pada waktu prep malam. Sewaktu aku sedang memasuki kelas aku untuk mengambil sebuah buku, atas alasan minggu ini perempuan menggunakan kelas aku -- sebuah sistem dalam prep, aku ditanya oleh Mimi, "Wei HQ, kenapa Sunny kena panggil dengan ketua warden?" Aku tidak tahu nak kata apa kepada dia tetapi secara tiba-tiba, "Sunny kena panggil sebab hubungan dia dengan lelaki," celah Uzr, salah seorang ahli kelas aku. Semua perempuan ahli kelas aku melihat aku. "Aah, sebab tu," kata aku, kesedihan.

Aku mendapat berita bahawa Cikgu Radzi, ketua warden kita hendak mengumpulkan semua budak lelaki ke court futsal. Kawan aku semua mengeluh, ini ke sebabnya. Nampak kita kena tunggu dan lihat.

LGBT : Penentangan BermulaWhere stories live. Discover now